Thursday, October 15, 2015

NAJIB SUDAH TERLEWAT SEGALANYA..

Kecuali "Hijrah"...
Sesuai dengan sarananya seperti ucapannya sendiri untuk mengenal Islam dalam ucapannya sempena menyambut Maal Hijrah.

Yang mengetuai, yang memimpin dan punca masalah pun bermula darinya.

Jika sebagai ketua, tidak mampu menunjukkan contoh terbaik, tidak mampu hijrah, tidak mampu membersihkan diri... bagaimana mahu meminta rakyat mengikut..mengikut siapa? Contoh pemimpin terbaik, siapa?

Jika tidak mampu berhijrah, berundurlah, jadilah pengikut, jadilah rakyat, jadilah yang dipimpin...

Berhijrah satu satunya yang belum terlewat Najib lakukan setelah gagal berkorban sebeumnya...


Ibrahim Ali pun mungkin sudah "berhijrah"...apa salahnya




Zahid mungkin tidak berhijrah, apa salah menyeberang...




Tak tahu siapa yang menyeberang siapa ?




Berdasarkan gambar...
Zahid sampaikan salam seseorang kepada Zam !!!
apa kata anda, jangan fitnah dah le !

8 comments:

  1. Kluangman
    Kalau Najib Berhijrah , penjilat2 nya meroyan gila jadinya.
    Apa ke tidak
    1) pangkat dan jawatan hilang
    2) dah tak dapat kutip derma

    Itu lah sebabnya penjilat2 Najib bermati-matian mempertahankan kesalahan dan kelemahan Najib walaupun mereka tahu perkara tang sebenar.

    ReplyDelete
  2. Mudah kamu menghukum tanpa menilai diri sendiri. Sediakanlah teks permoohonan maaf kamu sebelum kamu sendiri terlambat. Namun sebagai pemimpin berjiwa besar penulis percaya tidak sekelumit pun dihati beliau untuk tidak memaafkan sesiapa sahaja jika nanti kebenaran terserlah membungkam 1000 fitnah. Namun sebagai adat dan budaya...kamu titipkanlah permohonan maaf kamu di ruang ini agar pembaca ruang kamu akan tergerak hati melakukan perkara yg sama. InshaAllah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini saja kah komen yang kamu boleh bagi disaat najib dah terbukti tak boleh disandarkan lagi sebagai pemimpin malaysia atas dua perkara 1. kalau cakap pasal 1MDB dia menipu , kalau cakap pasal wang RM 2.6 billion yang masuk akaun dia yang diasahkan sendiri oleh beliau dan SPRM dia menipu , Kalau cakap pasal kedudukan ekonomi malaysia sekarang dia menipu , semua menipu . 2. Disaat rakyat begitu yakin dengan siasatan dijalankan oleh task force keatas 1MDB diketuai AG gani patail dengan bantuan SPRM dan BNM tiba tiba semua di musnahkan oleh najib dengan beberapa tindakan zalim yang telah diambil bagi menghalang siasatan ini diteruskan tak payah ulas panjang semua dah tahu ini fakta bukan fitnah.

      Sebenarnya siapa yang menyokong pemimpin penyeleweng lah yang paling berdosa dan dipandang jijik dimata masyarakat .

      Delete
  3. ahjibgor berucap untuk orang lain. ucapan pm hanya untuk diucap dan didengar tapi bukan untuk diikuti oleh orang yang cakap. maksudnya cakap tak serupa bikin. cakap untuk telinga dengar tapi bukan untuk amalan. orang yang dengar perlu amalkan. yang cakap terkecuali.

    ReplyDelete
  4. admin & macai2 dah berhijrah ke??? sudah2 la nak buat citer memburukkan sesama melayu/Islam... anda pasti ke yg anda dah ada 100% fakta sahih ttg isu2 melibatkan PM..??? atau anda sekadar dengar citer juga mcm kebanyakan orang...

    ReplyDelete
  5. baguslah tu, menjalinkan silaturrahim antara zam dan zahid, sepatutnya semua peringkat kepimpinan kena lakukan sebegini, tunjuk pada luar perpaduan masih ujud antara golongan veteran dan memegang tampuk pemerintah.

    namun daki2 yg ada dlm pemerintahan segera dicuci dgn kejernihan jiwa keikhlasan, jangan disimpan terlalu lama hingga jadi kudis kusta, akhirnya ada yg terkurung dlm penjara buatan sendiri.

    ReplyDelete

6ANGKA