Friday, June 12, 2015

Kapal Dah Nak Karam..

Kita sudah sampai ke penghujung, Ramadhan akan menjelang dan sewajarnya hal-hal dunia terutama politik yang tiada kesudahan dikurangkan atau disederhanakan, lebihkan fokus kepada soal amal ibadat, manafaat dan keberkatan.

Najib mempunyai agenda dan tugas yang begitu banyak, itu kita tahu, untuk merealitikan dirinya untuk diterima semula ke dalam kepercayaan ahli UMNO dan rakyat kerana sudah begitu banyak bahkan keseluruhan integiritinya jatuh ke paras bawah.

Sejak "chickening" dari N2H, cerita pahlawan bugis sudah tidak kedengaran !!!

Apa yang berlaku, kelabu dan hitam sudah sukar untuk diputihkan, Melayu sudah tidak mudah lupa.. Tidak ada tolak ansur untuk menerima semula UMNO jika Najib masih di situ - masing2 kena hormati prinsip masing2 - ia tidak akan jadi salah kepada satu pihak sahaja.

Takkanlah Melayu mati kalau UMNO tidak ada, dan sekarang pun sudah ada Melayu mati walaupun UMNO masih berkuasa..

Yang sudah menerima upah, mereka sudah tentu perlu terus kerja, giat menajamkan kepala untuk "spin for spoon" lebih-lebih lagi kalau nak beraya sakan tahun ini. Lebih mewah sikit dari raya tahun lepas yang kurang isu. Siapa kata 1MDB dan GST tidak mendatangkan faedah kepada golongan ini !!! Berbaloi beb...

Kita sekadar bertanya...tidaklah perlu terjerit terlolong, memadai jadi silent majoriti dan "action" ketika pada masa yang sesuai..
Berbeza bagi mereka yang nak mempertahankan sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh...kena kerja kuat, kena jerit kuat-kuat, itu kita faham..

Mahathir mungkin tidak sama seperti yang memilih untuk menolak UMNO, Mahathir masih gigih untuk mempertahankan parti tetapi menolak individu yang boleh merosakan parti.
Mahathir tahu hanya UMNO yang mempunyai pemimpin yang bersih sahaja mampu menarik semula sokongan Melayu dan bangsa lain untuk menyokong semula UMNO di PRU.

Sebahagian besar pemimpin UMNO tentunya sedar tetapi jika dua tahun ini adalah sisa terakhir untuk berkuasa, mereka mungkin mengambil pilihan untuk balun  sebanyak mungkin kerana peluang seperti ini tidak kunjung lagi selepas 2018.

Senjata baru orang Melayu untuk masa hadapan adalah kuatkan ekonomi, tetapi sudah semestinya tidak sampai ke tahap menghalalkan cara. Tidak perlu sampai 42B jika ramai yang terkorban...memadai 42J. Jangan makan sorang-sorang, berilah peluang samarata.. InsyaAllah.

Wednesday, June 10, 2015

Mahathir Semakin Buruk Najib Semakin Suci..

Dengan strategi terkini aku yakin UMNO langsung tidak mempunyai masalah untuk menang mana-mana pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, kalau hari ni bubar parlimen, esok undi, lusa Najib kembali berkuasa.

Antara strategi yang paling berkesan untuk menaikkan semula imej dan integriti Najib dan kerajaan ialah dengan cara memburukkan Mahathir dan membuat sebanyak mungkin dakwaan skandal ke atas nya.

Saolannya, siapa yang arahkan (?) - Strategi paling cerdik setakat ini...

Cuma kalau nak ber propaganda ...carilah selain TV3, di situ dah tak ada orang nak tonton berita perdananya taraf longkang.... orang Bangla kalau diupah suruh tonton pun, mereka tutup tv tu..


Kalau ke Alor Setar, jangan lupa bergambar @ berselfie dengan lukisan mural Tun Dr Mahathir sebelum tempat ini ditutup dan dilarang atas sebab-sebab keselamatan atau ditinju oleh Ali.



Untuk lawak jenaka - sila layari blog bomoh ini..MYKMU.NET: DEMI SEBUAH PERJUANGAN
1 Malaysia Development Berhad (1MDB) telah pun memenuhi tuntutan Tun Mahathir Mohamad untuk mengetahui ke mana perginya RM 42 Bilion yang diumumkan sebagai...
Lain orang yang ditanya, lain orang yang menjawab. Yang menjawab pun sudah beberapa kali dikesan berbohong..- integriti pun dah tak ada..

Mahathir Hanya Perlu Senyum Untuk Dapat Sokongan Rakyat...tak perlu rayu, tak perlu ugut..

Add caption
Najib rayu ahli UMNO jangan percaya cakap Mahathir...
"He (Dr Mahathir) understands that political statements are not entirely about the truth but about what the people will believe in the court of public opinion.
"This is why he continues to make insinuations, speaking half-truths, cracking misleading jokes and twisting statements to make his views exciting and palatable," the Prime Minister said on the frequently asked questions (FAQs) section on his blog, NajibRazak.com
Berdasarkan gambar...
Berapa ramai yang Mahathir bayar untuk mereka sokong...
Berapa bayarannya...
Semua tu kaki bodek dan ampu untuk dapat sesuatu...
Apa yang bakal pengampu Mahathir dapat jika Najib undur..
Rakyat tak panik bila Mahathir "berbohong"
Kenapa Najib cemas..

Mahathir hanya tulis di satu blogg yang statik sedangkan Najib terbang seluruh negeri, negara dan dunia menyusun strategi..
Tetapi jawapan yang ada integriti masih tak kunjung lagi..



Ada pula sedang berusaha keras untuk memusnahkan legacy Tun, kenapa tidak bekerja keras memberi jawapan, kenapa lari apabila diberi peluang...

Apa beza apek ini dengan Lim Kit Siang atau DAP yang sentiasa memusuhi Melayu dan Islam (?)

Tuesday, June 9, 2015

Peluang Terakhir Muhyiddin - Tunggu Dipecat atau Undur Sekarang..

KEMASKINI:
Owl10 June 2015 at 13:26
Why don't Najib appoint Dr M as a special advisor to 1MDB to clear the air between them both and to provide the old man's expertise in clearing up the mess?

KEMASKINI:
Jika Muhyiddin sebagai Menteri Kewangan mungkin memberi kelegaan kepada persepsi rakyat sekurang-kurangnya terpaksa memberinya masa untuk membetulkan keadaan.
Tetapi akibatnya lebih buruk jika 1MDB sememangnya sesuatu penyelewengan ???

ASAL:

Perkhabaran menyatakan kabinet akan dirombak melibat kepada beberapa Menteri digugurkan dan diganti dengan muka lama dibarukan (recycle) atau muka baru.

Muhyiddin yang dilihat tidak sealiran antara yang disebut digugurkan atau di ubahsuai kepada satu tahap yang selamat kepada kedudukan Najib.

Jika benar ianya satu tindakan yang betul oleh Najib dan merupakan satu penamatan hayat politik Muhyuddin yang selama ini dianggap "play safe" sehingga sebahagian besar penyokong Mahathir melihat Muhyiddin juga tidak boleh diharap, 2x5.

Mengakhiri hayat Muhyiddin dianggap tepat oleh mana-mana pihak jika ia tidak berfungsi di situ, malah boleh dirujuk kepada Jawatankausa Disiplin Parti kerana mencemarkan imej Presiden dan UMNO.

Untuk bangkit dan melawan selepas didowngrade atau dipecat sudah terlewat buat Muhyiddin





Gambar dari blog outsyed the box

AYAT POWER PAS KEPADA NAJIB, NAK JAWAB KE NAK HIDE....

“Najib boleh melarikan diri daripada forum ‪Nothing2Hide. Namun, beliau tidak boleh lari daripada masalah negara.

“Kamu boleh hancurkan diri kamu dengan 1MDB. Tapi jangan hancurkan negara dengan 1MDB. Cukuplah kamu meranakan rakyat dengan GST, janganlah kamu meranakan generasi masa depan dengan 1MDB,” 

- Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS.

Beliau juga menasihatkan Najib meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan kerana 1MDB sedang disiasat Bank Negara Malaysia sekali gus boleh menimbulkan prejudis.


109. Arul had lied before. It is not inconceivable that on the 42 billion Ringgit Arul may be lying again. Where a chunk of the 42 billion Ringgit went is still questionable..- Mahathir
10. I don’t think we can resolve the problem of where the 1MDB money has gone through four-eyed meetings. Najib can resolve through proving beyond reasonable doubt that no money has disappeared from the 42 billion borrowed.- Mahathir

Cadangan Kj tidak lagi relevan I don’t think we can resolve the problem of where the 1MDB money has gone through four-eyed meetings. Najib can resolve through proving beyond reasonable doubt that no money has disappeared from the 42 billion borrowed - Tun Dr MahathirSaranan# Mahathir reject saranan KJ supaya Najib jumpa Mahathir 4 mata..(?)


2. But unfortunately I am nApakah Najib akui Mahathir masih ada integriti dan dia tidak (?)
http://chedet.cc/?p=1744

" Menteri kewangan yang luluskan pinjaman tersebut, kenapa 1MDB perlu beri sebab oleh menteri yang luluskan? Ini tidak masuk akal,” katanya di parlimen hari ini.
Selain itu, Tony juga meminta penjelasan sama ada pinjaman itu diluluskan sendiri oleh lembaga pengarah 1MDB.
Pada 28 Mei lalu, Tony meminta Menteri Kewangan menyatakan sebab mengapa pinjaman itu diluluskan sedangkan anak syarikat Petrodaudi itu tidak mempunyai modal berbayar melebihi US$150,000 (RM562
Namun jawapan diterimanya, ‘Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pihak pengurusan 1MDB kepada Kementerian Kewangan, pinjaman tersebut diluluskan bagi mengurangkan risiko berbanding dengan pegangan ekuiti dalam syarikat usaha sama tersebut’.
Tony berkata, jawapan yang diberi itu tidak masuk akal kerana ia tidak akan mengurangkan risiko malah menambahkan risiko terhadap 1MDB.
“Jadi jika jawapan yang di berikan Najib ini adalah benar dan tepat, maka Malaysia tidak mempunyai pilihan tetapi dapat menyimpulkan bahawa kita mempunyai Menteri Kewangan yang paling bodoh dan paling tidak berkelayakan dalam sejarah Malaysia,” katanya



ORANG RANAU TANYA HANG PI MANA (?)
“I had intended to come earlier after hearing news about the earthquake. But that day was the birthday of the Yang Di-Pertuan Agong and then I had to leave for an official visit to Saudi Arabia as the king and the crown prince were involved. - Najib

“Because our bilateral ties are very important, I could not come to Sabah, specifically to Ranau, earlier.” - Najib

BILA TARIKH EARTHQUAKE DAN BILA TARIKH BIRTHDAY YDP AGONG - BETUL KE BOHONG !!!


Monday, June 8, 2015

NAK TACKLE SEMULA MAK JANDA LAMA...

Aku nak nasihat sikit pada PAS !!!
Who are you...
Aku layak menasihat sebab aku ada satu kuasa undi mutlak dan beberapa lagi undi yang boleh dipengaruhi..

PAS perlu berjuang tentang kebenaran..secara sendirian atau usahasama..

Berhati- hati lah dengan DAP - musuh nyata
Berhati-hati lah dengan PKR - teman tertawa di masa senang.
Berhati hatilah dengan UMNO - banyakan makan antibiotik...

Sunday, June 7, 2015

UMNO - Ikut suka hampalah nak buat lagumana...dah naik meluat

Bacul..itu persepsi terbaru, masih panas

UMNO sedang mencipta persepsi demi persepsi setiap hari...

Label terdahulu..
Pembohong..
Penipu..
Perasuah..
Penyeleweng..
Penyolap...
Pemboros..

Banyak sangat oooooo
Sudah jadi air Paipsi Cola
Persepsi rakyat...
Melekat dan rakyat bertekad..
Tolak UMNO...total

Najib undur atau tidak... sudah tidak penting..
Muhyiddin atau Ku Li.. sama saja..lanun
Jawab atau tidak... "masa" setia menunggu, court juga sana jawab..

Lebih baik kita pilih lebai dan parti yang seimbang ada sikit takut dengan dosa dari pemimpin dan parti yang mabuk kuasa...

PAS bukan yang terbaik tetapi apa salahnya berbaiksangka dan beri peluang...
Biar bodoh sama-sama belajar dari bodoh sombong riak dan haloba.

Peluang tetakhir untuk UMNO

# UMNO sekarang pun sedang berjinak dengan PAS, merapat dengan Hadi untuk dilihat bersih, tumpang moral, tumpang Islamik.
Cai UMNO diingat jangan dok kutuk dok maki Hadi tak henti2 sebab akhirnya UMNO nak minta ehsan dan nyawa dan tumpang sekaki untuk nampak kuat.

6ANGKA