Akhirnya saman hari selasa jadi kenyataan sekaligus menunjukan berani kerana benar.
Sudah tentu ia akan menjadi tauladan kepada mereka yang selama ini terlepas cakap tetapi masih berdalih dengan seribu alasan.
Takut kerana salah !
Persepsi yang ada kebenarannya...
Najib perlu ambil tindakbalas dengan saman WSJ dan Mahathir jika mahu rakyat masih mempercayainya... Saman lah walaupun bukan pada hari selasa.
............
KENYATAAN AKHBAR DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
----------------------------------
1. Pada hari ini, Selasa 3 Mei, 2016, saya telah menyaman dan membuat tuntutan gantirugi terhadap Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri atas beberapa kenyataannya yang bersifat fitnah terhadap Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya.
2. Melalui empat kenyataan, Tengku Sariffuddin telah memberi gambaran seolah-olah saya adalah seorang yang gila kuasa, hanya mempunyai motif untuk menjadi Perdana Menteri tanpa sebarang pertimbangan terhadap kepentingan Rakyat, sanggup bersubahat dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin semata-mata untuk menjatuhkan Kerajaan dan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak daripada jawatan Perdana Menteri supaya saya sendiri boleh mengambilalih jawatan tersebut, dan bahawa setiap tindakan politik saya termasuk dalam menawarkan diri bertanding dalam pemilihan UMNO adalah juga untuk tujuan menjadi Presiden UMNO yang dikatakan menjamin jawatan Perdana Menteri.
3. Saya dengan sekeras-kerasnya menyangkal dakwaan tidak berasas dan fitnah Tengku Sariffuddin tersebut. Tidak pernah berlaku sebarang konspirasi antara mana-mana pihak dengan saya untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib untuk tujuan menaikkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dengan syarat Tan Sri membimbing saya untuk mengganti beliau di jawatan tersebut kemudian.
4. Tuduhan liar Tengku Sariffuddin bahawa inilah niat sebenar Tun Mahathir juga tidak masuk akal kerana jika ianya benar, tentu sekali Tun Mahathir boleh terus melantik saya atau membantu dalam karier politik saya sewaktu beliau masih Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama 22 tahun. Tidak munasabah beliau hanya mempunyai niat tersebut setelah bersara dari jawatan tertinggi parti dan negara selama 13 tahun.
5. Juga tidak berasas tuduhan Tengku Sariffuddin bahawa saya bertanding jawatan Naib Presiden semata-mata untuk merealisasikan cita-cita saya yang satu, iaitu untuk menjadi Presiden dan Perdana Menteri. Umum mudah memahami bahawa terdapat tiga jawatan Naib Presiden UMNO dan proses untuk naik sebagai Timbalan Presiden dan Presiden perlu melalui pemilihan parti terdahulu, sekaligus menidakkan dakwaan bahawa kenaikan dari jawatan Naib Presiden kepada Presiden itu suatu proses yang mudah dan automatik.
6. Juga, dakwaan Tengku Sariffuddin bahawa jawatan Presiden UMNO menjamin jawatan Perdana Menteri menunjukkan betapa ceteknya pemahaman beliau mengenai Perlembagaan Persekutuan. Hanya Ahli Parlimen yang menikmati sokongan terbanyak dalam Dewan Rakyat yang boleh diangkat sebagai Perdana Menteri. Tiada jaminan bahawa jawatan itu bersifat eksklusif kepada Presiden UMNO sahaja walaupun sehingga kini memang keenam-enam Perdana Menteri adalah juga Presiden UMNO. Jangan pula didakwa oleh beliau bahawa saya tidak ingin melihat seseorang Presiden UMNO terus menyandang jawatan Perdana Menteri.
7. Jelas sekali, semua tuduhan-tuduhan dan kenyataan-kenyataan fitnah yang dilemparkan oleh pegawai-pegawai dan konco-konco Dato' Seri Najib adalah tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mengaburi mata dan mengalih perhatian Rakyat dari penyelewengan yang melibatkan Dato' Seri Najib melalui skandal 1MDB dan SRC International, dan kemasukan berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.
8. Rakyat tidak akan terperdaya dengan taktik kotor ini. Kenyataan-kenyataan jahat yang dibuat oleh orang suruhan Dato' Seri Najib terhadap pihak-pihak lain termasuk saya tidak akan melepaskan beliau dari bertanggungjawab terhadap segala kesalahan yang telah dilakukannya.
9. Melalui Deklarasi Rakyat, Rakyat mulai bersuara untuk menyelamatkan negara dari penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berskala besar yang dilakukan oleh Dato Seri Najib. Saya bersama Rakyat dalam menuntut agar beliau undur segera daripada jawatan Perdana Menteri.
Dikeluarkan pada 3 Mei 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WORLDCOIN dan AI
PERKENALAN Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...
-
Plan 'Investment' dalam Aurawave2u lebih selamat dan sihat , TIADA OVERPAID - dapatkan maklumat di www.mudahkaya01.bl...
saman kerana boboi malu nak mngaku bercita2 nak jadi PM dgn bantuan madey... bukan atas kemampuan berpolitik dan jatidiri sendiri... kerja mengarut membazir resources mahkamah ... nothing to prove just childish and wasting time ... better go fly kite !!!
ReplyDeleteDah mula bergetar telur ke? Heee
DeleteTahniah mukhriz
telur mukriz x getar ke??? pondan kut
DeleteOtak 7:54:00 AM berat 5 auns saja. Tak faham apa fungsi mahkamah. Pulak tu nak coba jadi Hakim. Belom bicara pun dah nak kasi keputusan. Padan lah dia selalu main kite.
DeleteSi Mamat 8:23:00 AM pulak tak getar telur, ha nya berair lubang b..t.t dia sebab Anwarul Al Juburi selalu masuk masa dulu
anon 7.54am
DeleteMukhriz nak jadi PM sbb dia tegur kes 1MDB..bagus..puak2 atas dapat dedak, puak2 bawah kena bodoh..pe org2 najib cakap dia percaya je..aku x kisah kalau mukhriz atau muhyiddin jadi PM sbb dia org berani kerana besar..kalau saudara org islam cuba baca dan faham surah an nas...aku org UMNO..tp aku bukan org bodoh macam ko...aku nak pemimpin yang jujur & amanah untuk anak cucu aku nanti...Asal Bukan Najib (ABN)
furthermore dare to ask PM undur segera .. untuk siapa ??? jangan buat bodoh bertingkat !!!!
ReplyDeleteBangang lagi si mamat nih di komen dia di 7:56:00 AM - menafikan bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia sudah bosan dan meluat dengan Najib buat macam macam tak betul, buang ISA, nak buang Akta Hasutan, ketepikan DEB, membongkok kebelakang nak menyukakan DAP dan Cina lain tapi di kasi Tsunami Cina dan dapat keputusan terburuk di PRU13.
DeleteDahtu, harga barang naik, buat GST. Paling membecikan rakyat dan pengundi ia lah skandal 1MDB, songlap duit beribu juta. Lingkup UMNO dan kepentingan Melayu kalau Najib tak di gantikan awal sabelom PRU14.
Itu salah satu cara nak lawan FITNAH, supaya tak merebak, supaya yg membuat fitnah sedar.
ReplyDeleteSetakat berdiam diri atau menjaja ke sana ke mari katakan dia difitnah bukan cara nak patahkan atau hapuskan fitnah. Entah apa yg Najib takut aku pun tak tau. Padahal dia ada PDRM dan SPRM nak siasat, ada Peguam Negara nak saman. Tak tau le pulak kot dia tak peraya dgn HAKIM, maklum le semakin banyak hakim2 amatur pun banyak yg dah hukumkan dia bersalah.
Ooi Harami Go Fly Kite...
ReplyDeleteMM bukan jenis yg tak ada teloq macam boss hang Najib Penipu...malu lah sikit ooi, satu dunia dok tunggu selasa najib, tak kunjong tiba...tup tup...ada org lain yg ada teloq....Salute lah Mukhriz, hang memang jantan tulin and berani kerana benar, bukan macam sorang tu...dok tunggu selasa dia tak sampai lagi
Bahalol punya go fly kite....puuih, muka tak malu...
cakap aje, tapi tak ada teloq utk saman, tengok press pun lari....ha ha ha
kecuali press from TV3 Suku lah...
KD, nie baru Jantan....berani kerana benar....
Hari nie hari Selasa...
statement tengku shariffuddin just revealed yang boboi malu2 kucing nak mengaku teringin jd pm.
ReplyDeleteit also revealed yg dia xde telor nak pangkat hanya takat vp jer????.... hehe..
saman lah ...maruah makin jatuh beb....terserlah diri tu busuk hati nak jatuhkan PM yg ada skrg.
learn from KJ....be patient....ko ni bapak melompat ko pun nak melompat sama...x nampak depan ada longkang....haha.
Apa kejadahnya bertanding VP tapi nak suruh jadi presiden? Terlebih bijak ke SUA Najib ni? Heh heh heh... Dia ingat seronok setakat boleh lawan berhujah dalam akhbar saja kot?
DeleteAku rasa SUA ni kena buktikan dia ahli sihir, boleh tau apa ada dalam otak atau hati Mukhriz. Itu yg dinamakan FITNAH, mereka2 dgn niat jahat dan busuk hingga ke dalam perut.
selesai satu fitnah fitnah lain pulak muncul....kalau najib duk layan fitnah saman menyaman jer sampai bila nak habis???? Rasullullah pun sentiasa di fitnah....ada baginda nak saman atau berdebate ke???? Baginda biarkan sebab fitnah lama kelamaan kebenaran akan muncul jugak...ye tak?...:) si boboi dah malu kena lah saman....apasal dia tak saman bila orang kata dia asik ulang alik ke KL masa jadi MB sebab dia ada biznes kat KL????.....APASAL TAK SAMAN HAHHHHHHHHH???????........TUN M di tuduh sonlap duit negara 100BILION RM.....APASAL TAK SAMAN HAHHHHHHHHHH?????......LOL
ReplyDeleteada ke mahathir janji nak saman ?
Deleteyang aku tahu mahathir cabar dia dibawa ke mahkamah jika salah laku? ada di bawa?
yang janji nak saman wsj hari selasa adalah najib
yang tak saman saman wsj hari selasa juga adalah najib.
yang janji tak tepati pun najib.
yang bercakap besar pun najib...
Heh heh heh... Te lah tu... Najib biarkan saja... lama kelamaan kebenaran akan muncul jugak... Mula2 tak mengaku duit masuk akaun sendiri, dah tak upaya nak tepis baru mengaku. Tapi timbul pulak macam2 cerita, dari utk lawan IS, lawan DAP hinggalah tok arab tu cakap 'suka hati lu lah mau buat apa'.
DeleteNajib mana berani nak saman, nak kena buktikan dia tak bersalah dia kena tunjuk buku akaun. Pecah telur2 tembelang dia yg lain nanti, busuk satu dunia...
Aku harap sangat Tok Arab dermawan tu munculkan diri bela Najib, tunjukkan bukti dia ikhlas bagi dekat Najib. Kalau dia dah baik hati, sanjung tinggi Najib yg berjuang tegakkan syiar Islam, tentu dia tak akan biarkan Najib tersepit dan terbelit dgn FITNAH yg berakar umbi dari derma ikhlas dia. Takkan dia nak biarkan maruah Perdana Menteri Malaysia ni terkikis dan terhakis teruk.
kebenaran dah pun muncul....statement dr pihak saudi sendiri dah beberapa kali keluar....bbc pun dah siarkan....sian ada orang masih ketinggalan ....tak perlu saman kalau rakyat dah tau kebenaran.....pac yg punya wakil dap pkr pun tak dapat nak sabitkan apa2 kesalahan kat najib.....korang bebal tak baca ke...hehe....takper lah recycle lah balik isu 1 mdb tu sampai mampos....:)))
DeleteMana Najib berani saman WSJ, NYT dll? Takut keluar pekong pekong lain yang busuk menaus. Berbagai lagi skandal akan keluar di mahkamah kalau dia saman. Termasuk karenah Rosmah. Shopping pakai duit "legacy of wealth" yang adik adik Najib dah tampar dengan mengeluarkan kenyataan mengatakan bapak diorang tak kaya.
DeleteKupra worak sesiapa cakap PAC akan menyelesaikan isu 1MDB, konon. Keluar lebih soalan dari jawapan. Mana tak nya, Pengerusi "Cari Makan" PAC beri tahu mereka yang kasi testimony boleh tutup microphone kalau tak mahu testimony di rekod dalam Hansard Parlimen. Jadi, banyak le testimony yang tak di rekod dan tak di ambil kira masa buat laporan PAC.
Bukan itu saja, dua ayat di laporan yang dah di setujui oleh semua Ahli termasuk dari parti Pembangkang di keluarkan dek Pengerusi "Cari Makan" itu bila laporan resmi nya di terbitkan.
Perlu - amat prlu - Najib di gantikan sabelom PRU14, kalau tak, jahanam UMNO di RU14.
anon 9.26am
Deleteye ada statement dari menteri luar saudi..tp jumlah berapa..cukup ke tanpa bukti..jadi ko pecaya yang najib dah pulangkan duit 2b lebih tu..melalui pe? transfer? bawa duit dalam beg..setakat cakap je, ko je yang pecaya..bukti mana? najib ni sama le dengan anwar..cakap ada, tp bukti x de..mcm wan azizah cakap jam omega ada atas dalam bilik tido...tp x tunjuk pun..ko pecaya? mesti le kan..nak betulkan benda yang salah...
SAMAN hari SELASA akhirnya Muncul juga walaupun bkn WSJ @ SR yg di SAMAN..Dok Tunggu Panglima Saman sampai kucing berTanduk lah weiii...
ReplyDeleteuntuk pertama kalinya aku akur kecerdikan Najib dan setuju dia tidak patut melayan semua tuduhan ke atasnya, jika semua tuduhan dia nak saman tentulah dia tidak dapat bekerja untuk rakyat.
ReplyDeleteNak saman WSJ hari selasa, terlepas cakap.
Kalau Najib saman semua pihak, keberangkaliannya dia kalah semua. Jadi cerdiknya buat muka dekkkk je lah.
Muka dekkkkkkk..pecacai pun dapat le dedakkkkkk
sendiri mkn dedak x sedar.....
DeleteBodoh nya kamu wahai si polan di 8:38:00 AM. Kamu tak sedar pun bahawa Najib berkerja untuk diri dia sendiri - nak pegang jawatan yang dah tergugat, macam nak mati tak mahu lepas.
DeleteHingga kasi apa saja yang Cina DAP dll mahu, termasuk galakkan sekolah CIna dengan kasi bantuan wang dll, ketepikan DEB, kasi biasiswa kpd kaum yang terkaya di negara ini yang beratus jutawan Cina kasi derma biasiswa dll.
Mana dia nak layan - dah tak terlayan, sebab takda jawapan. Konon nya Pok Sheikh Arab kasi derma, tapi dah begitu besar skandal kenapa dulu lagi tak cakap? Entah siapa karangkan surat konon nya Prince Turki kasi derma. Bunyi surat macam dia dah tahu semua yang berlaku sejak skandal itu meletup, tapi surat itu konon nya di tulis banyak tahun dulu.
Najib ingat rakyat dan pengundi boodoh. Tapi, kalau dia masih merintah di PRU4, lihat lah jika pengundi ke, dia ke, yang bodoh di masa itu. Kalau dia yang bodh, it'd be toolate for UMNO and the protection and promotion of Malay interests at that time
kantoi lah boboi...dah saman ni takde lah harapan jadi pm sampai bila2....wat a wuss
ReplyDeleteTakut nampak!!!
Deletehe has just fallen into a trap....after this what ever he is being accused of right or wrong he will have no choice but to sue.....else he will be easy target for people to condemn him.
ReplyDeleteKekecewaan penyokong Najib sangat ketara apabila hari selasa hari yang di anggap hari keramat hari istimewa hari kemenangan untuk boss mereka telah dirampas oleh Mukhriz.
ReplyDeleteHarap harap Najib tunai janji selasa depan.
Najib nak saman??? Mana Ada teloq....
ReplyDeleteBerani kerana benar
Takut kerana salah...
anon 3:44, setuju
Deleteitu yang patut dijawab pecacai dedak, jawab yes or no sahaja, yes ada teloq no tak ada teloq..tak perlu bagi alasan, tak perlu spin
dan tak perlulah maki tunjuk keturunan bangsat
Depa keturunan Cina Bukit di Selatan China, ungrateful ingrate, ultra kiasu.
DeleteKalau bedabah tuh Melayu pun, dah ikut budaya Cina Bukit.
ada org panas bontot bila di tuduh nak jd pm...hehe... benda kecik pun nak saman... najib relek jer org tuduh mcm2
ReplyDeleteSbb tuduhan keatas najis adlh benar. Sbb tu xbrani saman. Kehkehkeh
DeleteKalau ada chita2 nak jadi PM ngaku saja la. .niat itu sangat baik..kalau ada chita2 nak jadi pembunuh upahan ke atau orang jahat ke diamkan saja..itu niat burok...ini pi saman pula..apa punya bahalol lah ....apa pon bukan semua si Botak Lichin cerdik !
ReplyDeleteSetuju dan Anon di atas. ..patutnye hebahkan citè2 jadi PM tu ke seluruh dunia..masok NYT, WSJ, REUTERS, SERAWAK REPORT, TV, Media Elektronik dan Cetak..katalah sebagai PM saya akan bawa Malaysia lebih tinggi dan maju dimata dunia dari yang bapa saya atau Najib buat..menjadi negara yang lebih maju dari Amreka, Jerman, Jepun..baru lah ada ummpphh..ini file saman pula lawan dalam kandang...bodohnya juga rupanya Mukhris ni...tak berbaloi Hasmah 9 bulan..
Deletesamanlah boboi, itupun yang sepatutnya dibuat. cuma janganlah riang gembira dan seronok sangat. kena panjat turun naik mahkamah banyak kali jugat tau. nak dpt keputusan kena makan tahun jugak cumanya respek sebab boboi ada telur. jangan jadi yang satu lagi tu, nak saman nak saman, entah bila2 nak saman. tahniah la boboi kerana berani saman walaupun peluang nak jadi pm dah semakin sempit. jangan sampai kena buang dari umno sudah. atau boleh juga jadi pm melalui keahlian dap ke, amanah ke atau pkr.... mana tahu, pru14 nanti bn tombang.... anwar pulak masih duduk dalam.
ReplyDelete