Tuesday, June 9, 2015

Peluang Terakhir Muhyiddin - Tunggu Dipecat atau Undur Sekarang..

KEMASKINI:
Owl10 June 2015 at 13:26
Why don't Najib appoint Dr M as a special advisor to 1MDB to clear the air between them both and to provide the old man's expertise in clearing up the mess?

KEMASKINI:
Jika Muhyiddin sebagai Menteri Kewangan mungkin memberi kelegaan kepada persepsi rakyat sekurang-kurangnya terpaksa memberinya masa untuk membetulkan keadaan.
Tetapi akibatnya lebih buruk jika 1MDB sememangnya sesuatu penyelewengan ???

ASAL:

Perkhabaran menyatakan kabinet akan dirombak melibat kepada beberapa Menteri digugurkan dan diganti dengan muka lama dibarukan (recycle) atau muka baru.

Muhyiddin yang dilihat tidak sealiran antara yang disebut digugurkan atau di ubahsuai kepada satu tahap yang selamat kepada kedudukan Najib.

Jika benar ianya satu tindakan yang betul oleh Najib dan merupakan satu penamatan hayat politik Muhyuddin yang selama ini dianggap "play safe" sehingga sebahagian besar penyokong Mahathir melihat Muhyiddin juga tidak boleh diharap, 2x5.

Mengakhiri hayat Muhyiddin dianggap tepat oleh mana-mana pihak jika ia tidak berfungsi di situ, malah boleh dirujuk kepada Jawatankausa Disiplin Parti kerana mencemarkan imej Presiden dan UMNO.

Untuk bangkit dan melawan selepas didowngrade atau dipecat sudah terlewat buat Muhyiddin





Gambar dari blog outsyed the box

17 comments:

  1. Camne nak resign dari jadi ahli umno?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah.............dah fed up dgn kerenah pemimpin-pemimpin UMNO!

      Delete
  2. TPM bukan playsafe tapi jaga perut!!!!!!dari awal lagi dah nampak bukan sebagai pejuang sejati mcm mana nak jadi p.m???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku lansong tak confident tengok dia..visi yilek..najib lebih bervisi dengan 1mdb..cuma berkelodak sikit..tunggu audit n Pac dulu..bagi clear..mana2 ada penyamun nahas lah mereka nanti. .

      Delete
    2. Tang maner visi najib tuh??!!..cer citer

      Delete
  3. jika tak selesaikan 1MDB n GST, rombakan kabinet tak akan memenangkan UMNO sila ambil perhatian serious wahai pemimpin UMNO

    ReplyDelete
  4. Rasa macam nak undi PAS pada PRU 14 nanti. Menyampah dengan Najib.

    ReplyDelete
  5. Aku takkan undi BN. Umno dan BN adalah parti paling korap di bumi Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dap tak korap? Pkr tak korap? Pas tak korap? Kalau nak bantai biar adil...

      Delete
  6. 1. Saya penyokong tegar BN dari sarawak. Walaupun umno tak ada di sarawak, saya secara keseluruhannya menyokong perjuangan umno.

    2. Malangnya saya melihat melayu dari malaya tidak mahu memahami dan terima iaitu parti jauh lebih penting daripada individu yang memimpin baik dari zaman tunku sehingga semasa iaitu najib. Kita melihat perjuangan tunku, razak, hussein dan mahathir ada turun naiknya. Perlumbaan, perbalahan adalah rencah politik namun parti tetap sama malah diperkukuhkan. Maka sebab itu ada fasa2 tertentu sehinggalah negara mencapai kejayaan demi kejayaan.

    3. Malangnya, sejak paklah ambilalih dari mahathir, jelas parti umno menjadi lemah. Walaupun fakta luaran sememangnya ada, namun kekuatan pimpinan itu jelas tak bermaya dan senang digugat oleh musuh2 umno.

    4. Sebab itu, najib diangkatnaik dengan harapan akan kembalikan umno pada jalan dan perjuangan asal. Namun semua impian itu berkecai apabila falsafah perjuangan parti tidak dipraktikkan atas dasar prihatin, toleransi yang palsu, takut pada musuh etc etc. Compounding problem ini, personal vested interest dan penyalahgunaan kedudukan terus mengganggugugat kekuatan umno.

    5. Peranan yang dahulunya dimainkan oleh kerua cawangan, bahagian, wanita, pemuda, puteri, 3 VPs dan Timb presiden langsung tidak kelihatan selain daripada Angguk2, Geleng2,Tunduk2 sehingga grassroot members marah dan jemu.

    6. Having said the above, the 1MDB scandal, high cost of living, etc akan terus menjadi contributor to permanent hatred for the leader/s. Taklah surprise kalau melayu sekarang jauhkan diri dari parti umno.

    7. Saya melihat terkini blogger pro najib sangat cetek pemahaman perjuangan parti.

    8. The start and the end of umno dan bn dah bermula. Mahathir betulkah atau najib betulkah tak ada ertinya lagi.

    Selamat menghancurkan BN

    ReplyDelete
  7. yang suke salahkan umno tu,semuenye haramjadah,sebab tak dapat ape-ape yang sangat di kehendakinye,modoh punye olang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mangkok hayun terima la hakikat bahawa umno sedang nazak dan menuju zaman kejatuhan di sebabkan oleh kelemahan kepimpinan yang ada sejak dari 2004 lagi , di tambah dengan yang ada sekarang yang penuh dengan skandal tak terjawab dan lemah penderian yang hanya memerlukan penasihat di sekelilingnya , saat saat kejatuhan , umno harus di cuci dari pemimpin musibat dan ahli yang pak turut kerana habuan yang sedikit.

      Delete
    2. 7:53 Ko lah haramjadah anak barua gampang sundal....yg dok meminta2 tu ko sendiri...

      Delete
  8. Kisah Mahyuddin penah dikumenkan dahulu...
    Spt dijangka, cepat atau lambat, dia pasti ditendang.

    Untuk survival, Mahyuddin mstilah sambut pemecatan dia dengan anak jantan tanpa rasa kesal.
    Cukuplah jasa dicurah bersama UMNO, baik banyak atau baik sedikit, itulah UMNO. Tiada nilai atau kredit jika sudah tidak bernilai di mata sebab UMNO (sekarang) memang sudah rosak. Hidupnya bukan atas semangat perjuangan suci dan ikhlas datuk nenek moyang kita, tapi kerana kebendaaan dan harta dunia sahaja.

    Sy pnah cdgkan, dia mesti bergerak atas satu paltform (bukan masuk PAS atau parti lain) tapi hendaklah membentuk gabungan semua NGO2x melayu yang sayangkan ISLAM dan bergerak vokal dan berani ke seluruh negara menyeru orang melayu sanggup berubah. Justeru, PAS yang sekarang dinakhodai 99.99% gulungan ulamak (kata PAS la, bukan aku ok) adalah lebih baik kedepan sedondon dengan Mahyuddin.

    Di seluruh dunia, orang ramai berduyun-duyun mencari kebenaran Islam sekarang (sesuai dengan peringkat/fasa akhir zaman), makanya pasport ISLAM adalah perhitungan politik (ISLAM AD DIN kpd ALLAH) yang amat baik dan terangsang untuk mana-mana gulungan yang ingin merubah landskap kenegaraan. Bukan mudah... tapi kena gerakerja yang jitu dan menyeluruh sehingga datangnya PRU14.

    Ayuhlah Mahyuddin, buka lah jalan itu untuk memberi kekuatan kepada orangramai mengikutnya. Saya tak reti menyusun ayat (apa dalam jangkaan saya) tapi saya menduga beberapa perkara besar sedang dan akan bermain di Malaysia.

    Umur pun dah senja, bila lagi hendak mati berjuang sebagai perwira yang akan dikenang dan diingati rakyat.
    Tinggalkan lah UMNO, yang akan mati menjadi Zombi. Rakyat (Melayu & Islam) akan mencari jalan lain untuk survival, MUNGKIN KAH ANDA PEMBUKA JALAN ITU?

    Cuma harinya bulannya tahunnya bila, ALLAH lebih Mengetahuinya. Tapi saya yakin, sebelum 2020.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak payah nak rasa penat dan kecewa dengan insiden ini kalau berlaku ia bukan salah muhyidin saja malah bagi saya semua ahli umno harus disalahkan , dan kalau umno kalah pada pru 14 akan datang memang patut pun kerana semua ahli umno telah menerima najib dan pemimpin pemimpin rosak yang lain , dan mereka tahu semua pemimpin ini dah rosak tapi masih di pilih contoh jelas sharizat ketua wanita walau ada akandal lembu masih di jilat dan dipilih , jadi sekarang isu najib dan 1MDB ahli umno memberi sokongan dan terima la hakikat bahawa umno rosak bukan setakat pemimpin malah ahli umno pun dah rosak hanya kerana nak jilat habuan dunia yang sedikit dan jijik mereka rela merosakkan umno jadi terima la hakikat kalau umno terlingkup oleh orang orang dan ahli umno sendiri . tak ada apa yang kita nak resah. dari sekarang orang melayu harus belajar untuk survival sendiri .

      Delete
  9. Najib mana boleh terima kalau orang cakap tentang kelebihan Tun,kerana pada dia Tun tu sudah tak ada apa2.

    ReplyDelete

6ANGKA