24 September 2016
Aku turut simpati pada Menteri ini, siang malam mempertahankan Najib, akhirnya ada berita gembira, tetapi malangnya tidak dihebohkan...
Silapnya mungkin pada Menteri ini juga, dia ada tawarkan WSJ letak calon di PRU, hilang akal agaknya....
Mungkin sebab itu WSJ buat dunno saja sekarang ini.... Apapun admin berharap Menteri ini terus berusaha mencari kebenaran.. Bila terjumpa walaupun pahit kena le hebohkan juga.
Bila kita adil pada orang, orang lain akan adil pada kita.

1. Saman bersama yang difailkan di Amerika Syarikat terhadap 1MDB dan lain-lain pihak oleh setiausaha politik Tun Mahathir Mohamad, Matthias Chang dan Husam Musa mencetuskan kontroversi di peringkat global. Ia dibuat semata-mata berasaskan dakwaan yang terkandung dalam aduan sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, dan cerita palsu bertujuan memburuk-burukkan pihak tertentu yang disiarkan Wall Street Journal.
2. Saman oleh konco-konco Tun Mahathir ini menjadi berita dan mengundang kontroversi di peringkat global apabila ia difailkan pada 11 Ogos. Tetapi, anehnya, Wall Street Journal dan media Barat lain tidak melaporkan bahawa saman itu telah ditolak semalam.
3. Realitinya, ia memang tidak berasas sejak mula lagi, semata-mata merupakan suatu langkah mencari publisiti untuk memanipulasikan persepsi orang ramai. Ia adalah sebahagian daripada rancangan Tun Mahathir untuk mensabotaj 1MDB dan merosakkan ekonomi Malaysia bagi menyingkirkan kerajaan yang dipilih secara demokratik. Dan semua ini dilakukan atas sebab politik peribadi, yang semata-mata bertujuan untuk memberi manfaat kepada anak beliau, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
4. Tun Mahathir tentu kecewa apabila setiap cubaannya untuk meruntuhkan demokrasi Malaysia telah gagal. Mereka akan terus gagal. Satu daripada kehebatan seseorang pemimpin sebenar ialah tahu bilakah beliau patut berundur secara diam-diam.
5. Rekod sebenar Perdana Menteri baru sahaja dinyatakan Ketua Pengarah UNESCO, Irina Bokova. Kata beliau: “Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, kerajaan Malaysia mengambil pendirian tegas terhadap ekstremisme ganas melalui keterangkuman dan pendidikan, yang dianggap UNESCO sebagai pencegahan jangka panjang paling berkesan terhadap pihak yang mengancam untuk memecahbelahkan masyarakat”. Beliau juga memuji Malaysia sebagai “contoh bagi negara daripada semua peringkat pendapatan”; dan katanya, “negara ini menjadi bukti bahawa menghormati kepelbagaian merupakan suatu sumber kekuatan”; dan bahawa kita menjadi peneraju dalam usaha menggalakkan “mengajar agama bagi memupuk toleransi serta sikap saling hormat-menghormati dan saling faham memahami”.
6. Tumpuan kerajaan tidak akan terpesong oleh cubaan Tun Mahathir yang semakin terdesak. Perdana Menteri akan terus berkhidmat kepada rakyat dan memberi keutaman terhadap keselamatan dan kemakmuran mereka.
Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Malaysia
sumber : Bernama
BAGIMANA PULA DENGAN TUDUHAN AWAL AMERIKA SYARIKAT CAMPURTANGAN DALAM NEGARA DAN KONONNYA INI PENGARUH MAHATHIR (?)
BAGIMANA PULA DENGAN TUDUHAN AWAL AMERIKA SYARIKAT CAMPURTANGAN DALAM NEGARA DAN KONONNYA INI PENGARUH MAHATHIR (?)