Thursday, June 4, 2015

ROMBAK SEGERA KABINET UNTUK KESTABILAN

# (4) Nothing2Hide terus ghaib...Tun M diminta berucap... Polis pula batalkan..why(?) ..aircond rosak kot..panassss..

# (3) Terkini, program dibatalkan sebab ada yang sakit peyot dan terkencing dalam seluar...sebab sebenar belum tahu

# (2) Dilaporkan Program Nothing 2 Hide sedang berjalan...Program untuk PM jawab saolan khabarnya ada pula saolan untuk Tun Dr Mahathir... Tentulah Tun tunggu peluang tersebut.

#  (1) Tolong sahkan samada Program Nothing To Hide khabarnya telah bertukar tajuk kepada Everything Must Hide gara-gara Tun Dr Mahathir akan hadir....

Adalah tidak adil mendesak Muhyiddin melepaskan jawatan keramat TPM kerana ucapan tertutupnya disalahsebar.

Najib sendiri tidak mendesak cuma memberi penekanan.

Dalam hal bermurahati Najib tidak memecat mana-mana Menteri tetapi itu tidak bermakna Najib tidak boleh membuat rombakan untuk memantapkan lagi sokongan ke atasnya dan urusan negara dapat diteruskan.

Adalah tidak adil Najib mengendalikan semua perkara hingga menganggu tidor dan rehatnya.

Boleh ditambah jawatan baru termasuk Menteri II dan puluhan tambahan Timbalan Menteri khusus peluang kepada KBU.

Sudah sampai masanya diujudkan TPM II dan calon yang sesuai ialah Hishamuddin.
Menteri KDN wajar dipegang oleh Najib sendiri untuk ketenteraman awam disamping Menteri Kewangan.

Zahid lebih sesuai di Kementerian Kebajikan dan Warisan atau JPM bersama dengan KJ. Hassan Malek atau Ahmad Maslan di Kementerian Pertahanan.

Tidak salah melantik beberapa senator dan diberi jawatan seperti Tunku Aziz dan Rosmah kerana boleh memberi sumbangan besar kepada negara.

Najib wajar segera melantik dan merombak sebelum Ramadhan dan meneruskan roadshownya bersama rakyat dalam majlis terawih bagi menjalin perpaduan dengan akar umbi.

Tidak perlu diperbesar soal darah Bugis dan kepahlawanan kerana penentunya tetap pada sekeping kertas di peti undi.

Bila Najib Nak Mai Pontian

Dalam keadaan terdesak..Najib nyorok belakang bangsa Bugis..sering dilaungkan...masa shopping, masa berjet, masa bergolf..ingat Bugis pun tidak..

Apapun tempat yg paling sesuai untuk Najib laungkan bugisnya ialah di Pontian, majoriti Bugis dengan ahmad maslan ketuanya.

Malah kenapa tidak minta perkenan Sultan Johor untuk menyokongnya seperti dibuat oleh Sultan Pahang.

Kalaupun Bugis Pontian kurang menyokong tetapi crowd boleh datang dari daerah lain bagi menggambarkan Bugis Pontian menyokongnya. Kerja coverage macam ni bukan asing. Setakat nak kumpul 50,000.. KUB cukup peruntukan...

Najib kena kumpul mengumpul rakyat di setiap negeri dalam setiap lawatannya secepat mungkin sebelum Ramadhan...

Dalam semua situasi, Najib beruntung dan selamat kerana pembangkang tidak bersungguh mahu dia berundur, pembangkang memang mahu simpan Najib hingga PRU14...


Wednesday, June 3, 2015

UPDATE: Integriti 1MDB masihkah ada

Dah ramai blogger dan pemgomen yang belum pernah masuk tadika, belum pas SPM dan tidak pernah jejak kaki pun ke menara gading, tiba tiba terus jadi pengetua, jadi pensyarah, jadi juruanalisa berjela.

Belum pernah belajar ekonomi mikro dan makro, teori merkantilisme, klasik dan neo klasik, belum kenal karl max, ibnu sina, richsrdo & mill tetapi dah buat analisa 1MDB.

Ternganga depan tv1 dengar temberang husni pasal jho low (bapa ekonomi moden) baca outsyed the box blog  dan sokong meriah autar stastik perbelanjaan arul kanda (kaedah rosm)...

Jadi elok le kamu balik semula kelas kafa dengan saolan pertama:

sebenarnya 1MDB tu apa dan bila masanya rakyat dapat merasai faedahnya...

Apa perlu kerajaan hutang giler mabuk todi sehingga tak cukup culculator untuk mengira....

Kalau untungnya 20 tahun lagi, apa logiknya PM lancarkan 1MDB untuk kepentingan PM dan negara masa datang sedangkan dia sudah tiada masa itu.

Atau sebenarnya PM nak pinjam pakai atau buat rolling layan nafsu bini shopping.

Kalau itu pun bukan, pergilah belajar dengan che det bagaimana bangunkan.negara dengan meninggalkan ribuan legasi tanpa perlu bisnes kong kali kong buluh kasap, modal hangus untung lesap.

Dan akhir sekali, kalau pun nak tipu, biar smart, jangan sampai budak sekolah pun boleh tahu.

Apa barang berniaga...asyik bayar komisen dan caj perkhidmatan hingga boleh sara 7 keturunan.

Apa barang berniaga...semua duit hanya angka dan tulisan di kertas A4.

40 Penyamun + 1 Sarjan

1MDB ini macam cerita Ali Baba Dengan 40 Penyamun...

Najib tak suruh hutang banyak-banyak, tapi BOD hutang keliling pinggang pastu menyamun syarikat awam sampai licin.

Itu cerita tak best...

Part yang menarik ialah apabila sarjan - timbalan chief - tak dapat bahagian seperti BOD, maka dia pun cari akal, nak lawan chief memang tak berani, komplain kat belakang je...

Jadi sarjan ini (lakonan arwah ibrahim pendek) pun gunakan dadu yang hanya ada dua titik untuk ajak rakyat bertaruh...tentulah dia saja yang menang.

Samalah sekarang apa yang berlaku kepada Muhyiddin, dia guna akalnya yang pendek, rakyat yang berharap tetap terkena.

Semoga cerita itu tidak menjadi kenyataan tetapi rasanya memang macam dah "terkena"

Jangan Tunjuk Sangat Panas dan Cemas...

Ramai yang salah faham tentang apa yang disarankan atau diperjuangkan oleh Tun khusus isu 1MDB ini adalah berkisar kepada  soal untung atau rugi pada negara jika Najib kekal PM.

Bukannya soal menang atau kalah. Pada Tun, jika Najib undur, ia meminimakan kerugian dan risiko kepada Negara dan UMNO masih berpotensi untuk menang PRU.

Jika Najib kekal. UMNO akan kalah dan kerugian akan berganda. Kerugian besar pada bangsa Melayu yang berugama Islam, perpaduan musnah dan negara bergolak kerana social justice tidak terpelihara.

Oleh itu jika gesaan Tun Dr Mahathir dianggap berniat jahat kepada Najib, ianya sengaja di ada-adakan untuk simpati.
Cuba ungkit dan burukan Mahathir atas kerjanya  22 tahun lalu hanya kerja orang hilang akal.

Apa yang terjadi kepada Anwar dalam perjuangan peribadinya tidak langsung jadi pengajaran..

Ia akan berulang dan berakhir dengan lebih teruk lagi...

Jika mereka ingin memusnahkan diri sendiri seperti Anwar, sila teruskan...
Tetapi jika ia ke arah memusnahkan bangsa Melayu berugama Islam dan Negara tercinta ini, ia tidak akan semudah itu...

Kebergantungan sekarang bukan hanya pada Muhyiddin seorang sahaja yang tidak menawarkan suatu jawatan yang hebat dan mewah jika disokong tetapi solidariti kepada parti secara ikkhlas dan rasional.

Jika Muhyiddin jadi PM pun bukan bererti kemenangan dan keberuntungan tetapi lebih kepada tanggungjawab dan beban yang akan dipikulnya bersama mereka yang masih rasional untuk membaiki UMNO yang sudah tiga perempat rosak, buruk dan busuk.

Ini bukan kerja mudah, tak mungkin boleh pulih 100% walau 20 tahun lagi sedangkan hidup mati parti akan ditentukan 2 tahun lagi.

Sejauh mana berantakan dalam PAS, mereka akan bersatu semula terutama semasa musim pilihanraya.

Berbanding UMNO umpama dihujung tanduk.
Najib korek lubang semakin dalam untuk menyembunyikan diri dan rasa selamat tetapi terlupa dia sudah tidak mampu melompat keluar lagi atau tertimbus mati di situ.

Tukang kambus adalah agen yahudi.


Tuesday, June 2, 2015

HISHAM DAH TEMUI CACING KEPANASAN..

Hishamuddin yang juga sebelum ini dikenali sebagai menteri amaran dan menteri yang selalu suka mencari seseorang hingga ke lubang cacing akhirnya berjaya juga menemui cacing yang kepanasan..

Bukan setakat seekor, mungkin dua atau lebih..
Bukan setakat jantan, tapi cacing betina yang kepanasan...

Bukan setakat amaran, tetapi juga bersyarat..

Jumpa anda di KLIA 9.00 malam.

6ANGKA