Friday, April 17, 2009

Perlu umum sekarang..


Kemaskini 20/4/09
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/04/the-crooked-bridge.html#comments
Post asal 17/4/09
Johor yang aman damai merupakan kubu kuat UMNO dan setakat ini belum mampu ditembusi virus phd pembangkang kecuali satu dua kerusi.

Jambatan Bengkok mungkin suntikan antibody yang perlu diumum sekarang dan bukannya menunggu semasa keadaaan sudah diluar kawalan.
SINGAPURA 17 April - Kerajaan belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk meneruskan pembinaan jambatan bengkok menyeberangi Selat Johor, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Selepas menyampaikan ucaptama pada penutupan Forum ASEAN dan Asia Kedua di sini hari ini, Muhyiddin ditanya mengenai banyak gesaan terutamanya daripada kalangan ahli politik dan perniagaan Johor, supaya kerajaan menimbang semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan projek jambatan bengkok itu.

pas + umno


Bila ??? ilaB??? liBa??? aliB???
Harapan generasi Islam baru Malaysia..

Wednesday, April 15, 2009

ADUN 10 sen

3 ADUN Terengganu dapat sms 10 sen mendapat simpati 7 ADUN keparat.
Mereka bukan wakil rakyat cap ayam tetapi wakil rakyat cap nate, banyak bercakap - kurang kerja.
Rancangan hebat hebat, nak usul undi tidak percaya pada MB tapi kena ugut sms 10 sen dah masuk selimut, jadi kura kura, nyorok kepala.
Jika MB buat dosa kepada rakyat Terengganu, elok hurai dan jelaskan.
Jika MB Terengganu tak bahagi projek samarata sesama mereka - elok teruskan niat undi tak percaya.
Pokok takkan bergoyang kalau tak ada beruk di atas sana.
Atas kepentingan diri, takut mati - mereka yang dipilih rakyat lari dari tugas.
Atas kepentingan diri, takut miss surru - hadir dewan bila PM suruh mari.
Inikah menu dialog yang dipertontonkan kepada rakyat.
Bila ditanya - Idris kata tak tahu.
Bila ditanya - Md Said kata tak tahu.
Bila ditanya - Idris kata jangan 'paranoid'
Bila ditanya - Md Said kata jangan desperado
Bila ditanya - Idris kata ikut pandai kamulah
Bila ditanya - Md Said kata memang kamu pandai
Begitulah senario dan menu huduh perangai orang Melayu Terengganu khususnya orang UMNO - buat malu company - no wonder kalah pilihanraya kecil Kuala Terengganu sebab bercakaran.
Kesimpulannya, semacam ada satu mastermind didalam UMNO yang sedang mengatur strategi untuk membuat dalaman BN dan UMNO bercelaru sokmo bagi memperlihatkan Najib lebih lemah, hilang pengaruh dan sokongan, hilang fokus kepada ekonomi dan kekucaran politik yang berterusan.
Situasi ini diharap membuatkan Najib gentar mengambil tindakan drastik kepada seseorang atau sekumpulan yang sedang berada di ambang siasatan.
Dalam hal ini ada yang tumpang tui.
( "Adakah anda ingat kami wakil rakyat cap ayam, macam menteri besar (sekarang)?"- Alias Abdullah, Adun Alor Limbat, Terengganu dalam kenyataan menyanggah dakwaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh mendalangi 10 Adun yang memulaukan sidang Dewan kelmarin dulu (Selasa). (Nak baca seterusnya klik tang ni) )

Tuesday, April 14, 2009

Najib kena sekaligus, cepat dan tepat.

Dalam keadaan ekonomi semakin goyah dan politik dalaman UMNO dan BN makin kusut, Najib akan membawa negara ke arah yang lebih tidak menentu terutama ketika keserasian PM dan TPM belum senada.
Dalam hal ini Najib perlu tangani kedua duanya sekaligus, cepat dan tepat. Jawapan politik harus menjadi keutamaan untuk mengawal ekonomi menjadi lebih buruk kerana ia berkait dengan keyakinan pelaburan dan rakyat Malaysia sendiri untuk harus tidak panik atau tiba tiba merudum.

Perpecahan Melayu dan Islam terutama di antara PAS dan UMNO yang menunjangi politik Malaysia harus diselesaikan terlebih dahulu, bukan untuk ego dan kepentingan mereka tetapi untuk rakyat Melayu dan Islam dan paling utama untuk rakyat malaysia.

Kelemahan penyatuan PAS, UMNO dan ketidaktentuan Melayu di PKR diambil kesempatan oleh parti2 komponen BN dan pembangkang yang berteraskan ras masing2 untuk terus bersikap perkauman dan budaya mengugut.

Sudah sampai masanya Najib mengisitiharkan persetujuan dan sekaligus pelawaan lepada PAS untuk duduk bersama dalam situasi menang menang untuk terus mentadbir negara. Muhyiddin yang keliohatan lebih bersih harus diberi peluang lebih baik untuk memsbawa UMNO dan PAS duduk semeja.

Jika ini berlaku:

Sedikit kekecohan di UMNO antara yang tidak bersetuju dan bersetuju dan sebahagian kecilnya akan menyertai PKR.

Kekecohan lebih besar berlaku di dalam PAS dan membahagikan kepada dua kumpulan besar (sekarang pun sudah ujud gerakan seperti itu) dan senarionya PAS akan bergabung dengan UMNO dan sebahagian besar (45%) akan menubuhkan parti Islam baru dan sedikit sangat bersama PKR.

Kekecohan tsunami akan berlaku di dalam Pakatan apabila PAS keluar. Riuhnya seperti di pasar, ada yang kena lelong, ada yang kena rebut, ada yang kena jual, ada yang kena beli - senario akhirnya beberapa orang Wakil Rakyat Parlimen dan DUN akan melompat masuk PAS atau UMNO.


Senario itu lebih baik dari sekarang.

Lim Kit Siang - Timbalan..kalau Karpal menolak.

Ketika Anwar sebok dengan kabinet bayangannya, PAS pula sedang berayun angan menubuhkan kerajaan di PRU13 nanti bersama kekasih hati - DAP.

Nik Aziz yang makin uzur disaran melangkah ke depan bersiapsaga menjadi PM (tidak mungkin) atau lebih sesuai Mursyidul Pakatan ...hehehehehe Lim Kit Siang Timbalan Mursyidul kalau Karpal tak sudi.

Lebih lazat di dunia ini jika PAS bersanding dengan DAP dan tukang kipasnya PKR. ://kickdefella.wordpress.com/2009/04/14/masanya-bagi-nik-aziz-melangkah-ke-hadapan-untuk-rakyat-malaysia/


Walaupun mungkin impian sebahagian untuk menyatu dengan UMNO di era Paklah kini sudah goyah kerana Najib dilihat kurang berminat, maka golongan ini akan terus terpinggir di Muktamar PAS nanti dan kelak menjadi duri dalam daging. Bermulalah PAS dengan era retak menanti belah apabila kuasa hampir ke genggaman.


Islam tanpa Melayu atau bersama Melayu tetap rugi di persada politik sekarang.




Muhyiddin kena serang..



Muhyiddin Timbalan Presiden UMNO diserang bertubu tubi dalam kenyataannya berkaitan isu kaum China dan India yang tidak kenang budi di pilihanraya kecil - di mana UMNO dan Melayu untuk mempertahankan Muhyiddin, di mana Pemuda UMNO yang setiakawan. http://anwaribrahimblog.com/2009/04/14/cina-india-bukan-peminta-sedekah/

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...