Wednesday, September 11, 2013

PAS JUGA LAHIRKAN OTAK OTAK






Dan seorang dua lagi lagi pandai ugama tetapi jadi kayu api, kerjanya 'membakar'. Buat ulasan semborono tanpa asal usul sedangkan hakikatnya, kena selidik dulu kebenarannya - kalau uala selama ulama bersel;isih bodoh secara terbuka - apa contoh terbaik yang orang Islam dapat - murahan.


SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) Dr Fathul Bari Mat Jahaya mendakwa kenyataannya berhubung kenaikan harga barang diputar belit.
Beliau berkata Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan bekas Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membuat tafsiran kenyataannya seolah-olah beliau berkata kenaikan harga barang itu adalah takdir.
Walhal katanya, kenyataan asalnya adalah kenaikan harga barang merupakan ketentuan Allah dan menegaskan konsep "subsidi" tidak diguna pakai di dalam ekonomi Islam.
"Mereka (Nasruddin dan Asri) sekarang ini cuba nak membawa saya ke situasi mengatakan semua adalah takdir Allah tanpa usaha... itu salah, mereka cuba putar belit kenyataan saya.
"Yang saya cuba sampaikan adalah ikhtiar, kita kena sabar. Selepas ini saya menulis sebuah artikel berkenaan dengan kaedah kita mempersoalkan perkara tersebut," katanya lagi.

1 comment:

  1. Taqdir itu urusan Allah swt, tak perlu kita campuri. Tugas kita mentaati perintah Allah swt, melaksanakannya semampu mampunya, sentiasa berusaha utk kehidupan dunia dan Akhirat kita.

    ReplyDelete

6ANGKA