Saturday, October 17, 2015

DAH LAMA SANGAT BERCAKAP PASAL SKANDAL MAHATHIR...DAKWA TAK JUGA..

PKR tunjuk juara usulkan undi tidak percaya

17 OKT : Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak tersenarai sebagai usul ke-25 daripada keseluruhan 28 usul dalam kertas aturan urusan mesyuarat dan usul-usul pada sesi Persidangan Dewan Rakyat pada 19 Okt hingga 3 Dis depan.
Usul Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikemukakan melalui Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy pm dewanSian yang memaklumkan mengenainya dalam laman Facebook beliau pada Sabtu.
Usul tersebut memfokuskan dakwaan terhadap kegagalan perdana menteri menjelaskan wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya selain turut mempertikaikan siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Geli hati betul kepada blongang dan cai yang kini memuatkan al kesah hikayat skandal-skandal era Mahathir untuk tatapan memujuk diri sendiri semata-mata untuk menunjukkan era Najib bersih dan suci.

Era mahathir: Pernahkah ada usul UNDI TIDAK PERECAYA di Parlimen !!!!

Siapa yang akan dipersoalkan oleh rakyat berdasarkan prestasi masing-masing tanpa perlu pilih bulu kerana rakyat tidak ada kepentingan peribadi untuk mengeji atau memuja seseorang. Rakyat bukan penjilat.

Kalaupun ada skandal era Mahathir, masa masih ada untuk mengheretnya ke mahkamah terutama ketika era AG baru dan kesetiaan luar biasa KPN sedia berkhidmat setiap masa. 

Kenapa bercakap tanpa tindakan, ikut perangai boss...nak saman...nak saman... raba di bawah, telor dah hilang.

Kalau terjumpa tulisan tentang skandal Mahathir,  penulisnya sudah tentu pemakan dedak tegar yang kehausan.

# Dilaporkan beberapa blog proNajib sudah mula menutup ruang komen terbuka *untuk ahli sahaja dan sebahagiannya tidak menyiarkan komen walaupun menggunakan bahasa yang sopan dan fakta semata-mata kerana tidak menyokong Najib.
Blog-blog pondan seperti zabidi saidi langsung tidak mempunyai ruang komen, syok sendiri.



Bab GST topup prepaid pun kerajaan kencing, lepas tu hadiahkan kenaikan tol...ada hati pula kata Bajet Berjiwa Rakyat akan dibentangkan ...munafik betul.

http://darisungaiderhaka.blogspot.my/2015/10/tol-naik-artis-pun-merungut.html
Bagaikan tidak dapat membendung perasaan itu, Andy turut menyalahkan serta mempersoalkan tindakan yang dianggap menyusahkan rakyat itu.

“Bagaimana pihak yang berkenaan menggalas tanggungjawab mereka? “Ini mahu bunuh rakyat ke apa?” katanya.

Kadar baru tol bermula semalam dinaikkan syarikat konsesi lebuh raya selepas mendapat kebenaran daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Sebanyak 18 syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang mengumumkan kenaikan itu dibuat pada kadar antara 10 sen hingga RM6.




Friday, October 16, 2015

PEMAKAN DEDAK... antara soglap dan derma

Usia tua dan sisa hidup antara perjuangan atau pengkhianatan kepada amanah rakyat.
Itulah bezanya samada pemimpin ikhlas atau pendusta.
Samada halal dan berkat atau sekadar sama dengan si pemakan dedak....


Shahril, antara yang sengaja keliru antara "songlap" dan "derma"....


Muka baru yang ditonjolkan di peringkat Persekutuan...
Bakal Timbalan Menteri.
Pengerusi PAC yang baru.

ex Pengerusi yang lepas dah dapat habuan. Dari bijak berhujah sekarang dah jadi lembu bisu.



Ini lu fikir sendiri.... agenda jahat sebab anda orang jahat juga !!!
Kalau dulu PM Malaysia difitnah, rakyat bangun menentang dan membela...sekarang ini, terpaksalah telan kenyataan.. 
Berlaku depan mata takkan nak kata fitnah? Bukan bangkai nyamuk boleh kaberap.....bangkai gajah beb !!


JANGAN SETAKAT BERANI KUTUK SAIFUDDIN...TETAPI SEJAUH MANA PEMIMPIN UMNO BERANI SANGGAH PANDANGAN.SAIFUDDIN...UMNO SUDAH MATI DENGAN PERJUANGAN RAKYAT...



Orang orang seperti salleh kruak, amat maselan, fuad jarkasi, rahman dahlan, shahril, shabery chik, dan ramai lagi tak perlulah komen, mereka setakat setaraf tidak lebih dari saifuddin, jasa mereka lebih kepada diri sendiri, jasa kepada rakyat hanya sampingan..

No wonder cakap mereka tak laku...

Thursday, October 15, 2015

NAJIB SUDAH TERLEWAT SEGALANYA..

Kecuali "Hijrah"...
Sesuai dengan sarananya seperti ucapannya sendiri untuk mengenal Islam dalam ucapannya sempena menyambut Maal Hijrah.

Yang mengetuai, yang memimpin dan punca masalah pun bermula darinya.

Jika sebagai ketua, tidak mampu menunjukkan contoh terbaik, tidak mampu hijrah, tidak mampu membersihkan diri... bagaimana mahu meminta rakyat mengikut..mengikut siapa? Contoh pemimpin terbaik, siapa?

Jika tidak mampu berhijrah, berundurlah, jadilah pengikut, jadilah rakyat, jadilah yang dipimpin...

Berhijrah satu satunya yang belum terlewat Najib lakukan setelah gagal berkorban sebeumnya...


Ibrahim Ali pun mungkin sudah "berhijrah"...apa salahnya




Zahid mungkin tidak berhijrah, apa salah menyeberang...




Tak tahu siapa yang menyeberang siapa ?




Berdasarkan gambar...
Zahid sampaikan salam seseorang kepada Zam !!!
apa kata anda, jangan fitnah dah le !

UMNO KEHILANGAN PERMATA (?)

Setakat mana kebenaraan dakwaan Saifuddin SOSMA digunakan untuk menutup mulut ahli UMNO dari mengkritik PM.

UMNO perlu segera menafikan sejeras-kerasnya dan salah satu cara ialah membebaskan segera Mathias dan Khairuddin.

Malah kita percaya ia langsung tidak ada kena mengena dengan PM, ia lebih kepada arahan Zahid selaku Menteri KDN, ertinya Zahid sendiri perlu menafikannya secepat mungkin dan cara yang paling baik ialah membebaskan K dan M.

Orang yang paling bertanggungjawab tentang SOSMA ialah KPN dan sudah tentu ada justifikasinya.
Persaolannya adakah ada arahan daripada pihak atas atau dari Orang Yang Paling Berkuasa di Malaysia.
Kita percaya. TIDAK ADA !
Lebih baik keluar dari mulut KPN sendiri.

Jika benar dakwaan Saifuddin, kenapa tutup mulut orang UMNO sahaja, kenapa tidak semua orang?

Siapa nak jawab tu?

Wednesday, October 14, 2015

SIAPA PEMIMPIN YANG DIKATAKAN PEMAKAN DEDAK

Tidak pasti siapa yang dimaksudkan tetapi hampir tepat dan benar.

Ia bukan sahaja harus ditujukan kepada pemimpin tetapi juga kepada penjawat awam yang lupa diri.

Ada yang mahu jadi Peguambela, Moderator, Hakim atau Peguam Syarikat sedangkan hakikatnya dia patut menjalankan tanggungjawabnya untuk mendakwa.

Tuesday, October 13, 2015

SAKITNYA HATI TENGOK GAMBAR NI..


Ibrahim Ali memang pintar...belum sempat salleh kruak, rahman dahlan, zahid hamidi, ahmad maslan atau shabery chik mengambil peluang bersalaman dengan Pemimpin Rebutan Semalaysia, TG Hadi Awang, dia sudah mendahului...


Ibrahim Ali melawat Ibu Pejabat PAS dan  disambut mesra TG Haji Hadi pada 11/10/15.

UNTUK UMUR BAWAH 35

  J ual 1 unit, komisen RM1,680 Ya betul. Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu. . Ramai tak tah...