Wednesday, May 4, 2016

SUDAHKAH KITA SAMPAI...





Ke satu tahap...

eb7f16644416c7016616717467d3b97b_XL








Presiden yang tidak boleh lagi dipercayai..
Parti yang tidak boleh dipercayai...
Perdana Menteri yang tidak boleh lagi dipercayai..
Kerajaan yang tidak boleh dipercayai..

Harap belum


APAKAH MAHATHIR MELAKUKAN JENAYAH (?)

Aku boleh senyum 7 hari tanpa henti membaca penjelasan KPN tentang penarikan outrider Mahathir.
Sepatutnya penarikan ini lebih awal seperti saranan Nazeri.
Sudah tentu dalam pengetahuan Zahid !!!

Pembangkang adalah sebahagian dari kerajaan yang memerintah, sah di sisi perkembagaan?

Mahathir bukan pembangkang, sekadar individu, sekadar warganegara yang  tidak bersetuju dengan kerajaan sekarang.

Apakah Deklarasi Rakyat, membantah GST, Bersih,  Mengkritik PM sebagai satu jenayah (?)
Jika jawapannya "yes"...Mahathir perlu ditangkap didakwa serta merta.

# Jawapan berbaur politik (?)
# Adakah petanda Deklarasi menghampiri matlamat (?)
# Bukankah tugas PDRM mencegah jenayah, memberi perlindungan keselamatan hatta kepada seorang penjenayah sekalipun (penjenayah juga ada hak)
# Keselamatan Tun patut ditingkatkan ekoran ugutan Nazeri untuk tumbuk Tun (?)
# Apakah polis yang menentukan sesuatu itu sah atau tidak dari segi undnag-undanng, bukankah Mahkamah yang perlu membuat keputusan (?)
# Tun tidak bersalah selagi tidak di dapati bersalah oleh mahkamah (?)

AZMIN MAKIN KUKUH KETIKA CUBA DILAGA


Wah!!! Nampak gayanya kempen nak "mem-BERSIH-kan" PKR dari pengaruh Si Azmin tu semakin rancak. Pelbagai mekanisme sedang diusahakan untuk mengguling Timbalan Presiden PKR tu. Kalau sebelum ini, pelbagai kepincangan dan penyelewengan yang berkaitan dengan pemerintahan Rejim Pakatan di Selangor tu telah...




Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah khazanah negara yang dianugerahkan Allah akan pupus sekiranya pemimpin bergelumang dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan tamak haloba.

Baginda bertitah, hawa nafsu manusia tidak mempunyai batasnya seperti mana yang dikatakan oleh pemimpin besar India Mahatma Gandhi ‘The world has enough for everyone’s need, but not enough for everyone’ greed’.

Sultan Sharafuddin turut mengambil contoh ahli sejarah Edward Gibbon dalam karya agungnya ‘The Decline and Fall of the Roman Empire’ yang menceritakan bagaimana Empayar Rom yang besar, kuat dan gemilang menjadi runtuh dan hancur akibat budaya rasuah serta fitnah yang berleluasa.

“Dan menjadi barah di kalangan pimpinan tertinggi akibat daripada gaya kehidupan bermewah-mewah.

“Beta mahu seluruh rakyat bersatu padu dan kekuatan perpaduan rakyat beta digerakkan berlandaskan nilai dan prinsip yang murni demi kedaulatan negeri dan kesejahteraan,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan 
Persidangan Penggal ke-4 Dewan Negeri Selangor yang ke-14 tahun 2016 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut menyeru umat Islam di Selangor agar berpegang kepada ajaran dan amalan ahli sunnah wal jamaah serta menghayatinya dengan prinsip keadilan, ihsan, kesederhanaan dan toleransi.

Baginda bertitah, ini disebabkan umat Islam di dunia hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti fahaman radikal, gerakan militan, dan ajaran sesat akibat dari salah faham terhadap ajaran Islam.

Tuesday, May 3, 2016

ZAHID TIDAK TERLIBAT DENGAN KEPUTUSAN OUTRIDER MAHATHIR (?)

Adalah di alu alukan jika Zahid masih waras, sedangkan Anwar, banduan, dipen jara, bekas TPM, bekas bossnya masih ada ehsan dalam beberapa perkara.

Ini kesimpulan, jika Zahid enggan ulas, sebaliknya diserahkan kepada KPN untuk menjawab.
Apa pula peranan KPN dalam keputusan ini.
Takkan enggan ulas, dan nak serah ulasan kepada Jabatan Jenayah atau Traffik (?)

Takkan ini arahan dari Menteri Perlancongan...dia hanya pakar bab pelancong dari China (?)

Dia hanya the only Menteri yang mabuk, ajak Tun Dr Mahathir bertumbuk, kenapa tidak ajak Mukhriz atau TMJ... sepadannya.
Apapun Nazeri perlu berlatih dari sekarang, kambat laun Khairudin akan tumbuk dia juga....
Berlatihlah dengan sparring partner...Azalina .

Nazeri sekadar anjing tua yang masih menyalak, menjelir lidah, menggoyang ekor bila di sisi tuannya, konon masih setia, masih garang....
Ini jenis anjing kalau gigi palsunya ditanggalkan, dia akan pakai kain batik...main congkak.

Jika Zahid tidak terlibat, diucapkan syabas...pasti buat baik dapat baik, menghormati akan dihormati.

Dalam politik, musuh dan kawan bukan selamanya.


SIAPA SEBENARNYA YANG MENCARI KITA.......





Carilah Aku Di Neraka, dan Tolong Bawaku Ke Syurga..

Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..

Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika hang tidak nampak aku di syurga, tlg tanya Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."

Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."

Kami menangis bersama, entah berapa lama...

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...

Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis :

" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat2ku,

Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..

Carilah sahabat2 yg senantiasa berbuat ibadat,  bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk mnegakkan agama.

Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.

Teman yg dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb utk bercerita hal politik, teman whatsapp utk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....

Semaklah diri, apakah ada teman yg se begini dalam kehidupan kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita...

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yg hanya condong pada garis dunia, carilah teman yg boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah..

Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....

Al-Hasan Al-Bashri berkata :

" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.

Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat2 kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..

Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.

Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?

--------
Sahabat, tolong tanyakan Allah jika aku tiada bersamamu di syurga

Kredit: Tuan Zakkirun Abdullah

SAMAN HARI SELASA JADI KENYATAAN

Akhirnya saman hari selasa jadi kenyataan sekaligus menunjukan berani kerana benar.

Sudah tentu ia akan menjadi tauladan kepada mereka yang selama ini terlepas cakap tetapi masih berdalih dengan seribu alasan.
Takut kerana salah !
Persepsi yang ada kebenarannya...

Najib perlu ambil tindakbalas dengan saman WSJ dan Mahathir jika mahu rakyat masih mempercayainya... Saman lah walaupun bukan pada hari selasa.






............

KENYATAAN AKHBAR DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
----------------------------------

1.  Pada hari ini, Selasa 3 Mei, 2016,  saya telah menyaman dan membuat tuntutan gantirugi terhadap Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri atas beberapa kenyataannya yang bersifat fitnah terhadap Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya.

2.  Melalui empat kenyataan, Tengku Sariffuddin telah memberi gambaran seolah-olah saya adalah seorang yang gila kuasa, hanya mempunyai motif untuk menjadi Perdana Menteri tanpa sebarang pertimbangan terhadap kepentingan Rakyat, sanggup bersubahat dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin semata-mata untuk menjatuhkan Kerajaan dan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak daripada jawatan Perdana Menteri supaya saya sendiri boleh mengambilalih jawatan tersebut, dan bahawa setiap tindakan politik saya termasuk dalam menawarkan diri bertanding dalam pemilihan UMNO adalah juga untuk tujuan menjadi Presiden UMNO yang dikatakan menjamin jawatan Perdana Menteri.

3.  Saya dengan sekeras-kerasnya menyangkal dakwaan tidak berasas dan fitnah Tengku Sariffuddin tersebut. Tidak pernah berlaku sebarang konspirasi antara mana-mana pihak dengan saya untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib untuk tujuan menaikkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dengan syarat Tan Sri membimbing saya untuk mengganti beliau di jawatan tersebut kemudian.

4.  Tuduhan liar Tengku Sariffuddin bahawa inilah niat sebenar Tun Mahathir juga tidak masuk akal kerana jika ianya benar, tentu sekali Tun Mahathir boleh terus melantik saya atau membantu dalam karier politik saya sewaktu beliau masih Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama 22 tahun. Tidak munasabah beliau hanya mempunyai niat tersebut setelah bersara dari jawatan tertinggi parti dan negara selama 13 tahun.

5.  Juga tidak berasas tuduhan Tengku Sariffuddin bahawa saya bertanding jawatan Naib Presiden semata-mata untuk merealisasikan cita-cita saya yang satu, iaitu untuk menjadi Presiden dan Perdana Menteri. Umum mudah memahami bahawa terdapat tiga jawatan Naib Presiden UMNO dan proses untuk naik sebagai Timbalan Presiden dan Presiden perlu melalui pemilihan parti terdahulu, sekaligus menidakkan dakwaan bahawa kenaikan dari jawatan Naib Presiden kepada Presiden itu suatu proses yang mudah dan automatik.

6.  Juga, dakwaan Tengku Sariffuddin bahawa jawatan Presiden UMNO menjamin jawatan Perdana Menteri menunjukkan betapa ceteknya pemahaman beliau mengenai Perlembagaan Persekutuan. Hanya Ahli Parlimen yang menikmati sokongan terbanyak dalam Dewan Rakyat yang boleh diangkat sebagai Perdana Menteri. Tiada jaminan bahawa jawatan itu bersifat eksklusif kepada Presiden UMNO sahaja walaupun sehingga kini memang keenam-enam Perdana Menteri adalah juga Presiden UMNO. Jangan pula didakwa oleh beliau bahawa saya tidak ingin melihat seseorang Presiden UMNO terus menyandang jawatan Perdana Menteri.

7. Jelas sekali, semua tuduhan-tuduhan dan kenyataan-kenyataan fitnah yang dilemparkan oleh pegawai-pegawai dan konco-konco Dato' Seri Najib adalah tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mengaburi mata dan mengalih perhatian Rakyat dari penyelewengan yang melibatkan Dato' Seri Najib melalui skandal 1MDB dan SRC International, dan kemasukan berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

8.  Rakyat tidak akan terperdaya dengan taktik kotor ini. Kenyataan-kenyataan jahat yang dibuat oleh orang suruhan Dato' Seri Najib terhadap pihak-pihak lain termasuk saya tidak akan melepaskan beliau dari bertanggungjawab terhadap segala kesalahan yang telah dilakukannya.

9.  Melalui Deklarasi Rakyat, Rakyat mulai bersuara untuk menyelamatkan negara dari penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berskala besar yang dilakukan oleh Dato Seri Najib. Saya bersama Rakyat dalam menuntut agar beliau undur segera daripada jawatan Perdana Menteri.

Dikeluarkan pada 3 Mei 2016





Monday, May 2, 2016

SELASA hari mendengar hikayat 1mdb - jANGAN SANGKA ORANG KAMPONG TAK MEMAHAMI...













Image result for assalamualaikum

Animasi DP BBM Hari Selasa Lucu Bahasa Jawa


Sebok sikit,
Hari ini SELASA,
Kena noreh juga walaupun harga getah terjung gaung..
Nak hidup..
Bukan ada dedak pun dok support.

Nah bagitau,
la puak ni, bila dah habis spin, tersangkut, terjerat leher sendiri..
Dah main ayat Quran dan Hadis pulak..
Ingat insaf sungguh,
rupanya corner jugak - nak nampak yang hitam jadi putih.
Boleh ka !!!

BOLEH KE TIDAK CUBA MASUK KE SINI:
http://sakmongkol.blogspot.my/2016/05/hikayat-1mdb.html

BAGUSLAH KALAU ZAHID RASA NAK KALAH PRN...AKHLAK TERGADAI
http://shahbudindotcom.blogspot.my/2016/05/stail-macam-ni-pun-ada-lagi-rupanya.html



Terkini dan kini

  P ENGUMUMAN RASMI 30 Oktober 2025 Ahli Yang Dihargai, Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan, kete...