Monday, February 16, 2009

Ohhh tidak..

Abdullah diberi ucap selamat bersara - Titah Agong.

Abdullah yang pada awalnya 'putih' menjadi 'hitam' dihujungnya..kita cuba Najib di awalnya 'hitam' mungkin 'jadi 'putih' dihujungnya.

Tidak salah mencuba seperti kita mencuba Pakatan untuk memerintah beberapa negeri dan kita sedang menilai mereka.

Tidak salah kita mencuba Najib kerana setiap pintu hadapan ada pintu belakangnya.

sedekah eli..

Kemaskini 8.20pm

Khir Toyo berkata kemungkinan perebutan kuasa dalaman dalam parti itu sendiri adalah antara puncanya - kerja orang dalam !!
...................................................
Tumpang semangkuk - anggaplah itu sedekah eli kepada penyokong dan peminatnya.
Tidak perlu letak jawatan jika itu satu 'privacy' .
Polis perlu siasat siapa boyfriend eli dan mendakwanya jika terlibat dalam pengambilan dan pengedaran gambar tersebut !!

Sunday, February 15, 2009

Fobia

Di dalam UMNO - ada dua nama yang keji - Najib dan Khir Toyo - tidak semulia, hebat, maksum dan sesempurna Anwar - hatta Niz Aziz sendiripun teraba raba dalam berpendirian untuk dilihat setaraf dengan Anwar.

Gara gara UMNO merampas kerajaan negeri Perak sekelip mata - bagai halilintar ia cukup memalukan dan sangat terkecewa.

Sejak peristiwa itu, hari ini dan mungkin hari hari seterusnya apa juga yang UMNO lakukan atau apa apa yang berkaitan dengan pengaruh UMNO seperti SPR, Polis, Sultan dan sebagainya ia cukup mendatangkan pelbagai reaksi, cuak, buruk sangka dan pelbagai versi dan tafsiran bagi puak Pakatantipu Rakyat atau Pakatan Riot.

Setiap gerak langkah UMNO cukup diperhatikan, malahan kalau ada pemimpin UMNO terkentut pun mereka sangka itu bom gas FRU. Bayang bayang UMNO bagai malaikatmaut yang datang menjemput.

Anwar harus menenangkan rakan rakanya dan kembali berkeyakinan bahawa mereka mampu memang di kedua dua pilihanraya kecil sekali lagi, banyakkan slogan untuk rakyat, kebajikan rakyat, perjuangan rakyat...dan ciptalah slogan slogan baru.

Nik Aziz dan Karpal berganding..

Bila ditanya tentang pendirian Karpal ke atas Anwar dan isu kesultanan, Nik Aziz sendiri tidak mampu mentangani dan menangani Karpal lalu berdalih - jangan hirau si tua itu.

Orang kanan Nik Aziz, Husam Musa sendiri tewas dan berlembut dengan orang tua singh itu - perlaksanaan hudud akan dibuat selepas perbincangan dibuat dalam Pakatan Riot.

Menjadi kerajaan dan menang pilihanraya bukan bererti PAS sudah mendekati perjuangan Islam sebenar. Mereka hanyut dan sesat dengan kemaruk kuasa.

Saturday, February 14, 2009

Awas....calon menantu orang Perak..

Durian Perak memang terkenal dengan kelazatannya, kucing tidoq, durian tembaga ...tapi tu dulu laaaa..

Sejak dua menjak ini aku dah berpesan pada pak pak menakan kalau hampa dapat calon menantu orang peghak kena preksa dulu asai usui kot kot terkena waris dan baka penderhaka...

Orang peghak kini lebih terkenai dengan negeri yang ada lebih dua MB, ada bekas MB, ada MB haram dan ada MB halal.

Selain dari itu depa juga ada dua sultan, satu yang pakai tengkolok dan satu lagi yang pakai turban....

Agak agaknya depa bangga kot dapat sultan baru, sultan yang berturban.

Sunday, February 8, 2009

Lompat ke BN - hina

Kemaskini 8.04pm

Daripada penyokong UMNO menghabiskan masa dan tenaga memboooo..karpal sigh adalah lebih baik mereka memasang sepanduk merayu Nizar memohon maaf kepada Sultan dan kembali ke jalan yang jernih. Penyokong PAS pula perlu menggesa Nizar menuntut semula jawatan melalui mahkamah secara sopan dan terhormat atau secara teknikal dan strategi yang sama kembali berkuasa.

Rakyat perlu suasana yang aman dan pertikaian melalui kertas sahaja.

................................

Calon Ketua Pemuda, Mukhriz sarankan PAS Perak sertai UMNO untuk mentadbir negeri. Mungkin dalam hal ini Nizar sesuai dilantik semula sebagai MB dan Dr. Zambri sebagai Timbalan Menteri Besar.

Tetapi kenyataan Nik Aziz mungkin tidak mampu menjadikannya realiti .Nik Aziz sendiripun dah nyanyuk sesat, katanya lompat ke BN - hina tapi kalau lompat ke Pakatan - syurga.

Sebesar manapun ulamak tetapi terlalu politik maka yang subahah pun (seperti krisis di Perak) ulamak tersebut tetap memilih kroninya yang betul. Sepatutnya Nik Aziz memberi tegur nasihat yang membina untuk kebaikan sesama Islam. Kalau UMNO itu puak yang zalim dan jahat - balasan menunggu mereka khususnya di PRU13 nanti.

Tapi agaknya apa komen Nik Aziz kalau YB PAS kompat ke DAP atau PKR - dua kali syurga kot.

Tun Dr. M calon Ketua Baru Pakatan...

Siapakah agaknya yang dimaksudkan oleh Karpal bahawa Pakatan memerlukan pemimpin baru untuk menerajuinya...

Jika mahu dikaitkan dengan Nik Aziz atau Hadi Awang - mana mungkin kerana isu hudud adalah antara isu yang menjadi duri dalam daging Pakatan.

Mungkinkah Karpal merujuk kepda dirinya sendiri...suatu cadangan yang baik tetapi fizikalnya Karpal agak 'leceh' untuk berdemonstrasi yang menjadi budaya DAP atau budaya Lim Eng Guan.

Jika Lim Eng Guan yang dimaksudkan mungkin PAS lebih bersetuju kerana mereka sudahpun menganggap Lim Eng Guan mirip khalifah.

Atau mungkin ada sesiapa yang ingin mencadangkan kepada Karpal supaya Tun Dr Mahathir dicadangkan sebagai Ketua baru Pakatan..

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...