Umum mengetahui menang atau kalahnya BN di PRU akan datang bergantung kepada pembangkang.
Pembangkang berpecah berbalah, BN menang.
Pembangkang bersatu, BN kalah.
Tidak ada rahsia, tidak perlu strategi canggih, formula yang mudah.
Pembangkang berbalah, sebahagian rakyat akan boikot keseluruhannya, tidak keluar undi, biarlah ahli parti mereka sahaja mencorak jumlah undi.
Rakyat sudah bosan dengan kedua dua pihak.
BN sendiri akan menghadapi kegeseran pembahagian kerusi. Ini belum lagi diambilkira wakil rakyat yang tidak dipilih semula atau bakal calon harapan disingkir.
Akan ada yang belot dan berpaling tadah.
Fenomeno biasa setiap kali pilihanraya cuma kali ini akan memberi kesan yang ketara.
Tidak dinafikan PAS akan menjadi penentu dan kacau daun tetapi dalam masa ysng sama akan terkorban.
Pilihan kepada PAS untuk menguasai beberapa negeri dan beberapa kerusi Parlimen jika bersama pembangkang atau geget jari jika kekal berdamping umno.
Samada pilihanraya diawalkan atau mengikut jadual tidak banyak membawa perubahan, jika suasana dan persepsi umno akan kalah bertiup kencang dan dipertahankan, lebih ramai pemimpin yang umum keluar umno.
BERSATU sebagai parti baru seharusnya tidak meminta begitu banyak kerusi sebaliknya lebih berkompromi dan memberi keutamaan kepada parti lain untuk bertanding, memadai menjadi penyatu kepada semua parti pembangkang.