Kemaskini:
Dulu puak pas fitnah Tun hina Nabi, sekarang puak pecacai umno jadi pak turut fitnah tersebut, jangan jadi kaldai sampai mati tanpa sempat mohon maaf, baca di Sini
...............
Posting awal:
Perkara pokok yang menghantui kerajaan dan umno sekarang adalah beberapa isu teras yang menjadi dasar dan pegangan mereka, salah pegang, salah urus, rosak dan binasa..
1MDB
Kleptokrasi
APCO
Felda
GST
Petrol tanpa subsidi dan salahguna mekanisme harga mingguan (minyak dunia makin turun, minyak di Malaysia makin naik !!!)
Korup
Salahgunakuasa
Ketua Pesuruhjaya SPRM (?)
Ketua Polis Negara (?)
Peguam Negara (?)
Banyak lagi isu isu lain yang digabungkan menjadi pertikaian dan persoalan rakyat dan semua ini diambil kesempatan oleh pembangkang sebaai senjata perjuangan dan kempen mereka.
Jika tanpa isu, apakah pembangkang sekuat dan begitu berpengaruh seperti sekarang (?)
Jika seuatu itu bukan isu yang rakyat bangkitkan , pembangkang no way boleh mendapat faedah darinya.
BRIM sebagai contoh walaupun ada baik buruknya tetapi oleh kerana majoriti rakyat bersetuju dan memerlukannya, pembangkang tidak boleh mengenepikan begitu sashaja malah turut bersetuju untuk meneruskannya jika menjadi kerajaan kelak dengan sedikit baikpulih.
Apa yang umno hadapai sekarang adalah berhadapan dengan rakyat, pembangkang sekadar alat rakyat untuk menentang kerajaan.
Tidak perlu takut sangat dengan Tun atau Anwar, tidak perlu main isu basi isu bodoh tentang DAP tetapi berhadapan dengan rakyat untuk menjawab tentang semua isu yang dibangkitkan. Apa solusinya (?)
Projek billion demi billion yang diumumkan kerajaan sekadar menakutkan lagi rakyat bahawa peluang mega korupsi juga turut berada di sana.
Pembangunan, pengukuhan dan perkembangan ekonomi sekadar angka tetapi rakyat dibawah bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi.
Alfatihah..