Adalah tidak begitu adil sangat untuk mempersoalkan zahid tentang gimmik politiknya tentang dalang undi tidak percaya kepada Najib di parlimen.
Dalang mungkin sudah dikenalpasti dan mudah dicari, cash is king, Tok Dalangnya, master mind terlepas lagi...Tok dalang tak ramai, pakat sesama sendiri..
Mempersalah zahid sekadar memberi peluang kepada Najib buying time.
Matlamat bukan untuk melihat umno kalah, matlamat untuk umno menang dan TERPENTING kembali dipercayai...
Bukan setakat 3 juta ahli,.lebih penting 15 juta Melayu.
Faktor dan liabiliti, mati hidup balik faktor kekalahan adalah Najib, undur untuk menang.
Pembangkang kurang peluru bila Najib undur.
Jika pembangkang mahu gulingkan kerajaan sekarang mereka perlu lebih bijak.
Strategi boleh datang dari dalam atau dari luar penjara. Pembangkang sekadar tidak boleh berharap dari perpecahan atau kelemahan UMNO.
Rakyat mahu lihat bagaimana Pembangkang boleh menang melalui undang2 sebelum pilihanraya.
Karpal Singh mungkin satu-satunya dirasakan kehilangannya di saat ini.
Pembangkang perlu lihat dan belajar bagaimana Perak dirampas.
Satu satunya sebab dalang tidak boleh berjaya untuk undi tidak percaya terhadap Najib bukanlah kerana faktor PAS atau gagal mencari AP BN yang belot tetapi lebih kepada DAP yang belum bersedia.
Strategi DAP ialah menang PRU14 di beberapa lagi negeri untuk dikuasai dan MB atau Ketua Menteri adalah boneka (Melayu).
Dan jika pun Putrajaya dapat ditawan, DAP sudah bersedia dengan Perdana Menterinya.
DAP tidak mahu strategi jangkapanjangnya tergugat atau terubah jika Najib undur sekarang.