Itu baru mukaddimah biasa menjelang PRU, bersungguh sungguh benar, sebagai kerajaan itu bukan pekikan dan laungan yang ditungu rakyat, ia sepatut sudah dilaksanakan....
Yang boleh berjanji hanyalah pembangkang untuk mendapatkan kuasa memerintah...
Kerajaan tidak perlu terpekik dan melaungkan janji...sebaliknya melaksanakan dan menguruskan negara sehiggga rakyat puashati dan berterima kasih...
Jika kerajaan gagal..kerajaan baru perlu diberi peluang, itulah demokrasi, negara ini milik rakyat, bukan sdn bhd.
Di bajet 2018 nanti rakyat percaya banyak insentif dan segala bentuk projek akan dirancang untuk rakyat.
Tetapi apakah DS dan pemimpin umno tahu apa sebenarnya yang rakyat mahukan???
Apakah DS boleh ujudkan semula integriti kerajaan yang sudah musnah di mata rakyat???
Apakah di bajet nanti, DS akan umumkan semua pemimpin kerajaan dan parti BN akan infak semua harta benda mereka selama menjadi pemimpin politik untuk membantu negara.
Kerajaan juga perlu mendapatkan semula mana mana wang di luar negara yang disembunyikan oleh rakyat melalui penggubahan wang haram.
Tangkap dan bawa pulang Jho Low, RPK, Sirul dan beberapa nama lagi untuk dibawa ke muka pengadilan di dalam negara.
Begitu juga rakyat berharap kadar GST dikurangkan, pengawalan harga petrol yang lebih rendah dan stabil.
DS wajar juga memberi peruntukan yang besar kepada semua agensi termasuk PERMATA untuk melancarkan program pendidikan tolak korup yang kini sudah jadi amalan rakyat Malaysia.
Bajet bukan sekadar suntikan wang, wang,wang tetapi wajib sekali suntikan akhlak dan amanah supaya tidak gelap mata dengan peruntukan belanjawan.
Sekali lagi, diulang..setakat manakah DS tahu dan faham apa yang rakyat mahukan dari kerajaan dan kepimpinan sekarang untuk menyelesaikan banyak isu dan selamatkan Malaysia (?)
Bajet 2018 jika terlebih gula sekalipun hanya sekadar mempercepatkan matinya semut.






