
Bagi mereka yang bergantuing semata-mata ke media utama sudah tentulah Soal Jawab Terancang di TV3 hari itu sudah cukup menunjukkan kerajaan berada di landasan yang betul. Najib sudah jawab Mahathir, nak apa lagi (?)
Bagi mereka yang terdedah ke dunia internet, tidak ada titik noktah bagi kedua pihak. Bagi penyokong pembangkang mereka masih di takok lama.
Media Utama akan dipenuhi dengan berita sokongan demi sokongan kepada Najib dari Kerajaan Negeri yang Dikuasai BN walaupun setakat ini ada beberapa negeri yang masih membisu termasuk Kedah.
Gesaan dan tekanan sedang dibuat ke atas Mukhriz untuk melepaskan jawatan MB atas asas jawatan itu adalah atas lantikan PM. Inilah peluang mereka yang selama ini memang tidak berpushati.
Alangkah lebih baik jika mereka menggesa supaya Mukhriz keluar UMNO (!!)
Penentu dalam segala perkara tanpa disangka sebenarnya berada di tangan KJ selaku Ketua Pemuda
UMNO untuk menyatakan pendiriannya yang boleh mengimbangkan keadaan.
Kj harus mempunyai pendirian yang tidak sama seperti Naib Presiden yang lain bagi mengasingkan dirinya dari kelompok kepimpinan UMNO yang dilihat lesu dan tidak cerdik.
Inilah peluang KJ untuk melonjak jauh kedepan untuk diterima oleh semua pihak sekaligus memadam rekod lamanya yang tercalit "masalah" dan dikatakan bernasib baik sekadar kebetulan menantu Paklah.
Persaolan siapakah pengganti Najib jika dia berundur sudah sekian lama menjadi tandatanya dan lewat kebelakangan ini Muhyiddin bukan lagi pengganti pilihan yang dianggap boleh menyelesaikan masalah dan pilihan untuk Ku Li juga dilihat sudah outdated.
Setakat ini di kalangan pembangkang sendiri, mereka boleh menerima pendekatan KJ dan di kalangan UMNO sudah tentu khususnya di kalangan Pemuda perlu menyokong sepenuhnya kepimpinan muda untuk mewarisi kepimpinan utama selepas "otai-otai" dilihat bermasalah.
Keputusan di tangan KJ untuk mencorakan masa depan UMNO untuk meraih semula keyakinan dan kepercayaan atau terus bergelumang di kubang yang sama.
p/s: Sudah tentu bukan Kj yang dimaksudkan untuk terus menggantikan Najib tetapi boleh berganding dengan pemimpin lain untuk dilihat UMNO masih relevan.
Orang PAS pun tidak seberani Menteri ini...