# Mulai Disember 2024 akan ada posting politik dari owner kluangman asal yang kini kembali ke Malaysia dan posting ekonomi dari rakan kluangman (aku) seperti biasa.
Sayyidina Ali bin Abi Talib karramAllahu wajhah telah berkata ;
Simpan rahsiamu berdua sahaja :
1. Dirimu
2. Allah swt
Jagalah di dunia ini dua keredhaan :
1. Ibumu
2. Bapamu
Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua perkara :
1. Sabar
2. Solat
Jangan risau dua perkara ini :
1. Rezeki
2. Ajal
Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah swt.
Dua perkara yang tak perlu diingati selamanya :
1. Kebaikanmu terhadap orang lain.
2. Kesalahan orang lain terhadapmu.
Dua perkara yang jangan dilupakan selamanya :
1. Allah swt
2. Alam Akhirat
Empat orang ini janganlah engkau Jauhi :
1. Ibumu
2. Ayahmu
3. Saudara lelakimu
4. Saudara perempuanmu
Empat perkara ini hendaknya kamu berlindung daripadanya :
1. Buntu(fikiran)
2. Sedih
3. Lemah
4. Kedekut
Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka :
1. Yatim
2. Miskin
3. Fakir
4. Orang Sakit
Empat perkara yang memperindah dirimu :
1. Sabar
2. Tabah
3. Tinggi ilmu (spiritual & Fizikal)
4. Dermawan
Empat orang yang hendaknya kamu dekati :
1. Orang yang ikhlas
2. Orang yang setia
3. Orang yang dermawan
4. Orang yang jujur
Empat orang yang hendaknya jangan kamu jadikan teman dan mendukungi mereka :
1. Tukang bohong
2. Tukang curi/rasuah
3. Tukang hasut
4. Tukang adu domba
Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka :
1. Isterimu
2. anak-anakmu
3. Keluargamu
4. Sahabatmu
Empat hal yang hendaknya kamu Kurangi :
1. Makan
2. Tidur
3. Malas
4. Bicara berlebih-lebihan
Empat hal yang jangan kamu putus :
1. Sholat
2. Qur'an
3. Zikir
4. Silaturrahim
No comments:
Post a Comment