Thursday, May 5, 2016

1) MAHATHIR DAN NAJIB DISARAN TUBUH PARTI BARU UKUR PENGARUH MASING-MASING 2) SIAPA JADI TALIBARUT UMNO DI PAS KELANTAN

Inikah ciri-ciri pemimpin yang sanggup dijulang oleh ahli UMNO serta rakyat negara ini,iaitu pemimpin yang sanggup menjadi pengkhianat,tamak serta pentingkan diri hingga tiada maruah diri yang sanggup membuat apa saja demi kuasa dan kepentingan diri.





Najib dicabar untuk menubuhkan partinya sendiri serta tak perlu menumpang serta mempergunakan nama UMNO dan kerajaan jika merasakan dirinya diterima dan disokong oleh rakyat seluruhnya.Setelah menubuhkan parti baru dia boleh bebas menjadikan parti tersebut miliknya anak beranak seberapa keturunan yang disukainya.Najib sememangnya muka tak malu kerana menganggap seolah-olah UMNO dan negara ini adalah miliknya anak -beranak serta bebas melakukan apa saja.


Mungkin dia tidak sedar atau terlalu bodoh bahawa parti UMNO yang ada hari ini adalah parti baru UMNO yang ditubuhkan kembali oleh Tun Mahathir setelah parti lama UMNO diharamkan oleh pengkhianat dalam UMNO sendiri iaitu Tengku Razaliegh   yang menjadi penjilatnya sekarang.Tidak ada apa nak dihairankan dengan sikap pengkhianat bangsa dan negara seperti ini,apa saja akan dipergunakan demi kepentingan diri.


Sudahlah menjadi pengkhianat parti dan negara,dengan muka tak malunya mengutuk ,menghina  serta memijak Tun Mahathir yang telah bertungkus -lumus menghidupkan serta mengembalikan semula maruah UMNO  yang telah dihianati oleh Tengku Razaliegh iaitu penjilat yang juga dengan muka tak malu serta tiada maruah sanggup menjadi penjilat Najib didalam UMNO yang telah dikhianati serta hampir dikuburkan olehnya akibat ketamakan dan busuk perutnya .

Inikah ciri-ciri pemimpin yang sanggup dijulang oleh ahli UMNO serta rakyat negara ini,pemimpin yang sanggup menjadi pengkhianat,tamak serta pentingkan diri hingga tiada maruah diri  yang sanggup membuat apa saja demi kuasa dan kepentingan diri.



Siapa yang lebih pandai mengkhianat sahaja akan duduk diatas dan akan dijatuhkan pula oleh pengkhianat mengikut putaran masa.


Saya bukan itik, tak makan dedak - Ku Li


Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak selaku ahli Umno dan perdana menteri itu masih menjadi presiden parti.Katanya, beliau berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bekas perdana menteri itu bukan lagi merupakan ahli Umno."Saya ahli Umno. Mahathir tidak ahli Umno. Saya sudah hampir 50 tahun jadi ahli Umno dan ketua Umno bahagian selama 40 tahun lebih. Jadi, apa sangat tandatangan (Deklarasi Kelantan) itu.

"Saya ahli Umno, saya mesti sokong presiden saya. Kalau saya tidak sokong presiden saya, kita tengoklah dalam perhimpunan agung apabila hendak memilih nanti," katanya dalam temubual bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li itu berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakannya yang menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan sokongan penuh terhadap perdana menteri."Saya ahli Umno saya mesti sokong apa yang ada dalam Umno dan kebetulan Umno berkuasa, siapa yang jadi presiden dan perdana menteri, itulah orang kita," katanya lagi.
Kerana terlebih makan dedak Tengku Razali terlupa bahawa beliau juga merupakan pengkhianat parti yang telah membuatkan UMNO diharamkan dan pernah menjadi pengkhianat kepada pemimpin kerana  terlalu gilakan kuasa.Jadi bolehkah kesetiaan dan kepercayaan diberi kepadanya.Masing-masing dipergunakan demi kuasa dan matlamat,PAS juga melopong akhirnya kerana perancangan untuk merampas Kelantan dari PAS sedang berjalan .

Sedangkan apabila keadaan terdesak Najib akan mempergunakan PAS untuk menunjukkan bertapa Islamiknya dia ,kemudian pada masa yang sama perancangan untuk menjatuhkan PAS sedang berjalan. Tetapi  itulah roda pengkhianatan,pengkhianat akan bergabung dengan pengkhianat,siapa yang lebih pandai mengkhianat  sahaja akan duduk diatas dan akan dijatuhkan pula oleh pengkhianat  mengikut putaran masa.Selamat mengkhianat untuk semua.
http://suarakamiibaru.blogspot.my/2016/05/najib-di-cabar-tubuh-parti-sendiri-jika.html

AKHIRNYA PERJUANGAN MAHATHIR BENAR, TIADA YANG BENAR, MELAINKAN BENAR

1MDB bermasalah dan akhirnya rakyat yang jadi mangsa.






Beberapa tindakan penyesuaian telah di ambil kesan dari tindakan saman Mahathir..




"Saya tidak menerima apa-apa arahan lagi (SAMAN WSJ, SAMAN MAHATHIR) Terbaru, saya diminta untuk mewakili Najib dalam kes lawan Mahathir," katanya kepadaMalaysiakini dalam satu mesej teks.

TAK JUMPA HARI SELASA YANG SESUAI KOT...





Wednesday, May 4, 2016

SUDAHKAH KITA SAMPAI...





Ke satu tahap...

eb7f16644416c7016616717467d3b97b_XL








Presiden yang tidak boleh lagi dipercayai..
Parti yang tidak boleh dipercayai...
Perdana Menteri yang tidak boleh lagi dipercayai..
Kerajaan yang tidak boleh dipercayai..

Harap belum


APAKAH MAHATHIR MELAKUKAN JENAYAH (?)

Aku boleh senyum 7 hari tanpa henti membaca penjelasan KPN tentang penarikan outrider Mahathir.
Sepatutnya penarikan ini lebih awal seperti saranan Nazeri.
Sudah tentu dalam pengetahuan Zahid !!!

Pembangkang adalah sebahagian dari kerajaan yang memerintah, sah di sisi perkembagaan?

Mahathir bukan pembangkang, sekadar individu, sekadar warganegara yang  tidak bersetuju dengan kerajaan sekarang.

Apakah Deklarasi Rakyat, membantah GST, Bersih,  Mengkritik PM sebagai satu jenayah (?)
Jika jawapannya "yes"...Mahathir perlu ditangkap didakwa serta merta.

# Jawapan berbaur politik (?)
# Adakah petanda Deklarasi menghampiri matlamat (?)
# Bukankah tugas PDRM mencegah jenayah, memberi perlindungan keselamatan hatta kepada seorang penjenayah sekalipun (penjenayah juga ada hak)
# Keselamatan Tun patut ditingkatkan ekoran ugutan Nazeri untuk tumbuk Tun (?)
# Apakah polis yang menentukan sesuatu itu sah atau tidak dari segi undnag-undanng, bukankah Mahkamah yang perlu membuat keputusan (?)
# Tun tidak bersalah selagi tidak di dapati bersalah oleh mahkamah (?)

AZMIN MAKIN KUKUH KETIKA CUBA DILAGA


Wah!!! Nampak gayanya kempen nak "mem-BERSIH-kan" PKR dari pengaruh Si Azmin tu semakin rancak. Pelbagai mekanisme sedang diusahakan untuk mengguling Timbalan Presiden PKR tu. Kalau sebelum ini, pelbagai kepincangan dan penyelewengan yang berkaitan dengan pemerintahan Rejim Pakatan di Selangor tu telah...




Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah khazanah negara yang dianugerahkan Allah akan pupus sekiranya pemimpin bergelumang dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan tamak haloba.

Baginda bertitah, hawa nafsu manusia tidak mempunyai batasnya seperti mana yang dikatakan oleh pemimpin besar India Mahatma Gandhi ‘The world has enough for everyone’s need, but not enough for everyone’ greed’.

Sultan Sharafuddin turut mengambil contoh ahli sejarah Edward Gibbon dalam karya agungnya ‘The Decline and Fall of the Roman Empire’ yang menceritakan bagaimana Empayar Rom yang besar, kuat dan gemilang menjadi runtuh dan hancur akibat budaya rasuah serta fitnah yang berleluasa.

“Dan menjadi barah di kalangan pimpinan tertinggi akibat daripada gaya kehidupan bermewah-mewah.

“Beta mahu seluruh rakyat bersatu padu dan kekuatan perpaduan rakyat beta digerakkan berlandaskan nilai dan prinsip yang murni demi kedaulatan negeri dan kesejahteraan,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan 
Persidangan Penggal ke-4 Dewan Negeri Selangor yang ke-14 tahun 2016 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut menyeru umat Islam di Selangor agar berpegang kepada ajaran dan amalan ahli sunnah wal jamaah serta menghayatinya dengan prinsip keadilan, ihsan, kesederhanaan dan toleransi.

Baginda bertitah, ini disebabkan umat Islam di dunia hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti fahaman radikal, gerakan militan, dan ajaran sesat akibat dari salah faham terhadap ajaran Islam.

Tuesday, May 3, 2016

ZAHID TIDAK TERLIBAT DENGAN KEPUTUSAN OUTRIDER MAHATHIR (?)

Adalah di alu alukan jika Zahid masih waras, sedangkan Anwar, banduan, dipen jara, bekas TPM, bekas bossnya masih ada ehsan dalam beberapa perkara.

Ini kesimpulan, jika Zahid enggan ulas, sebaliknya diserahkan kepada KPN untuk menjawab.
Apa pula peranan KPN dalam keputusan ini.
Takkan enggan ulas, dan nak serah ulasan kepada Jabatan Jenayah atau Traffik (?)

Takkan ini arahan dari Menteri Perlancongan...dia hanya pakar bab pelancong dari China (?)

Dia hanya the only Menteri yang mabuk, ajak Tun Dr Mahathir bertumbuk, kenapa tidak ajak Mukhriz atau TMJ... sepadannya.
Apapun Nazeri perlu berlatih dari sekarang, kambat laun Khairudin akan tumbuk dia juga....
Berlatihlah dengan sparring partner...Azalina .

Nazeri sekadar anjing tua yang masih menyalak, menjelir lidah, menggoyang ekor bila di sisi tuannya, konon masih setia, masih garang....
Ini jenis anjing kalau gigi palsunya ditanggalkan, dia akan pakai kain batik...main congkak.

Jika Zahid tidak terlibat, diucapkan syabas...pasti buat baik dapat baik, menghormati akan dihormati.

Dalam politik, musuh dan kawan bukan selamanya.


SIAPA SEBENARNYA YANG MENCARI KITA.......





Carilah Aku Di Neraka, dan Tolong Bawaku Ke Syurga..

Menziarahi seorang teman yang sedang tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya, lalu menarik ke mukanya, mahu membisikkan sesuatu..

Dalam airmata bergenang dan lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata," jika hang tidak nampak aku di syurga, tlg tanya Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu..."

Dia langsung teresak menangis, lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya berbisik," Insyaallah, insyaallah, aku juga mohon hang buat begitu jika hang juga tidak nampak aku di syurga..."

Kami menangis bersama, entah berapa lama...

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya...

Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar, Ibnu Jauzi, yg berkata kpd sahabatnya sambil menangis :

" Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku ; Wahai Tuhan kami, si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga."

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah hadis :

"Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia, maka mereka pun bertanya kepada Allah ; Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."

Maka Allah berfirman, " Pergilah ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman, walau hanya sebesar zarrah".
(Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka wahai sahabat2ku,

Di dalam bersahabat, pilih lah mereka yg boleh membantu kita bukan setakat dunia, tetapi hingga akhirat..

Carilah sahabat2 yg senantiasa berbuat ibadat,  bersolat jemaah, berpuasa dan sentiasa berpesan ke arah keimanan, serta berjuang untuk mnegakkan agama.

Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, serta selalu berpesan dgn kebenaran.

Teman yg dicari kerana urusan niaga, pekerjaan, teman tengok bola, teman memancing, teman bershopping, teman fb utk bercerita hal politik, teman whatsapp utk bersembang hal dunia, akan berpisah pada garis mati dan masing2 hanya akan membawa diri sendiri.

Tetapi teman yg bertakwa, akan mencari kita untuk bersama ke syurga....

Semaklah diri, apakah ada teman yg se begini dalam kehidupan kita, atau yg ada mungkin lebih teruk dari kita...

Ayuh bertindak sekarang, kurangkan masa dgn teman yg hanya condong pada garis dunia, carilah teman yg boleh membawa kita bersama ke syurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita shj utk menjengah syurga Allah..

Pelbagaikanlah usaha, moga satu darinya akan tersangkut, membawa kita ke pintu syurga....

Al-Hasan Al-Bashri berkata :

" Perbanyakkanlah sahabat-sahabat mukminmu, karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”.

Pejamkan mata, berfikirlah,.. siapa agaknya antara sahabat2 kita yg akan mencari dan mengajak kita bersama2 ke syurga..

Jika tiada, mulakan hari ini mencari teman ke syurga sebagai suatu misi peribadi.

Agaknya kepada siapa anda boleh berpesan sebegini?

--------
Sahabat, tolong tanyakan Allah jika aku tiada bersamamu di syurga

Kredit: Tuan Zakkirun Abdullah

6ANGKA