Saturday, October 3, 2015
ANTARA 42B dan 60B
Artikel oleh seorang jemaah haji tahun ini:
Ok. Sekarang saya dah pulang, paling kurang sudah 48 jam tadi (baru selamat sampai Malaysia), dan melihat kepada komen-komen isu di Mana oleh orang awam secara umum.
Maaf cakap, tapi salah sangka orang kita berkenaan isu rempuhan di Mana benar-benar jauh menyimpang dan ia semuanya mencipta 2 impressi
1) mematahkan semangat orang untuk pergi menunaikan haji (dengan memburukkan Saudi),
2) menyebarkan kebencian di kalangan sesama Muslim.
Biar saya ceritakan kronologi peristiwa yang berlaku.
1. Bermula dengan insiden kren yang menjadi tajuk utama media asing seperti BBC, Economist dan Times of India, semuanya mengkritik pembesaran Masjidil Haram yang memakan kos US 60 billion.
Point dari saya ialah negara mana yang boleh mengagak dan bersedia untuk insiden seperti tsunami, hujan kilat, banjir besar, dan ribut taufan?
Saya adalah antara saksi utama semasa kren itu tumbang, dan percaya atau tak ia adalah kategori Takdir Tuhan.
Semuanya berlaku dalam sekelip mata dan menyapu habis semua yang ada didepan nya.
Kren yang tumbang itu adalah yang kedua terbesar di dunia dan di pasang di luar kawasan Masjidil Haram namun ia tidak dapat menahan kekuatan angin yang kuat dan juga tenaga elektrik yang kuat dari kilat yang menyambar,dan anda pasti terkejut melihat kren kedua terbesar itu tumbang ibarat sekeping kertas melayang di udara.
Memandangkan saya katakan ia adalah Takdir Tuhan, jemaah yang bersolat tidak berhenti dari solat mereka, begitu juga jemaah yang sedang melakukan tawaf, dan saya salah seorang dari mereka.
Kerajaan Saudi pula tidak mahu situasi panik berlaku dan pintu terus ditutup dalam masa setengah jam dan cepat cepat membersihkan mayat mayat dan mangsa mangsa yang tercede.
Pihak berkuasa tidak mengaktifkan sistem kecemasan agar jemaah tetap meneruskan ibadah mereka.
2. Insiden di Minat. Pengurusan di Minat kali ini adalah lebih baik. Lebih dari 100 ribu askar dan volunteers ditempatkan di banyak kawasan.
Beribu tangki air minuman sejuk dan tandas disediakan dengan jarak beberapa meter diantaranya. Untuk mengatasi suhu panas, pihak berkuasa telah meletakkan alat pancuran air di setiap tiang lampu di sepanjang jalan, beribu kemudahan bergerak air, jus jus, dan air sejuk dalam lori disediakan untuk kegunaan para jemaah.
Operasi keretapi dan bas bas telah disediakan untuk mengangkut orang. Yang paling penting pihak berkuasa telah meletakkan pemeriksaan ketat untuk memantau kemasukan haram bagi mengelakkan kesesakan.
Walau bagaimanapun, Takdir Tuhan tetap akan berlaku jika itu telah ditulis. Cuaca mula semakin panas dari suhu 37 kepada 48. Pada malam pertama di Mina, ada kejadian angin ribut disertakan dengan kilat.
Tapi kali ini angin yang datang membawa haba panas dan air sangat sejuk. Subhanallah. Pada keesokan harinya para jemaah menyaksikan hari paling panas di Arafah.
Semua alat penghawa dingin menjadi liabiliti kerana ia menyedut masuk udara panas, dan akhirnya para jemaah merasa sangat letih dan kehausan.
Perjalanan dari Arafah ke Mina sedang menanti. Saya sendiri menyaksikan kesan dari cuaca panas itu dengan melihat ribuan orang yang pengsan. Dan bas 5 bintang kami, mengalami kerosakan gear pada waktu malam dan terpaksa berhenti.
Kami terpaksa berjalan.pada hari rusuhan sebanyak 3 juta jemaah berjalan dalam laluan segala namun tidak seperti tahun lepas, udara panas pada kali ini tidak mengira masa. Dengan pengalaman dua hari dalam suasana panas dan keletihan, adalah sukar untuk menuju ke tempat Jamarat.
Saya percaya rusuhan berlaku adalah disebabkan oleh suasana panas melampau, rasa lemas dan para jemaah mula hilang kesabaran disebabkan kepanasan. Semuanya berlaku.
Pihak pihak yang membuat konspirasi seperti jemaah Iran yang menjadi punca rusuhan, atau kononnya ada konvoi putera raja, atau kerana kesalahan askar; hanya ingin memberi salah faham kepada seluruh umat Islam dan membantu Non Muslim untuk menyerang kita kembali.
Saya percaya cara pihak berkuasa Saudi menyediakan kemudahan untuk para jemaah tidak dapat ditandingi oleh mana mana negara lain walaupun US.
Cuba bayangkan kenapa kerajaan Saudi ingin melakukan projek pembesaran Masjidil Haram sehingga mencecah angka US 60 billion?
Loji kuasa yang disediakan untuk menjana elektrik di Masjidil Haram adalah 18000 mw, tenaga elektrik yang jauh lebih besar yang dijana untuk seluruh Pakistan.
Saya menyeru seluruh umat Islam untuk melihat isu ini sebagai Takdir Tuhan.
Keimanan saya menyatakan Allah sedang menguji seluruh umat Islam samaada mereka akan takut untuk mengerjakan haji di masa akan datang, atau mereka akan tetap melaksanakan rukun Islam yang kelima itu.
Dalam masa yang sama media asing yang cemburu dengan kita akan berterusan cuba untuk.membentuk pemahaman kita melalui fakta fakta yang salah dan tiada asas, agar terbentuk perbezaan di antara kita sesama Muslim.
Maka keputusan adalah di tangan kita (samaada mahu percaya berita dari mereka, atau mahu mengambil fakta dari media kita sendiri).
Kongsi jika anda rasakan ia sangat berharga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Acah acah kaya? KEIMANAN fokus pengisian wajib utama adalah 👉Solat 5 Waktu Berjemaah di Masjid 👉Al Quran 👉 Sedekah 👉 Ilmu Ilmu Busi...
-
Di goreng, di spin Bersih 4.0 gagal dan tidak berkesan kepada kepimpinan Najib. Bersih 4.0 sudah berlalu 4 hari tetapi masih diperheboh da...
Artikal ni bagus tetapi malangnya hilang sadikit kebenaran apabila diselitkan pulak konspirasi entah apa? Kan cerita yang sebenarnya tanpa konspirasi ni dan tu lebih menyakinkan?
ReplyDeleteDunia barat & Zionis Yahudi dalam strategi untuk menguasai dunia, mereka berpegang teguh dgn slogan "Beat them by the sword or debt". "And if you could not beat them, join them".
DeleteSehubungan dgn itu, setelah dikaji selidik, saya berpendapt Anwar dan Najiblah puncanya negara mengalami ketidak stabil ekonomi, masyarakat & politik negara. Kedua mereka mengangkat bangsa Zionis Yahudi sebagai sahabat & penasihat dan menerima dana besar dari puak laknatullah.
What does the Bible say about lending money?"
DeleteAnswer: God’s Word says that many people wander from the faith and pierce themselves with many griefs when they allow money to have an improper hold on their hearts. That’s why the Bible contains hundreds of verses on how God wants us to treat money, and this includes the lending of it.
Moses addressed this issue in the Old Testament. Essentially, the Israelites were not permitted to charge interest when they loaned money to an impoverished brother. They could, however, charge interest on loans made to other, more affluent Jews and to foreigners. This rule was part of the Mosaic Law: “If you lend money to one of my people among you who is needy, do not be like a moneylender; charge him no interest” (Exodus 22:25; see also Psalm 15:5). This prohibition against charging interest actually included “food or anything else that may earn interest” (Deuteronomy 23:19). The purpose of the law was two-fold: an interest-bearing loan would only exacerbate the plight of the poor, and God promised a blessing on the gracious lender that would far surpass any interest he would make. Additionally, at the end of every seven years, creditors were to cancel all the debts they were owed by fellow Israelites (Deuteronomy 15:1).
In the New Testament, Jesus tells us not to “turn away from the one who wants to borrow from you” (Matthew 5:42). He applied this principle even to our enemies in their time of need: “But love your enemies and lend to them without expecting to get anything back. Then your reward will be great” (Luke 6:35, emphasis added). Indeed, there are numerous passages throughout the Bible exhorting us to have a generous and giving heart, especially to the less fortunate. Moses taught his people, “If there is a poor man among your brothers in any of the towns of the land that the LORD your God is giving you, do not be hardhearted or tightfisted toward your poor brother. Rather be openhanded and freely lend him whatever he needs” (Deuteronomy 15:7-8).
The clear teaching of the Bible is that God expects His children to act righteously when lending money. And it helps us to remember that our ability to produce wealth comes from God (Deuteronomy 8:18) and it is God who “sends [both] poverty and wealth; He humbles and He exalts” (1 Samuel 2:7). Now, there is nothing wrong with legitimately loaning money and expecting to be repaid at a fair rate of interest (Proverbs 28:8; Matthew 27; Psalm 37:21). Yet we need to remember that the Bible’s teaching on money matters also includes borrowing money and indebtedness. Although the Bible does not expressly forbid borrowing money, it doesn’t encourage it, either. It is not God’s best for His people, as debt essentially makes one a slave to the lender (Proverbs 22:7). God would rather have us look to Him for our needs than rely on lenders. Additionally, as the psalmist makes clear, we are to repay our debts (Psalm 37:21). When we loan money to someone, we increase that person’s debt load and make it easier for him to stumble.
Firman Allah swt (Surah Al-Ma'idah, ayat 51) yang bermaksud....
DeleteWahai orang yg beriman. Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kpd setengah mereka yg lain; dan sesiapa di antara kamu yg menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kpd kaum yg berlaku zalim.
Bersesuaian dgn ayat 51 surah Al Ma'idah yg tersebut di atas, Najib telah melanggar perintah Allah swt bila dia melantik syarikat yahudi Apco sebagai Penasihat & Juru Perunding negara, dan juga Banker yahudi Goldman Sachs bagi urusan pinjaman multi billion US$ yg membebankan dgn riba yg tak munasabah. Allah swt telah menunjukkan kemungkaran Najib dgn musibah bertali arus di negara baik di bumi, langit, gunung maupun di laut serta keaiban besar hingga menjadi tajuk berita seluruh dunia.
Itulah padahnya bila menderhaka kpd orang tua dan khianat pd agama, bangsa & tanah air. Fahaman Liberal, slogan Satu Malaysia serta dayus mengikut telunjuk Bini punca Najib hilang pedoman & menyimpang.
Najib tidak layak & harus digugurkan sebagai pemimpin negara ini.
Sdra2 seperjuangan.....
DeleteKetahuilah Duit 1mdb punca malapetaka & pergolakan di tanahair adalah hasil pinjaman riba yang diharamkan oleh agama Islam, mentelah lagi dari urusniaga dgn yahudi Goldman Sachs & penasihat yahudi Apco. Najib, Rosmah, menteri2 kabinet & ketua2 jabatan yg merestui urusniaga haram ini telah melanggar larangan Allah SWT melalui wahyu & ajaran Al Quran, Taurat & Injil.
Semoga semua para pembaca Blogger KD dapat mengambil panduan & pedoman dalam kehidupan seharian.
ReplyDeleteDalam apa jua keadaan, kita hendaklah bersatu, mementingkan maruah agama dan bangsa kita bukan memaki caci hanya kerana tidak sependapat dalam urusan harian.
Bersalah-salahan dalam pendapat itu adalah normal kehidupan, yang salahnya kita menjadikan perkara itu (tidak sependapat) sebagai permusuhan & berbenci-benci sesama agama & bangsa.
Ingatlah saudara-saudaraku, bangsa kita adalah bangsa terakhir sedang dalam pembinaan & perancangan untuk dihapuskan/diporak perandakan.
Sedarlah sedarlah, kita sedang dicatur oleh agen-agen zionist (bermata sepet) & yahudi berwajah melayu di Malaysia di mana mereka tidak memerlukan peluru nuklear untuk meghancurkan kita, tetapi menggunakan kita (perpecahan sesama melayu) bunuh membunuh persaudaraan dan perpaduan kita. Kerana itulah taktik yang beratus tahun lamanya zionist Inggeris/portugis/belanda gunakan kepada bangsa kita tetapi mereka tidak pernah berjaya meruntuhkan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah kita NAMUN MEREKA TIDAK AKAN BERPUTUS ASA biarpun jika terpaksa menunggu beribu tahun.
Adakah ini zamannya mereka akan berjaya? SAUDARA-SAUDARAKU LAH YANG MENENTUKAN. KITA MESTI KATAKAN TIDAK! Jika nenek moyang kita yang miskin harta benda berjaya mempertahankan maruah agama dan bangsanya, kenapa kita yang kununnya moden tidak dapat berfikir? Jawapannya, ruh agama kita telah dihilangkan dengan kecanggihan kehidupan moden menjadikan kita leka dan leka. Alatan2x moden ciptaan dajjal telah berjaya memesongkan kehidupan dan pemikiran anak-anak kita.
Wahai ayahku, ibuku, pimpinlah anak-anak kita ke masjid. Lunakkan hati mereka dengan masjid. Makanlah semeja/setalam dengan anak-anak kita dalam nada bergurau senda. Buatlah seperti ayah bonda kita buat pada kita dahulu, sebelum maghrib semua sudah pulang. Semua sudah siap mandi. Semua dan bersedia hendak ke masjid. Semoga bertambah erat kasih sayang sesama kita dan bertambah kuat perpaduan sesama jiran masyarakat kita sehingga gerun musuh melihat kekuatan kita.
Agama kita sedang diguli-gulikan tetapi ramai yang memandang acuh tak acuh seperti tiada apa-apa. Bangsa kita sedang dilaga-lagakan tetapi kita seperti gembira dengan berpecah-pecah. Kita tak akan menyedari kerugian apa-apa SEHINGGALAH SEMUA SUDAH TERLAMBAT.
Semoga ALLAH masih menyayangi kita semua.
Jika ada pemimpin-pemimpin kita (sedang terlanjur) & sedang membinasakan negara kita, kita gantikan mereka dengan yang lain dengan cara orang melayu kita. Tak jalan cara A, gunalah cara sampai Z. Itu usaha kita asalkan kita (rakyat/orang melayu) jangan berpecah belah hanya disebabkan perangai mangkuk hayun pemimpin kita.
Wasslam.
Cerita yg bagus..
ReplyDeleteTp malangnya hanya menunjukkan sikap tipikal org kita
Tah mana dtg konspirasi pula?
Mana pulak blh dtg idea 'melemahkan semangat org dtg hj'?
Pergi hj kan wajib..bkn mcm pegi funfair
Menyalahkn takdir adelah melayu tipikal...mmg ia mmg telah takdir
Tp pasti ada cerita punca & sebab musabab knp ia berlaku & bagaimana utk elak ia berulang..
Bacalah quran..bukankah Allah swt mahu umatnya berfikir? Sikit2 serah takdir terus...
Patutla org kita sukar maju kedepan. Cepat sj serah takdir.
Ambil cth cerita air crash investigation dlm nat. Geo...siri rantaian kejadian yg lengkap & blh nmpk mcm mana 'takdir' tu berlaku & jika blh elak spy org lain terselamat.jgn jump to conclusion cepat sgt ckp takdir.
Jika kesilapan berlaku..ia berlaku bukan? Apa pengajarannya? Apa langkah seterusnya?
Guna otak...Allah swt bg akal spy dpt selamatkn jemaah lain...selain takdir semata..