Monday, October 5, 2015

Mahathir, next !!!?

Sebaik sahaja Ling liong sik bakal disaman oleh Najib.

Semua tertumpu kepada Nasib Tun Dr Mahathir Mohamad...
Didesak berundur...
Disaman...
Dipecat...
Ditangkap...
Disiasat...
DiSosma...
Dipenjarakan...

Tun seperti telah bersedia dengan semua perkara itu....
Sedangkan Najib "berundur" sahaja tidak sanggup.

Memang tepatlah Tun Dr Mahathir digelar Negarawan kerana berani dan takutnya, senang dan susahnya, hidup dan matinya kerana rakyat.

Sudah tentu Tun tidak lakukan semua itu untuk dipuji, untuk kembali menjadi PM, untuk membolot harta negara.
Dan paling tentu jasanya tidaklah perlu rakyat atau mana-mana individu untuk menghulurkan simpati atau derma.

Yang penting, perjuangan diteruskan.

TTPA: SEJAUH MANA KERAJAAN BOLEH DIPERCAYAI...

1) Setakat mana bijaknya Najib sebagai PM yang akan mendapat nasihat dari Menteri Kewangan dan Menteri MITI dalam mengendalikan ekonomi negara.

2) Setakat mana Amerika dibawah pengaruh israel dan yahudi lakukan sesuatu dasar memberi keuntungan kepada bangsa dan negara luar. Bagaimana kita boleh terpengaruh dan percaya kepada musuh Islam nombor 1 (?)

3) Amerika selalu menggunakan divide and rule, tekanan, paksaan dan ugutan termasuk blackmail untuk mendapatkan sesuatu dan sejauhmana PM tidak berada dalam kedudukan tersebut (?)

4) Tanpa TTPA, apakah Malaysia akan mundur dan kebulur (?)

5) Setakat mana Kerajaan sensitif dan prihatin dengan luahan dan penderitaan rakyat (?)
Perlaksanaan GST menunjukkan kerajaan terpaksa melaksanakan kerana sudah hampir kepada kepapaan kerana sikap boros dan berhutang yang menjerut leher.







PENDEDAHAN PALING BERANI

Paling berisiko...
Pendedahan berani mati...
Tak mungkin semuanya palsu !

Sukar
 akan ada jawapan dari pihak yang terlibat melainkan sekadar menafikan...

Seperti biasa karektor,  objek dan figure ini akan jadi "mangsa" dan sasaran gerombolan untuk dimusnahkan.

Apapun Najib masih belum boleh tidor lena...








Sunday, October 4, 2015

STRATEGI MAHATHIR (1)

Semangat juangnya berterusan...pelbagai idea dilemparkan....undi tidak percaya di parlimen..kalahkan Najib di Pekan...
Semuanya ke arah undur atau lebih tepat singkir Najib.

Ramai berpersepsi Najib tidak mahu undur kerana takut ditangkap...Mahathir menyebutnya dengan jelas.

Penyampaiannya di DPalma, Ampang menmbawa beberapa mesej tetsirat antaranya:

1) Strategi penyingkiran najib perlu berterusan secara kualiti dan tingkatkan kuantiti.

2) Penyingkiran secara smart dan tidak emosi..



Bersambung...


Beza Najib dan Mahathir...
Untuk mendengarnya ...kena bayar dan bukan dibayar (?)

Saturday, October 3, 2015

KPN KATA "NO"..FBI KATA APA...


ANTARA 42B dan 60B



Artikel oleh seorang jemaah haji tahun ini:

Ok. Sekarang saya dah pulang,  paling kurang sudah 48 jam tadi (baru selamat sampai Malaysia),  dan melihat kepada komen-komen isu di Mana oleh orang awam secara umum.

Maaf cakap, tapi salah sangka orang kita berkenaan isu rempuhan di Mana benar-benar jauh menyimpang dan ia semuanya mencipta 2 impressi

1) mematahkan semangat orang untuk pergi menunaikan haji (dengan memburukkan Saudi),

2) menyebarkan kebencian di kalangan sesama Muslim.

Biar saya ceritakan kronologi peristiwa yang berlaku.

1. Bermula dengan insiden kren yang menjadi tajuk utama media asing seperti BBC, Economist dan Times of India, semuanya mengkritik pembesaran Masjidil Haram yang memakan kos US 60 billion.

Point dari saya ialah negara mana yang boleh mengagak dan bersedia untuk insiden seperti tsunami, hujan kilat, banjir besar, dan ribut taufan?

Saya adalah antara saksi utama semasa kren itu tumbang, dan percaya atau tak ia adalah kategori Takdir Tuhan.

Semuanya berlaku dalam sekelip mata dan menyapu habis semua yang ada didepan nya.
Kren yang tumbang itu adalah yang kedua terbesar di dunia dan di pasang di luar kawasan Masjidil Haram namun ia tidak dapat menahan kekuatan angin yang kuat dan juga tenaga elektrik yang kuat dari kilat yang menyambar,dan anda pasti terkejut melihat kren kedua terbesar itu tumbang ibarat sekeping kertas melayang di udara.

 Memandangkan saya katakan ia adalah Takdir Tuhan, jemaah yang bersolat tidak berhenti dari solat mereka, begitu juga jemaah yang sedang melakukan tawaf, dan saya salah seorang dari mereka.

Kerajaan Saudi pula tidak mahu situasi panik berlaku dan pintu terus ditutup dalam masa setengah jam dan cepat cepat membersihkan mayat mayat dan mangsa mangsa yang tercede.

Pihak berkuasa tidak mengaktifkan sistem kecemasan agar jemaah tetap meneruskan ibadah mereka.

2. Insiden di Minat. Pengurusan di Minat kali ini adalah lebih baik. Lebih dari 100 ribu askar dan volunteers ditempatkan di banyak kawasan.

Beribu tangki air minuman sejuk dan tandas disediakan dengan jarak beberapa meter diantaranya. Untuk mengatasi suhu panas, pihak berkuasa telah meletakkan alat pancuran air di setiap tiang lampu di sepanjang jalan, beribu kemudahan bergerak air, jus jus, dan air sejuk dalam lori disediakan untuk kegunaan para jemaah.

Operasi keretapi dan bas bas telah disediakan untuk mengangkut orang. Yang paling penting pihak berkuasa telah meletakkan pemeriksaan ketat untuk memantau kemasukan haram bagi mengelakkan kesesakan.

Walau bagaimanapun,  Takdir Tuhan tetap akan berlaku jika itu telah ditulis. Cuaca mula semakin panas dari suhu 37 kepada 48. Pada malam pertama di Mina,  ada kejadian angin ribut disertakan dengan kilat.
Tapi kali ini angin yang datang membawa haba panas dan air sangat sejuk. Subhanallah. Pada keesokan harinya para jemaah menyaksikan hari paling panas di Arafah.

Semua alat penghawa dingin menjadi liabiliti kerana ia menyedut masuk udara panas, dan akhirnya para jemaah merasa sangat letih dan kehausan.

Perjalanan dari Arafah ke Mina sedang menanti. Saya sendiri menyaksikan kesan dari cuaca panas itu dengan melihat ribuan orang yang pengsan. Dan bas 5 bintang kami, mengalami kerosakan gear pada waktu malam dan terpaksa berhenti.
Kami terpaksa berjalan.pada hari rusuhan sebanyak 3 juta jemaah berjalan dalam laluan segala namun tidak seperti tahun lepas, udara panas pada kali ini tidak mengira masa. Dengan pengalaman dua hari dalam suasana panas dan keletihan, adalah sukar untuk menuju ke tempat Jamarat.

Saya percaya rusuhan berlaku adalah disebabkan oleh suasana panas melampau, rasa lemas dan para jemaah mula hilang kesabaran disebabkan kepanasan. Semuanya berlaku.

Pihak pihak yang membuat konspirasi seperti jemaah Iran yang menjadi punca rusuhan, atau kononnya ada konvoi putera raja, atau kerana kesalahan askar; hanya ingin memberi salah faham kepada seluruh umat Islam dan membantu Non Muslim untuk menyerang kita kembali.

Saya percaya cara pihak berkuasa Saudi menyediakan kemudahan untuk para jemaah tidak dapat ditandingi oleh mana mana negara lain walaupun US.

Cuba bayangkan kenapa kerajaan Saudi ingin melakukan projek pembesaran Masjidil Haram sehingga mencecah angka US 60 billion?

Loji kuasa yang disediakan untuk menjana elektrik di Masjidil Haram adalah 18000 mw, tenaga elektrik yang jauh lebih besar yang dijana untuk seluruh Pakistan.

Saya menyeru seluruh umat Islam untuk melihat isu ini sebagai Takdir Tuhan.

Keimanan saya menyatakan Allah sedang menguji seluruh umat Islam samaada mereka akan takut untuk mengerjakan haji di masa akan datang, atau mereka akan tetap melaksanakan rukun Islam yang kelima itu.

Dalam masa yang sama media asing yang cemburu dengan kita akan berterusan cuba untuk.membentuk pemahaman kita melalui fakta fakta yang salah dan tiada asas, agar terbentuk perbezaan di antara kita sesama Muslim.

Maka keputusan adalah di tangan kita (samaada mahu percaya berita dari mereka, atau mahu mengambil fakta dari media kita sendiri).

Kongsi jika anda rasakan ia sangat berharga.

6ANGKA