Tun Dr Mahathir sudah tiada kuasa dan jawatan, mungkin masih ada wang tetapi Wang Pencen PM cukup untuk mereka berdua.
Sebagai tiada kuasa dan jawatan, orang pencen sudah tentu tidak ada kerjakosong yang boleh ditawarkan.
Anak-anak Tun, mungkin duit mereka setinggi gunung, kalau mahu diperiksa, sudah tentu ada akaun, transaksi dan resit. Sah dan laku datang dari perniagaan.
Satu sen pun bukan dari derma sebab mereka tidak ada kawan arab yang berbangsa cina.
Masa masih ada untuk betindak ke atas Tun jika ada salahguna kuasa, rasuah, gelapkan wang atau apa sahaja. Membuat dakwaan diluar tanpa kesungguhan bukti sekadar merendahkan maruah diri sendiri.
Apa yang ada pada Mahathir (?)
Sekadar nyanyok, gila kuasa, berjuang untuk kepentingan diri, pendendam, cemburu, sakit hati pemecah belah kaum, perosak UMNO dan yang terbaru bersekongkol dengan musuh Islam dan bangsa Melayu.
Itulah label yang dihadiahkan oleh pemimpin UMNO terkini kepada seorang negarawan yang jasanya dilupai dengan begitu mudah dan dihina.
Berakhlak sungguh pemimpin sekarang yang mahu diangkat menerajui negara.
Kalau label itulah yang diguna pakai oleh rakyat terhadap Tun, sudah tentu Tun akan kesunyian dan gelandangan.
Hari ini satu Kongres Rakyat secara tertutup akan berlangsung di Shah Alam dengan pemidato pembahas di atas.
Sesuatu yang lebih menarik kedapatan generasi Y dan pemimpin pelapis dalam kerjaya politik masing masing.
Apakah sebab mereka di situ? Itu sebahagian Deklarasi Rakyat yang mengenepikan perbezaan politik dan fahaman dalam satu tujuan menyelamatkan negara dari pemimpin yang tidak amanah.
Mereka bukan golongan yang boleh dibeli dengan dedak, ufti, pangkat dan jawatan kerana ia diluar kemampuan Tun Dr Mahathir.
Mereka hanya dibeli dengan aura, kepimpinan, semangat, ikhlas hati perjuangan untuk negara yang dipelopori Tun Dr Mahathir dalam sisa baki usianya.
Sedangkan yang seusianya masih sedang mengejar mimpi, mengejar dunia yang tiada kesudahan.
Hanya pesakit wad gila sahaja yang berkecuali merestui perjuangan ini. Apapun emosi kita, jika ianya satu perjuangan untuk rakyat, kenapa tidak tunggu dan lihat dari menunjulkan sikap gelojoh membantah.