Sikap Najib yang terlalu baik, to please everybody sangat ketara..itu tidak boleh dinafikan. Tetapi ia masih menjadi sasaran kerana sikap baik itu tidak dihargai, diambil kesempatan dan disalahgunakan oleh pihak di kelilingnya atau yang paling rapat dengannya dan sudah tentulah Najib perlu bertanggungjawab sebahagian atau sepenuhnya.
Adalah tidak adil Najib mengambil kredit atas segala sesuatu yang baik dan berjaya sahaja tetapi melepaskan tangan bila gagal dan salah..tetapi setakat inipun Najib masih budiman dalam semua perkara kecuali "diam".
Diam itu jika kena pada tempat dan masanya memang cukup baik tetapi jika diam itu menambah mudarat dan keliru terutama kepada negara..fikirkanlah.
Kalau tanya pada setiap rakyat tentang Najib - secara ikhlasnya tanpa rasis, mana ada alasan untuk membenci dan menyalahkannya. Tetapi kalau masih ada yang tutup tv bila najib berucap...someting somewhere is wrong...
Apabila Tun Mahathir menarik balik sokongan kepada Najib itu merupakan isu besar... itu isu dasar...tidak semestinya Mahathir betul 100% dan tentulah tidak juga silap 100% . Mereka yang setaraf pengetahuan seperti Mahathir tentunya lebih memahami....dan inilah yang menjadi tekanan kepada Najib.......Rakyat biasa tidak tahu dan faham, mereka tidak terkesan apa-apapun kecuali terganggu dan marah kalau barang kegunaan harian naik, itupun sekejap sahaja.
Secara jangkapendek faktor ini memberi keyakinan rakyat tidak mempunyai isu untuk menolak kerajaan sekarang.....
Tetapi isu tidak pernah kering...isu tanah rezab Melayu kini sudah mula dipukul canang......
Bagus atau tidaknya kerajaan sekarang bergantung kepada banyak faktor..sebab itulah jangan melenting sangat kalau ada perbezaan pendapat !!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
Ko lagi tak betul 1000%
ReplyDeletebetullah tuh!!!
DeleteLetih la main sentimen begini. Tun mahathir betul 100% ke, najib salah 50% ke atau apa2lah, ia tidak.membawa apa2 makna jika harga barang betul 100% naik. Nombor2 penting ialah berapa % harga barang naik atau turun, bukan berapa % pemimpin tertentu betul atau salah. Pemimpin yg betul ialah pemimpin yg mampu berfikir utk meminimakan % kenaikan harga barang atau menyekatnya sama sekali. Rakyat akan sayang pemimpin yg mampu menjadikan duit rakyat bernilai tinggi...
ReplyDelete