Tahniah DSN di atas pengumuman gagasan ekonomi orang melayu yang paling terbaeekk dan belum pernah diwar-warkan oleh mana2 PM melayu sebelum ini. Kemungkinan itulah menyebabkan DS mengambil masa hampir 5 tahun untuk mengkaji dan memikirkan satu gagasan yang hebat sebelum membuat pengumuman ini. Ini berbeza dengan gagasan kepada orang cina dan india yang dapat DS fikirkan dengan spontan dan segera.
Oleh kerana untuk memikirkannya pun DS memerlukan 4-5 tahun sebelum mengumumkannya maka sudah tentu DS memrlukan 15-20 tahun untuk melaksanakannnya pula - dan ini sangatlah difahami oleh orang Melayu.
Penguasaaan ekonomi orang Melayu sasaran 30% belum pernah terhasil; sejak merdeka hingga sekarang walaupun sudah bertukar PM dari yang paling cerdik kepada yang paling tidak cerdik dan kini tiba pula giliran DS.
Kenapakah sasaran itu sukar dicapai? Apakah kerana Melayu itu mudah lupa atau kerana pemimpin Melayu nya yang lupa dan leka. Adalah msutahil untuk tidak mencapai sasaran 30% malah sepatutnya lebih ketika kuasa poilitik di tangan Melayu kecuali kerana Pemimpin Melayu sedang menguasai ekonomi semuanya ke perut mereka.
Jom kita minta Menteri dan Pemimpin Melayu, Dari Ketua Bahagian ke Presdiennya, termasuk bekas-bekas dan mantan pemimpin dan menterinya untuk mengistiharkan harta. berapa banyak harta mereka pada tahun 1960 dan berapa banyak pula harta mereka tahun 2013..berapa kali ganda?????? Sudah tentu lebih dari 3000% ...jadi kenapa mustahil untuk Melayu mencapai 30%.
Untuk memperkasa ekonomi Melayu hendaklah dibuat setiap hari, setiap bulan, setiap 6 bulan, setiap tahun dan bukannya setiap kali menjelang PAU yang ada pertandingan. Jika orang Melayu diberi satu juta setiap hari ia akan menghasilkan 365 jutawan setahun dan dua ribu jutawan dalam tempoh 5 tahun. Berapa orang Melayu bergelar jutawan dalam tempoh setahun yang dihasilkan oleh UMNO kini?
Sudah tentu kelemahan atau sabotaj berlaku dalam perlaksaaan, tidak ada cacat dan celanya dalam menu, semuanya nampak sedap..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
No comments:
Post a Comment