Friday, December 22, 2017

INI SAHAM ANDA.. YANG BOLEH DIBAWA SAMPAI KE KUBUR







JANGAN JOLOK SARANG TEBUAN..


Tindakan saman pemula Tun ke atas RCI Forex BNM merupakan langkah ke depan dan di luar jangka sekaligus melondehkan sikap RCI yang tidak mengemukakan laporan penuh sebaliknya membuat kesimpulan dan cadangan yang dianggap berniat jahat.

Ada pihak yang cuba menegakan benang yang basah dan menyarankan Tun hanya perlu diam dan tunggu siasatan polis jika rasa tidak bersalah.. Mungkin mereka sudah biasa menjadi lembu dicucuk hidung.
Diam tandanya setuju dan bersedia menyerah tengkuk disembelih.

Saman Tun merupakan langkah bijak sekaligus menjadi sebahagian dari jawapan Tun kepada polis apabila disiasat. Sepatah kata Rais Yatim (walaupun sebenarnya dalam isu bugis) sebagai peringatan bahawa Tun bukanlah calang² orang dan jangan cuba menjolok sarang tebuan. Kita tengok siapa yang kena? Tiada beban batu digalas...

Kini beban kepada RCI untuk menjawab.

Thursday, December 21, 2017

UMNO DITIMPA BALA LAGI

Satu demi satu
Selepas IMAMS, tanah Felda pula..
Akan bercakaran kah sesama mereka sekali lagi ??

Dalam kekalutan IMAMS, sempat lagi najib selamatkan diri dengan mencelah "tidak bersetuju.."
Dalam isu tanah felda ini sudah terlambat, "tak tahu" pun bukanlah alasan terbaik lagi...hanya "bercuti" boleh selamatkan diri.







NEGARA ISLAM MUNAFIK !!!

Kejujuran negara Islam terhadap perjuangan Baitulmuqaddis dipersoal dipertikai dipersenda..apakah anjuran soladaritas itu sangat berkesan kerana dari awal lagi Israel menyatakan dia tidak akan terkesan dalam segala bentuk kecaman. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Pendapat Korea Utara ada betulnya dan dunia akan memberi perhatian jika negara² Islam menyahut cabaran tersebut dan alangkah baiknya jika Malaysia menjadi negara pertama bersekutu dengan korea utara selaras dengan pengakuan Hishamuddin untuk menghantar pesawat pejuang.

Sangat hina jika ada yang mengambil solidaritas untuk political mileage regim masing².


Apakah anda rasa Malaysia bebas bersuara tanpa syarat atau terpaksa tunduk pada kemahuan  kuasa besar, sahabat Israel, amerika dan china ?????






Wednesday, December 20, 2017

BERSYUKURLAH TIDAK DUDUK DI SRI LANKA...




Ini yang sedang diviralkan regim umno, tiada detail motif?

Cuma lupa nak tanya berapa kadar rasuah mereka sebulan, bilangan dan volume serta berapa billion duit masuk dalan akaun peribadi  PM Sri Lanka...

MAT JENIN, LUNCAI TIDAK PERNAH PUPUS...

Dulunya ada, sekarang bertambah ramai..
Bezanya..

Kedaifan mereka dulu tidaklah sampai menyusahkan rakyat.. Jenaka mereka sekadar memberi kesedaran kepada masyarakat, tidaklah pula mengkhianati bangsa dan negara.. Cakapnya lurus, tak ada flip flop..

Mereka bukan pandai ugama, tetapi lebih penting mereka tidak memperalat dan menjual ugama untuk kepentingan diri.




KESILAPAN LALU

  1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...