Saturday, February 28, 2015

Melayu bimbang tidak pada tempatnya...

Bimbangkah kita kalau Melayu hari ini tidak bersatu..


Tidak bersatu di bawah panji pemimpin yang liwat
Tidak bersatu di bawah kepimpinan yang korup
Tidak bersatu di bawah kepimpinan ulama politik yang sesat
Tidak bersatu di bawah kepimpinan anak beranak
Tidak bersatu di bawah pemimpin yang kencing rakyat
Tidak bersatu di bawah pemimpin yang tunduk
Tidak bersatu di bawah pemimpin yang banyak kepentingan peribadi


Rugi ke Melayu kalau tolak pemimpin garet umpama pelacur dan jalang
Parah ke Melayu kalau menjauhkan diri dari pemimpin alat dan kuda tunggangan
Rosak kah Melayu Islam kalau tidak mengikut pemimpin yang merubah kiblat
Melayu tidak derhaka kepada pemimpin yang mengkhianati dan hipokrasi

Pemimpin mana, apabila mereka berselisih telah kembali kepada Al Kitab, Al Quran (?)
Solidariti untuk apa (?) al kocek al saku (?)

Bila, kenapa, di mana Melayu perlu bimbang...
Kita perlu bimbang apabila tidak bersatu menentang kemungkaran...
Kita perlu bimbang apabila pakar-pakat sokong dan bodek ke arah kemudaratan..

pEMIMPIN mENCONGAK sOLIDARITI

8hb Mac..Usaha Solidariti dari Ketua-Ketua Bahagian UMNO kepada Najib...

Majlis Perpaduan Melayu
28 Februari...


 

Angin tak ada, ribut tak ada.......memang cuaca panas sekarang ni......boleh goyang  !!!!!

Sejarah menunjukkan apabila "masa" sudah sampai, memberi tanda turun..... Perancangan Allah lebih baik....doa rakyat lebih termakbul.

Solidariti kepada Anwar juga gagal sama sekali....

Pemimpin yang lemah memerlukan solidariti dari segi kosmetik perhimpunan... Pengaruh dan Pangkat sudah tidak mempunyai kuasa..

Pemimpin yang gagah akan terus bersuara walaupun sudah tidak ada jawatan dan kuasa...

Friday, February 27, 2015

Selepas Harakah, NEXT ?


Tahniah dan sokongan penuh ke atas PM dan Najib kerana mengambil tindakan permulaan undang-undang yang  bermaruah dan tegas ke atas Harakah PAS dalam pelaporan ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz’.


‘‘Kita kena saman dan buat permintaan akhbar ini tarik balik apa yang disebut (tulis) kerana dakwaannya adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.

 “Mereka pun tak ada menunjukkan bukti saya salah gunakan kuasa. Jadi saya berhak untuk membela diri saya dan keluarga,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis peletakan batu asas Hospital Pakar Minor Sri Aman di sini hari ini.

Diharap Najib juga mengambil tindakan yang sama ke atas mana-mana pihak dalam isu 1MDB atau isu-isu lain kerana semuanya itu memang sedang merosakkan imejnya selaku individu peribadi, anak Tun Razak, suami Rosmah, PM dan atau Presiden UMNO.

Selain 1MDB, beban keroskan imej yang besar juga sedang berlaku ke atasnya dalam isu altantuya, jet rasmi yang digunakan secara peribadi yang melibatkan keluarganya, pengurusan kehilangan mistri MH370, pemenjaraan Anwar dan pelbagai lain isu. Tindakan permulaan undang-undang yang sama perlu dibuat.

Jika tidak, semua yang diperkatakan adalah benar belaka.

Semua itu tidak berbaloi sekadar mendiamkan diri atau sekadar menafikan.

Jika tidak, semua yang diperkatakan adalah benar belaka.

Thursday, February 26, 2015

1MDB, FGV, UMNO, Petronas, MPRC (Petroleum Resources Corporation), Media Prima, Utusan Melayu semuanya ok...

Pertama sebab aku sudah tidak melanggannya sejak 7 tahun lalu..itu aku, baru sorang..mungkin beberapa orang lain, ratusan dan mungkin ribuan..

Jika yang tidak melanggan adalah mereka yang sokong pembangkang, itu belum jadi kudis tetapi apabila penyokong UMNO sudah tidak hingin beli..itulah puncanya

Kenapa perlu beli..kalau saban masa dan hari, hanya cerita yang dibaguskan tentang seorang dua pemimpin
...kalau aku kata, akar umbi sudah tutup TV bila pemimpin muncul, ada pula balacinya tanya..aku nampak ke..aduh saolan cepu mas tu !!! Dia sendiri tidak peka rupanya... dia pun lebih kurang Utusan Melayu...

Kalau Utusan Melayu sudah kurang pelanggan kerana mata penanya sudah tumpul,
bererti pemimpin dan parti yang ditatangnya juga akan bermasalah...

Kerugiannya mungkin masih boleh ditampung parti yang disokongnya.... tetapi bagaimana undi untuk menang pilihanraya...bolehkah Utusan Melayu memainkan peranan untuk mempengaruhi seperti masa-masa lalu, kali ini sudah agak lambat sebab pelanggannya sudah benar-benar lari...

Untuk tidak rugi, untuk partinya menang cemerlang di pilihanraya, Utusan Melayu tidak perlu burukkan pembangkang yang sudah sememangnya buruk, tidak perlu fitnah...memadai cantikkan semula UMNO, betulkan yang bengkok, sokong kebenaran.... kalau kepala busuk...lambat laut badan, kaki dan ekor turut busuk...

Wednesday, February 25, 2015

Yang perlu bertanding di DUN CEMPAKA kerajaan atau parti ?


1. Yang perlu bertanding di DUN Cempaka Kelantan, parti atau kerajaan ?

2. Apabila Najib umumkan UMNO tidak bertanding di DUN Cempaka kerana beberapa sebab atas kapasiti PM atau Presiden UMNO ?

Itu dua saolan yang perlu dijawab sebenarnya untuk melihat realiti.

Alasan Najib bahawa untuk penumpuan kepada mangsa banjir, sangat lemah - itu bukan kerja parti, itu kerja kerajaan membantu rakyat, kerajaan bermaksud agensi dan jabatan di bawahnya, tanggungjawab Pegawai
Kerajaan..

Yang akan bantu bukan Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan (?) So, di mana katanya UMNO akan memberi tumpuan di situ ?


Apapula alasan jika tidak bertanding di Permatang Pauh kelak (?)

Alasan yang tepat ialah UMNO tiada peluang untuk memang di situ dan untuk tidak membuang masa, tenaga dan wang ringgit adalah wajar UMNO tidak bertanding - itu statement barulah kata"berani".

Bukankah pilihanraya DUN Cempaka sebenarnya satu pentas yang sesuai untuk Kj heret Shafie bagi menelanjangkan Anwar? Kenapa pula tidak mengambil peluang tersebut...

Sekurang-kurang MB Kelantan lebih faham dengan jelas bahawa PAS sebagai sebuah parti sedia bertanding mempertahankan haknya dan tidak menggunakan alasan Kerajaan Negeri Kelantan ingin menumpu kepada pemulihan mangsa banjir.


Plan B Anwar (?)

Perkembangan semasa tidak dapat dielakkan untuk kita menoleh seketika bila Anwar kononnya tanpa restu telah mohon perutusan pengampunan melalui keluarga yang pritahatin.

Analisa meramalkan harapan pengampunan adalah tipis tetapi situasi sebeginilah yang sangat Anwar suka, unsangkarable...lebih dramatik. 

Apakah memenjarakan Anwar hanya satu pra-syarat (?)

Anwar mempertahankan egonya untuk tidak merasa bersalah atas hukuman liwat dan secara peribadi tidak membuat permohonan? Saiful liwat diri sendiri secara paksa? Anwar akan kekal bersih jika diampunkan, terus layak memegang AP, kekal layak sebagai Ketua Pembangkang, layak juga dilantik sebagai TPM sekaligus PM juga bukan satu yang tidak mungkin..
Apapun inilah kejayaan terbaru untuk Anwar berpotensi diampunkan setelah berjaya menghantar isyarat yang jelas kepada lawannya bahawa dia juga mempunyai 'senjata' yang tidak kurang bisanya untuk didedahkan dan jika tidak ditangani dengan betul, jawatan akan melayang.

Anwar harus berterima kasih kepada Mahathir yang memberi tekanan kepada kerajaan yang membolehkan kerjanya lebih mudah samada melalui perancangan bersama, perancangan sendiri, plan A ataupun plan B.

Teori politik sebegini tidak harus dipandang enteng kerana dalam keadaan terdesak dan tersepit, ada pihak yang sanggup lakukan apa sahaja.

Monday, February 23, 2015

Muhyiddin sebagai indikator untuk move seterusnya..

"Orang melihat Muhyiddin sebagai watak utama yang memaksa Pak Lah berundur sebelum 2010 seperti yang dia minta sungguh-sungguh kepada rakan-rakannya dalam Umno dan BN.

"Kalau Muhyiddin boleh halau Pak Lah dari kedudukannya sebagai Perdana Menteri, tidak ada yang boleh menghalang beliau melakukan perkara yang sama kepada Najib dan Najib tentu tahu perkara itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu (Harakah Daily)

Sejarah menunjukkan Muhyiddin seorang Menteri atau bekas Menteri Besar dan kini Timbalan Perdana Menteri yang telah berungsi dengan baik dan memainkan peranan yang berkesan pada masa dan tempat yang betul.

Seseorang seperti Muhyiddin merupakan asset kepada Najib dalam situasi sekarang sepertimana peranan Ghafar Baba yang menjadi asset Mahathir semasa berkrisis dengan Semangat 46...Seperti Ghaffar Baba, Muhyiddin juga tidak punya pasukan kuatnya sendiri dan ini menyelamatkan UMNO dari berombak.

Bagaimanapun sesuatu yang perlu diberi perhatian bahawa Muhyiddin mempunyai sokongan am yang kuat di akar umbi dan hanya perlu digerakan pada masa dan tempat yang sesuai pada isu-isu tertentu.
Isu-isu tertentu itu termasuklah mengembalikan perjuangan UMNO yang berteraskan semula ketuanan Melayu dan Islam yang membawa maksud mana-mana pihak jangan cuba menganggu gugat sewenang-wenangnya.
 
Atas faktor itulah pembangkang kurang berminat untuk mendesak Najib berundur kerana Muhyiddin lebih merbahaya bagi mereka dan bagi ahli umno dan orang Melayu keseluruhannya kini meletakan Muhyiddin sebagai indikator dalam 'move' seterusnya.
Dalam masa yang sama musuh dalam selimut cuba menyingkirkan Muhyiddin secara halus sambil berharap Muhyiddin melakukan kesilapan.

6ANGKA