Surah 24. An-Noor, Verse 11:
إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Translation:
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).
via iQuran
Malam ni JDT vs Pahang..
Kalah mati..
InsyaAllah tiada konspirasi, tiada penangguhan dan rayuan keputusan.
Siapa menang atau kalah tidaklah sampai menyusahkan rakyat atau perlu bising memburukkan negara serata dunia.
Friday, October 31, 2014
Siapa kata rakyat tiada pilihan...
Rakyat biasa dan blogger cabok adalah manusia yang hanya ada harga pada satu hari dalam 365 hari x 5 tahun.
Baki hari selebihnya jadilah pemerhati, no complain, warganegara yang baik, berkorban untuk negara, jangan tanya apa sumbangan negara kepada kamu, bersyukur, jangan malas bekerja dan seterusnya percayalah kepada kerajaan samada yang kamu pilih atau tidak pilih.
Kalau tak suka, sila pindah ke negara lain. Penyelesaian total terbaik untuk negara.
Hanya satu sahaja rakyat tiada pilihan - parti kerajaan atau pembangkang, mereka sama sahaja. Pilih atau tidak pilih rakyat perlu berjuang demi mereka.

Luahan Rakyat Bukan Lagi Mainan Pembangkang ...
Something that all of you should read deeply with open eyes & mind. It was well said & written.
RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN - SAIFUL NANG
Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah).
Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup.
Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri.
Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak b
ercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi...rumah saya ada air" (lalu ketawa).
Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.
Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?
Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.
Turunlah Datuk Seri, Turunlah....
Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya.
Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial.
Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Dat
uk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURKAH, MALAYSIA SUDAH MAJU".
Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataakn memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp....babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula.
Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda. Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini. Sekarang surat khabar dan TV sudah bukan sumber doktrinisasi kerajaan lagi, kami boleh dengar terus dari suara rakyat di sebelah sana juga sebelah sini tanpa perlu mereka menjadi pemberita.
Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela.
Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan".
Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah sarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu
satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan.
Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama.
Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju.
Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.
Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan....secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.
Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhae
n akan bekerja.
Bertimbang taralah...
Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga.
Pentadbiran Datuk Seri terlampau mahal dan sesuap makanan Datuk Seri ialah sebaldi peluh marhaen. Bil Elektrik Datuk Seri setahun boleh menghantar 50 orang anak-anak Marhaen menjadi doktor yang tidak berhutang dengan PTPTN. Mungkin juga jika benar desas desus akan beg tangan Datin Seri yang mahal itu, untuk setiap satu beg tangan itu bernilai lebih dari pendapatan seumur hidup beberapa orang marhaen.
Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara.
Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN. MALAYSIA BELUM MAJU.
SAIFUL NANG
Orang Marhaen
//saya bukan orang politik. Saya bukan benci Datuk Seri, bukan juga benci kerajaan dan tidak juga penyokong Anwar Ibrahim jauh sekali bernadikan PERKASA...tetapi saya menulis sebagai MARHAEN MALAYSIA.

Bodohpun ada hadnya...
Satu budaya yang sama di amalkan oleh puak pembangkang dan UMNO...
Kalau pembangkang ditimpa musibah, ini jawapan standard mereka.. " Ini kerja jahat UMNO untuk menghalang masa depan Anwar..."
Yang melingkupkan masa depannya, dia sendiri..tak ada kaitan dengan umno, tak ada kaitan dengan anjing, tak ada kaitan dengan babi... Yang dia dok peluk ialah china doll dan DAP.
Bila Najib kena kritik..puak pecacai kata " kita jangan terperangkap dengan hasutan pembangkang "
Kalau ada bangang yang nak percaya...teruskan tanpa tad, tanpa halangan...ini negara liberal.
Sebahagian lagi rakyat boleh diperbodohkan tetapi tidaklah sampai tahap bangang. Bodohpun ada hadnya.

Thursday, October 30, 2014
1MDB.. Penjelasan dengan Iklas atau emosi...
Sudah masuk dua bulan 1MDB, kerajaan diminta memberi penjelasan tentang operasi senyap nya itu. Pertanyaan datang dari serendahnya bayi yang baru lahir hinggalah setingginya dari mereka yang dua tiga hari lagi nak mati.
Apabila kerajaan berdiam dan menjawab acuh tak acuh, rakyat yang tidak faham terus melopong, yang setengah masak faham mula berpersepsi dan yang lebih faham mula menggasak - semuanya berpunca dari lambatnya kerajaan menjawab dan memberi jawapan.
Tetapi dalam lewat seminggu ini, PM telah membeti jawapan bertulis di parlimen yang cukup rengkas diikuti dengan beberapa pihak dan tukang tulis mula memberi jawapan yang mereka sifatkan terperinci tetapi penuh dengan terminalogi.
Lebih menarik mereka menjawab dengan emosi dan marah, penjelasan dan sindiran kepada pihak tertentu yang mereka anggap bangang ilmu kewangan.
Rakyat membuat pertanyaan dan berhak meminta penjelasan dan kerajaan wajar membuat penjelasan dengan segera, jujur dan kefahaman.
Jika kerajaan marah dan emosi apakah kerana pertanyaan itu mengganggu periuk nasi mereka atau menganggu ego perasan tersangat pandai dan rakyat boleh dikelabu asap.
Jika bukan semua itu, jawablah dalam Bahasa Melayu, bahasa rakyat yang majoriti memberi undi pada kerajaan sekarang. dengan cara sopan yang rakyat boleh dan sampai faham.
Wednesday, October 29, 2014
Anwar patut risau konspirasi peguamnya sendiri...A
Jika Anwar "sangkut"... ia bukan kerana Muhammad Shafie, bukan kerana umno, bukan kerana Najib, tidak mungkin Madzhathir, bukan kerana mahkamah dan tidak mungkin puak demo upahan di luar sana...
Ia hampir tepat kepada " konspirasi " peguam-peguamnya sendiri untuk sumbatnya masuk ke dalam.
Anwar berpotensi dibebaskan jika peguam-peguamnya fokus dan bersatu hati dalam fakta kes - mereka sendiri bertelagah tentang samada liwat berlaku atau tidak dan hujah mereka menyimpang jauh dari tajuk utama - Rayuan Penghakiman.
Ini bukan Rayuan Perbicaraan.
TERLEPAS PANDANG
gopal sri ram pernah mewakili mahathir hingga akhirnya umno diharamkan dan mahathir dengan bijaksananya menubuhkan umno baru...
gopal sri ram menawarkan diri dua minggu sebelum mahkamah bersidang..anwar terima dengan sedar atau tidak ?
Apa maksudnya (?) Apa khaitan mahathir-gopal-anwar dalam dunia politik yang serba mungkin (?).....
Mahathir tidak betul 100%
Sikap Najib yang terlalu baik, to please everybody sangat ketara..itu tidak boleh dinafikan. Tetapi ia masih menjadi sasaran kerana sikap baik itu tidak dihargai, diambil kesempatan dan disalahgunakan oleh pihak di kelilingnya atau yang paling rapat dengannya dan sudah tentulah Najib perlu bertanggungjawab sebahagian atau sepenuhnya.
Adalah tidak adil Najib mengambil kredit atas segala sesuatu yang baik dan berjaya sahaja tetapi melepaskan tangan bila gagal dan salah..tetapi setakat inipun Najib masih budiman dalam semua perkara kecuali "diam".
Diam itu jika kena pada tempat dan masanya memang cukup baik tetapi jika diam itu menambah mudarat dan keliru terutama kepada negara..fikirkanlah.
Kalau tanya pada setiap rakyat tentang Najib - secara ikhlasnya tanpa rasis, mana ada alasan untuk membenci dan menyalahkannya. Tetapi kalau masih ada yang tutup tv bila najib berucap...someting somewhere is wrong...
Apabila Tun Mahathir menarik balik sokongan kepada Najib itu merupakan isu besar... itu isu dasar...tidak semestinya Mahathir betul 100% dan tentulah tidak juga silap 100% . Mereka yang setaraf pengetahuan seperti Mahathir tentunya lebih memahami....dan inilah yang menjadi tekanan kepada Najib.......Rakyat biasa tidak tahu dan faham, mereka tidak terkesan apa-apapun kecuali terganggu dan marah kalau barang kegunaan harian naik, itupun sekejap sahaja.
Secara jangkapendek faktor ini memberi keyakinan rakyat tidak mempunyai isu untuk menolak kerajaan sekarang.....
Tetapi isu tidak pernah kering...isu tanah rezab Melayu kini sudah mula dipukul canang......
Bagus atau tidaknya kerajaan sekarang bergantung kepada banyak faktor..sebab itulah jangan melenting sangat kalau ada perbezaan pendapat !!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...