Sunday, February 25, 2018

UMNO KALAU TAK DISERANG PEMBANGKANG PUN TETAP RUNTUH DITOLAK RAKYAT







Jawapan kepada sebahagian mereka..
Di kedai kopi, tempat awam, di pejabat - orang umno sudah tidak berani angkat suara, kecuali berkumpul sesama mereka...
Kenapa (?)


Apabila Tun nasihatkan najib berundur, itu petanda tonggak umno sudah rapuh, najib membeli masa dengan wang tetapi parti makin reput dimakan anai²...

Najib dedakan anai² membina kekuatan, manamungkin..
Najib berharap laskar anai² berhujah kukuh, menyerang teguh dan membina, memelihara dan mempertahan imejnya dengan baik..manamungkin..

Dengan hujah auta, pukulan lembek, lagi makihamun siapa agaknya yang tertazkirah dan terkinja untuk sokong parti najib razak.

Cuma Hadi, jual lelong murah² ahlinya kepada parti najib razak...
Semoga marhaen dan akar umbi pas bangkit mempertahankan maruah mereka sebelum sampai dipeti undi.

Klik Janji Hisham

Klik Ini Pula Zahid

Klik Samy Vellu Pun Mesti Terkejut




Saturday, February 24, 2018

PAS LEBIH MERBAHAYA DARI UMNO

Setakat dengan umno boleh berbeza pendapat tapi kalau dengan PAS, jangan sampai tergadai akidah atas fahaman siasah dunianya yang rakus dan sempit..






KENAPA MASIH RAGU DENGAN KESETIAAN PEMIMPIN DAN AHLI UMNO...





Acapkali menjelang pilihanraya, acapkali pemimpin turun padang...ahli dan pemimpin kecil diingatkan supaya setia dengan parti, prihatin pada rakyat....

Singkap rekod dan sejarah.. Belum pernah ada dalam sejarah ketua cawangan umno terima rasuah 2.6B...

Belum pernah ada dalam sejarah ketua pemuda cawangan umno bawa isteri naik jet peribadi makan angin..

Belum pernah ada dalam sejarah ketua cawangan umno pelihara lembu dalam kondo..

Banyak lagi yang cawangan dan akar umbi "belum pernah" melakukan sesuatu yang mencemar nama parti, bangsa dan negara hingga busuk seluruh dunia...

Yang curang, khianat adalah pemimpin atasan...




# Atas prinsip menyokong 100% cadangan kerajaan melaksanakan akta fake news, mana² hujah palsu, denial sindrom dan pembohongan akan dipadam.



Friday, February 23, 2018

JANGAN PANDANG ENTENG KEMUSNAHAN YANG DIBAWA PARTI NAJIB RAZAK DAN PARTI HADI AWANG...






Pandang enteng dan kealpaan pun boleh memusnahkan apatah lagi kalau begitu banyak silap salah mungkar skandal yang terpalit...

Rakyat kena biasakan tukar kerajaan yang mungkar, bermula dari sekarang dan akan datang...



MYDIN DAN BANK NEGARA SENADA



Apabila Mydin memberi pandangannya terhadap tahap realiti ekonomi rakyat sekarang..

Apa reaksi Menteri (?)
Bertujai menerkam reaksi tahap ala ahmad maselan...

Apa reaksi pecacai (?)
Pecacai yang failed mathematic LCE pun turut memberi pandangan dengan menjuruskan kajian Master dan Phd mereka  ketahap kedai dua ringit barang china..berbueh fakta dan mengaku tahap pelanggan setia pelahap gaban kedai dua ringit 100% milik cina penyokong DAP untuk dibandingkan dengan Mydin.

Bagaimana pula reaksi mereka apabila pandangan BNM juga senada dan selari dengan Mydin (?) 

Klik baca dan hadam

MEMBURUK DAN FITNAH TUN..DI DUNIA PUN DAH DAPAT CASH

Sudah 3 bertahun segala usaha dan jentera digunakan untuk memburukan dan fitnah Tun sekadar kerana Tun memberi nasihat, teguran tertutup, kritik terbuka untuk Najib berundur secara terhormat dan parti serta negara akan selamat.

Dari keluar umno, tubuh BERSATU dan kini Pengerusi Pakatan Harapan dan kemuncaknya calon PM..begitu banyak kemajuan yang tidak pernah dijangkakan..nyatalah fitnah itu tidak terkesan langsung .. Kemenangan sementara Najib, dia masih kekal sebagai PM, itu sahaja dan masa penghujung sudah sampai.

Skandal 1mdb asalnya merupakan skandal peribadi najib tetapi berjaya dijadikan isu parti dan kerajaan untuk mempertahankannya. 

Teguran 1mdb  juga asalnya adalah pandangan peribadi Tun tetapi kemudiannya bertukar sebagai perjuangannya atas kapasiti Bapa Pembangunan Moden Malaysia dan kini perjuangan itu sudah menjadi sebahagian perjuangan pembangkang dan iltizam rakyat.

Mengadakan pilihanraya, majoriti ramalan, BN boleh menang. Andaian itu, tidak ada sebab untuk tidak mengadakan pru kecuali tahu akan kalah.

Apakah masih berbaloi untuk lipatandakan usaha "mencederakan" Tun (?) Pihak² yang bersubahat sudah pun dapat balasan  "tunai" - rugi bukan palang kepalang..

# Memadailah makan beras tempatan, semangat tempatan, support petani kita !!!




DAH GILA TALAK KE PUAK NI.




Ada yang dah keluar parti, ada yang nak keluar parti, ada yang baru merancang nak keluar parti..kesimpulannya sudah tidak berminat dengan BERSATU..barambus je lah kalau parti tu jijik dan bukan selera mereka...

Nampak sangat gila talak, busuk hati dengan buat sidang akhbar dan demo...

Yang tak buat tindakan ROS, yang dikecam Mahathir...mana satu ni?

Dah ceraikan BERSATU, berambus lah...

Jangan tunjuk sangat gila talak tu..
Kalau dapat habuan...ambik le tapi lakonan jangan over, tak malu ke dengan anak bini cucu...

Kalau bukan dedak, logiknya kalau sudah keluar parti sudah tentu tidak peduli dan biarkan parti tersebut reput dan mati sendiri..

Cuma nak nasihat puak ni, benda haram jangan dibuat..
Najib yang gagah perkasa pun tak dapat jentik pun Mahathir ini kan pula pecacai suruhan.

Maaf kasar sikit today.



Lain pula malam kelmarin di Batu Pahat...


KESILAPAN LALU

  1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...