Monday, September 16, 2013

hishammudin undur beri laluan pada mukhriz...

siapakah pemimpin umno yg sudah tua dan perlu ditolak dan tidak perlu dipilih semula spt yg dimaksudkan oleh dr mahathir? begitu juga pe,impinnyg rasuah? politik wang?

ali rustam? isa samad? kj? - bukankah mereka mempunyai rekod dan persepsi tertinggggiiii...

 alangkah cantiknya kalau muhyiddin berundur secara sukarela dan ikhlas untuk memberi laluan kpd zahid.

alangkah hebatnya tapi paling mustahil, hishammudin berundur untuk memberi laluan kpd mukhriz.

bagaimana pula dng shahrizat? bukankah ia tidak menepati harapan dr mahathir sebaliknya azalina yg menarik diri? apa pakej yg ditawarkan kpd azalina?

biarkan shj kj dan ikram beradu tenaga. paling-paling-paling mustahil kj akan tewas, umno terlalu sukar dipisahkan dng politik wang secara terang2an. dunia hampir kiamat kalau ikram menang !

pemimpin tua yg masih mengejar kuasa, pemimpin yg masih tak mahu mengaku menjadi liabiliti kpd parti, pemimpin yg masih bersandar kpd pemimpin tertinggi dan politik wang dlm umno adalah penyakit2 rangkaian yg terus relevan pada umno.

penyakit yg dicetuskan pemimpin sudah meresap ke akar umbi - perebutan menjadi perwakilan bermula di peringkat cawangan, sudah pandai mengidam sampul hijau..

Bolehkah kita iktiraf dan pakai ulama PAS sebagai ulama Islam sebenar?


Sebok sekarang diperkatakan persefakatan PAS dengan Parti Pembangkang lain perlu dikaji semula kononnya untuk melihat sejauh mana tahaluf siyasi itu menepati syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam, memberi keuntungan kepada perjuangan Islam dan memberi kebaikan kepada Pas atau sebaliknya.
"Andai hasil kajian itu memberi jawapan bahawa tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini menepati syarat yang ditetapkan oleh syarak dan memberi kebaikan kepada perjuangan Islam, maka ia wajib diteruskan berdasarkan persefahaman yang telah dimeterai sesama parti anggota yang bertahaluf.
"Namun, jika hasil kajian itu didapati tahaluf siyasi yang telah berlangsung empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam yang muktabar, pula mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didukung oleh Pas, maka haram tahaluf itu diteruskan,"
Semua ini adalah omongan kosong yang tidak berkesudahan kerana akhirnya yang memutuskan ialah seorang dua yang masih tebal ego dan dendamnya. 

Malah di awal-awal lagi sudah di maklumkan "Kita serahkan kepada pimpinan tertinggi. Mungkin pada muktamar nanti ada usul kaji semula," ujarnya.

Malah dalam satu kenyataan, Setiausaha PKR menegaskan usul itu datangnya dari cabang parti PAS yang lemah dan tidak terkesan langsung atas persetujuan dan perjanjian.
 
Dan paling akhir dan penting ialah wajarkah golongan ulama PAS boleh kita iktirafkan ulama mereka kerana rekod sebelum ini menunjukkan betapa mereka menyalahgunakan status itu dalam beberapa isu tentang Islam, mereka lebih berkiblatkan politik - menghalal cara atas mengejar pangkat, jawatan dan kemewahan. 

Nik Aziz dan Hadi Awang adalah antara contoh tepat bagaimana 'ulama' mereka tidak stabil dan diragui dengan kenyataan-kenyataan yang tidak menguntungkan Islam semata-mata mereka benci pada UMNO !!! 
 
“Jika dilihat dari sudut politik, Pas sebagai parti mempunyai tujuan untuk mengembangkan pemikiran, meraih kuasa dan salah satunya adalah melalui sistem pilihan raya sama ada di peringkat Parlimen atau Dun.

“Saya kira jika Pas tiada dalam PR, kita tidak mampu untuk meraih lebih banyak kerusi, seperti di Selangor, kita sudah menjadi sebahagian dalam pentadbiran,”- ahmad awang

SIAPA ULAMA SEBENAR?

Dari sudut bahasa, ulama diterjemahkan sebagai orang yang mengetahui. Adapun dari sudut istilah, tidak ada definisi yang jamik dan manik (konprehensif) bagi maksud ulama.

Jika dirujuk kepada kitab tafsir, seperti at-tafsir al-kabir, Imam fakhruddin Ar-razi mendefinisikan ulama sebagai orang yang mendalami ilmu tafsir. Jika dirujuk kepada kitab hadis pula, ulama didefinisikan sebagai Al-Mutaahhil bi ilmi Al-hadis (orang yang berkelayakkan dalam bidang ilmu hadis). Dibuka pula kitab-kitab fiqh, didefinisikan ulama sebagai orang yang berkemahiran dalam bidang fiqh.

Lebih parah lagi, jika merujuk kepada perlembagaan PAS; yang mana ulama didefinisikan sebagai orang yang mempunyai pendidikan agama, sekurang-kurangnya sanawi 4.

Apa yang dapat dilihat, definisi ulama dari sudut istilah syarak pun, tidak diketemui satu kesepakatan dari kalangan pendefinisi-pendefinisi. Yang wujudnya adalah, pendefinasian itu lebih kepada sentiment kepada pendidikan masing-masing. Jika mereka berkepakaran dalam bidang tafsir, mereka akan mendakwa ulama adalah orang yang berkemahiran dalam bidang tafsir. Begitulah bagi mereka yang mendalami hadis, fiqh, usul fiqh dan sebagianya.

Justeru, dalam pendefinisian ulama ini, perlu dikaji balik dan perlu mendapat satu ketetapan dan pendefinisian yang bersifat jamik dan manik, dengan merujuk kepada kandungan Al-quran dan As-Sunnah sendiri, agar ia tidak dicandukan oleh golongan-golongan tertentu, terutama bagi mereka yang mencari "jawatan" dengan gelaran "ulama".

http://g-82.blogspot.com/2009/12/siapa-ulama-sebenar.html


Oleh itu samada PAS akan terus bersama pembangkang atau tidak itu adalah keputusan politik dan bukannya keputusan ugama dan jangan disalahertikan untuk kita terpengaruh dan menganggap ulama PAS adalah ulama Islam sebenar yang mewakili rakyat Islam malaysia.

Sunday, September 15, 2013

Ekonomi Melayu - tahap menu tomyam campur..

Tahniah DSN di atas pengumuman gagasan ekonomi orang melayu yang paling terbaeekk dan belum pernah diwar-warkan oleh mana2 PM melayu sebelum ini. Kemungkinan itulah menyebabkan DS mengambil masa hampir 5 tahun untuk mengkaji dan memikirkan satu gagasan yang hebat sebelum membuat pengumuman ini. Ini berbeza dengan gagasan kepada orang cina dan india yang dapat DS fikirkan dengan spontan dan segera.

Oleh kerana untuk memikirkannya pun DS memerlukan 4-5 tahun sebelum mengumumkannya maka sudah tentu DS memrlukan 15-20 tahun untuk melaksanakannnya pula - dan ini sangatlah difahami oleh orang Melayu.

Penguasaaan ekonomi orang Melayu sasaran 30% belum pernah terhasil; sejak merdeka hingga sekarang walaupun sudah bertukar PM dari yang paling cerdik kepada yang paling tidak cerdik dan kini tiba pula giliran DS.

Kenapakah sasaran itu sukar dicapai? Apakah kerana Melayu itu mudah lupa atau kerana pemimpin Melayu nya yang lupa dan leka. Adalah msutahil untuk tidak mencapai sasaran 30% malah sepatutnya lebih ketika kuasa poilitik di tangan Melayu kecuali kerana Pemimpin Melayu sedang menguasai ekonomi semuanya ke perut mereka.

Jom kita minta Menteri dan Pemimpin Melayu, Dari Ketua Bahagian ke Presdiennya, termasuk bekas-bekas dan mantan pemimpin dan menterinya untuk mengistiharkan harta. berapa banyak harta mereka pada tahun 1960 dan berapa banyak pula harta mereka tahun 2013..berapa kali ganda?????? Sudah tentu lebih dari 3000% ...jadi kenapa mustahil untuk Melayu mencapai 30%.

Untuk memperkasa ekonomi Melayu hendaklah dibuat setiap hari, setiap bulan, setiap 6 bulan, setiap tahun dan bukannya setiap kali menjelang PAU yang ada pertandingan. Jika orang Melayu diberi satu juta setiap hari ia akan menghasilkan 365 jutawan setahun dan dua ribu jutawan dalam tempoh 5 tahun. Berapa orang Melayu bergelar jutawan dalam tempoh setahun yang dihasilkan oleh UMNO kini?

Sudah tentu kelemahan atau sabotaj berlaku dalam perlaksaaan, tidak ada cacat dan celanya dalam menu, semuanya nampak sedap..


Thursday, September 12, 2013

Blogger mana yang besar kepala...


Aku menasihati diri aku sendiri dan blogger-blogger lain yang kecil dan besar, yang junior dan senior, yang handal dan terkenal atau yang sewaktu dengannya suapaya jangan lagi kutuk Najib berlebih-lebihan.
 
Kini sudah ada blogger besar kepala menjadi marshal dan polis blogger untuk mengawal dan menyatakan mana yang boleh dan mana yang tidak dan kemungkinan besok-besok kena membuat permohonan untuk menjadi blogger dan kelulusan daripada mereka ini pula.

Tidak pula diketahui samada mereka turut berani memberi ingatan dan amaran yang sama kepada blogger pembangkang.

Tidak pula diketahui samada mereka juga berlaku adil, memberi peringatan dan amaran kepada blogger pro kerajaan supaya jangan kutuk berlebihan pemimpin pembangkang.

Siapa blogger blogger tu..

Wednesday, September 11, 2013

UMNO LEBIH SUCI DARI pas.

UMNO: Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Wanita - 'maksum' - tidak ada perubahan.

Kemungkinan Besar: Naib Presiden juga 'maksum' selepas dinasihati pucuk pimpinan.

UMNO lebih suci dari PAS sekurang-kurangnya kerana PAS akan ada pertandingan dalam Timbalan Presidennya dan kemungkinan juga Presiden dicabar.


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Apakah mungkin Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin akan mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan parti Oktober ini?
Persoalan ini timbul apabila sehingga hari ini belum ada mana-mana pemimpin yang mengumumkan keputusan untuk menentang kedua-dua pemimpin tersebut biar pun borang pendaftaran menjadi calon akan mula diedarkan Sabtu ini.

PAS JUGA LAHIRKAN OTAK OTAK






Dan seorang dua lagi lagi pandai ugama tetapi jadi kayu api, kerjanya 'membakar'. Buat ulasan semborono tanpa asal usul sedangkan hakikatnya, kena selidik dulu kebenarannya - kalau uala selama ulama bersel;isih bodoh secara terbuka - apa contoh terbaik yang orang Islam dapat - murahan.


SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) Dr Fathul Bari Mat Jahaya mendakwa kenyataannya berhubung kenaikan harga barang diputar belit.
Beliau berkata Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan bekas Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membuat tafsiran kenyataannya seolah-olah beliau berkata kenaikan harga barang itu adalah takdir.
Walhal katanya, kenyataan asalnya adalah kenaikan harga barang merupakan ketentuan Allah dan menegaskan konsep "subsidi" tidak diguna pakai di dalam ekonomi Islam.
"Mereka (Nasruddin dan Asri) sekarang ini cuba nak membawa saya ke situasi mengatakan semua adalah takdir Allah tanpa usaha... itu salah, mereka cuba putar belit kenyataan saya.
"Yang saya cuba sampaikan adalah ikhtiar, kita kena sabar. Selepas ini saya menulis sebuah artikel berkenaan dengan kaedah kita mempersoalkan perkara tersebut," katanya lagi.

Tuesday, September 10, 2013

THE BEST FROM UMNO... OTAK OTAK PEKAN !

OTAK OTAK TANGKAK PUN DAH TAK SEDAP...SEMBAB, LEMBAB

KUALA LUMPUR, 10 Sept - Pemansuhan undang-undang tahanan pencegahan telah membuka pintu serangan terhadap kedudukan istimewa orang Melayu-Islam
 
     Dalam menyeru untuk kembali undang-undang era penjajahan yang telah membenarkan pihak berkuasa untuk menahan orang yang disyaki tanpa didakwa atau perbicaraan, seperti Ordinan Darurat kini dimansuhkan (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),

     "Sebelum ISA telah dimansuhkan, adakah kita mempunyai orang yang membuat kartun berbuka di bulan Ramadhan dengan daging babi ?" tanya bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan kepada orang ramai di sini.
 
     Zaman merujuk kepada kontroversi oleh blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee, yang diadakan sebagai contoh banyak kejadian dikatakan telah berlaku sejak pemansuhan undang-undang '.
 
     "Islam sedang dihina ... Adakah Islam pernah menceroboh ke dalam kepercayaan mereka, "tanya beliau.

     Zaman juga mendakwa bahawa sebelum pemansuhan dua undang-undang diperkenalkan untuk berurusan dengan pemberontak komunis, rakyat Malaysia yang lain tidak berani menyentuh mengenai "hak istimewa" orang Melayu, sekarang, beliau berkata, kebanyakan sudah lupa.
 
     "Kita tidak akan berada di sini tanpa ISA ... Kerana ISA, menghalang orang daripada melakukan apa yang mereka suka, kita kekal selamat, "tambah Zaman.
  
 

6ANGKA