Sunday, May 10, 2009

Rempit di dewan mulia..

Masalah mat rempit pun,
Najib dan Hisham tak mampu selesaikan...1Malaysia masih jauh !
Rakyat masih di kelilingi ketakutan jenayah..

Kini Nizar dan konco2nya pula berempit di dewan yang mulia...

Terima kaseyyyyyyyyy...







Saturday, May 9, 2009

Monday, May 4, 2009

PAS kalut cari peneraju!

Apakah Hadi Awang tidak cukup ulamak dan tidak cukup profesional untuk digantikan dengan yang lebih ulamak dan lebih profesional - siapa dia yang layak di kalangan PAS?

“Jawatan nombor satu dan dua ini mesti patuh kepada Islam. Yang penting beriman dan takwa kepada Allah.” - Nik Aziz.

"Dengan terbentuknya Majlis Syura Ulama, maka kedua-dua jawatan tersebut (Presiden dan Timbalan Presiden) terbuka kepada mana-mana pimpinan Pas, sama ada ulama atau profesional, untuk menyandang tanpa kekhuatiran tersebut (tersasar daripada perjuangan)," - Khalid Samad.

"Saya sekarang berpuasa. Saya bernazar supaya tidak bercakap-cakap untuk beberapa masa kerana lebih banyak dibincangkan dalam akhbar, lagi menimbulkan keresahan pada ahli-ahli Pas." - Husam

"Saya merupakan pengasas kepimpinan ulama bersama-sama Datuk Mustafa Ali, Subky Latif dan Datuk Wan Mutalib Embong sewaktu zaman Pemuda.
"Saya tidak akan berkompromi, sama ada anda bersama saya atau menentang saya," - Mat Sabu

Sunday, May 3, 2009

Thursday, April 30, 2009

Veteran UMNO nak jadi sayap..

Tan Seri Ahmad Rithaudin nak mansuh sayap, vateran UMNO pula minta sayap?
(Utusan Malaysia 30/4/2009)Veteran UMNO mahu status sayapKUALA LUMPUR 29 April - Kelab Veteran UMNO yang bermesyuarat hari ini memutuskan untuk memohon status sayap seperti diberikan kepada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

.....................................................................................

Sikap ayah dan ibu memang macam tu, selalu bimbang pada keputusan dan pilihan anak2, walaupun anak2 dah cukup panjang lebar, takut terjun ke parit.
Hasrat Veteran UMNO wajar dihargai cuma kurang sesuai berperanan sebagai sayap sebaliknya memadai sebagai kelab penyokong atau dirujuk (saikologi) dalam beberapa hal untuk mengambil hati mereka.
Menuduh dan prasangka secara keterlaluan hasrat mereka itu tidak menyelesaikan masalah, perabot antik kalau di letakkan di satu sudut di ruang tamu akan menyerikan lagi suasana tetapi jika diletakkan di ruang dapor atau dekat setor tentulah akan menjadi rendah nilainya.
Kita di ajar berbudi bahasa pada mereka yang berjasa.

Wednesday, April 29, 2009

Anwar makin cemas..1Malaysia Najib.

http://anwaribrahimblog.com/2009/04/30/1malaysia-sekadar-kosmetik-dan-laungan-retorik/
1Malaysia: Sekadar Kosmetik dan Lunak Retorik!
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Anwar
“Kita Anak Malaysia, Satu Malaysia”
………
Laungan di atas cukup melunakkan satelah Pakatan Rakyat difitnah sebagai alat Cina!
Satelah didapati dukungan Cina dan India terhadap Umno-BN merosot parah, maka dikumandangkan semula slogan satu Malaysia.
Alahai mirip “Malaysian Malaysia” yang dituntut DAP sekian lama tetapi diserang Umno sebagai perkauman Cina. Akhirnya pimpinan Umno sekonyong-konyong melutut kapada tuntutan perkauman.
Namun jika ditinjau mendalam, apa yang diamalkan adalah sekadar kosmetik, atau botox yang menggantikan bedak sejuk dan celak. Kelonggaran dan liberalisasi adalah untuk menawan hati pengusaha kaya Cina asalkan tidak menjejaskan kepentingan projek, kontrak dan habuan kroni mereka.
Ini berbeda dengan gagasan kita merangka Agenda Ekonomi Malaysia yang menjurus kapada kepentingan rakyat terbanyak, termasuk kaum majoriti Melayu-Bumiputera terpinggir dan miskin atau Cina dan India lainnya.
Dan isu lebih mendesak dari sudut prosedur tender, ketelusan, mengelak amalan boros, rasuah dan pembaziran tidak ditangani.
Demikian slogan ampuh. Bagaimana pula dengan pengamalan “Satu Malaysia”? Lihat saja mesej perkauman dan asabiyah sempit dalam kursus BTN!
Di media umum dibicara perpaduan satu Malaysia. Tetapi dalam kursus diracuni fahaman Melayu terjerat akibat gelojoh Cina dan muslihat serta khianat Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz. Bukankah munafik namanya?
Lagi pun tujuan mereka adalah untuk menyalahkan kalangan lain dan bukannya penjenayah dan perasuah besar yang menyebabkan Melayu hidup merempat satelah diperintah Umno selama satengah abad.
Disebalik tabir, dalam gelap dan berselindung mereka menyerang tetapi bacul manakala berdepan!
ANWAR IBRAHIM
..........................................................................................................

Satu cubaan Anwar Ibrahim yang terdesak dan sedikit cemas ialah samatarafkan dirinya dengan Nik Aziz untuk mendapat simpati ahli PAS.

Lebih kalut lagi, beberapa cadangan pembaharuan ekonomi semasa memungkinkan kaum India dan Cina kembali beralih menyokong BN.

Anwar makin kekurangan peluru...

BILA DUIT NAK MASUK

*Bila Duit Nak Masuk ?*  Saya berkongsi diatas beberapa perkembangan terkini QM . InsyaAllah payment akan dibayar . Ada 3 kemungkinan bila p...