Kehabisan isu dalam cuba memburukan Tun Dr Mahathir, kini beralih kepada yang bersifat peribadi, keturunan cuba dimainkan.
Untuk kepuasan penyokong sendiri dikira berjaya tetapi untuk mengubah persepsi rakyat, sangat gagal.
Hasutan si kitol dan raja mendeliar untuk campurtangan kuasa asing
meruntuhkan empire kesultanan melaka tetapi bezanya apa yang berlaku sekarang adalah kebenaran yang disembunyikan oleh kesyaitanan lanun yang merompak rakyat sendiri.
Jangan buat kerja orang bebal yang merasakan dirinya dan partinya kebal.
Rakyat sedang menyelamatkan negara mereka sendiri daripada digadai kepada syarikat dan kerajaan asing melalui penguasaan ekonomi.
Pemimpin umno kena belajar semula sejarah, supaya apa yang dilabel tidak kembali terpalit ke muka sendiri. Kaji sejarah Qarun yang diceritakan dalam Al Quran, bukankah itu lebih benar dan utama..
Pemimpin umno kena ingat, mereka sekarang berada di penghujung keruntuhan dan setiap nama mereka akan terpahat dalam sejarah sebaris dengan nama jholo, paris hilton,pulau clayman dan pembesar lain sebagai penyokong lanun dan keleptokrasi.
Mereka patut lebih bimbang dan mula membilang hari.