Friday, August 26, 2011

Pembangkang makin nazak, terdesak tahap gaban..

Dikutip dari http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2011/08/best-la-datuk-seri-najib-razak.html

Sapa cakap Najib tak Islamik..? Tengok tu.... awal-awal lagi dia dah bayar zakat. Duit zakar tu zakat tu hasil titik peluh Najib sendiri tau...





Sampai ke tahap tu mereka cuba rosakan nama dan reputasi Najib dengan fitnah dajjal remeh mencerminkan busuk hati, terdesak dan nazaknya pembangkang.

Mereka sudah hilang pertimbangan kerana berserabut dengan kebajikan gereja hingga membuang Islam.

Kesiaannnn sungguh.



Panas: Siapa naib Presiden UMNO yang akan keluar parti...

Ratusan ribu dan mungkin mencecah jutaan ahli UMNO termasuk sebahagian besar Ahli Majlis Kerja Tertinggi akan turut keluar jika Naib Presiden UMNO yang cukup wibawa ini membuat keputusan keluar dari UMNO.

Antara sebab yang dikatakan punca ialah kerana kekecewaannya  ke atas sikap seorang dua ahli UMNO yang menyokong PERKASA ??

Walaupun vokal, nyata songsang, ala pembangkang, dia selalunya bersendirian, juga diperkatakan tidak akan dicalon semula sebagai MP.

Adalah wajar UMNO sekurang kurangnya Puteri membuat rombongan untuk memujuk beliau supaya tidak berbuat demikian di saat UMNO sudah kehilangan pengaruh.

Adakah wajar UMNO kehilangannya atau terus membiarkan dia menjadi gunting dalam lipatan.

Ulama bila nak bersatu??? Harrussani???

Copy and paste..besarkan, sebarkan, ingatkan, sedarkan...jangan jemu, biarpun beribu kali kerana mesejnya jelas kepada SEMUA pemimpin Melayu dan Islam yang GAGAL....

Golongan ulama juga tidak bersatu dan makin bercelaru dengan pandangan dan fatwa kepentingan diri.... apa pula saranan dan peranan Harrussani???


Harussani: Saya hanya nasihat Najib, tak dipengaruhi sesiapa



August 25, 2011
KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan beliau hanya memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menyatukan kembali orang Melayu dan langkahnya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk dari dalam Umno sendiri.
Mufti Perak ini berkata, teguran terhadap pentadbiran Najib berhubung perpecahan orang Melayu dibuat berdasarkan realiti dan persekitaran politik semasa.
“Saya hanya beri nasihat kepada Najib supaya perbetulkan semula perkara ini, sebab perpecahan Melayu memang berlaku sekarang.
“Kita mesti pertahankan bangsa kita dan Najib perlu cari jalan untuk satukan semula orang Melayu,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beberapa blog pro-Najib dan mesej-mesej menerusi Twitter mempersoalkan kenyataan terbuka beliau semalam. Ada yang mendakwa kenyataan beliau itu seolah-olah cenderung dan memihak kepada timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam komennya kepada The Malaysian Insider hari ini, Harussani (gambar) juga mengakui ada menerima teguran dan kritikan mengenai kenyataannya itu.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan pihak yang membuat teguran.
Apabila ditanya sama ada kenyataan beliau ada kaitan dengan Umno atau memihak Muhyiddin, Harussani berkata: “Itulah bila saya bercakap, orang hentam saya.”
“Perpecahan Melayu memang berlaku, anda sendiri boleh tengok sendiri. Saya tidak akan berhenti daripada memberikan nasihat kepada sesiapa termasuk perdana menteri, apa yang perlu saya akan sampaikan,” katanya.
Justeru jelas Harussani, beliau kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang bertindak menghentam apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak menyokong kerajaan.
Semalam dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti, Harussani berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.
Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.
Ditanya kembali mengenai pendedahan itu, Harussani berkata perpecahan Melayu berlaku disebabkan tiga faktor itu.
“Najib tanya kepada saya mengapa jadi macam ini (perpecahan Melayu), saya kata ia berlaku sebab kerajaan sekarang cukup lemah, tidak amanah dan rasuah.
“Sebab itu saya minta Najib perbetulkan, cari jalan... bukan hanya Najib, kerajaan dan rakyat juga perlu cari jalan untuk bersatu,” katanya.
Justeru beliau meminta Najib supaya mencari jalan untuk menyatukan semula perpaduan orang Melayu yang semakin parah.
Tegas Harussani, perpecahan Melayu yang berlaku sejak sekian lama berpunca dari pentadbiran negara yang lemah selain terlalu banyak penyelewengan yang berlaku.
Justeru beliau menasihatkan Presiden Umno itu agar melaksanakan pentadbiran negara mengikut Perlembagaan Persekutuan.
“Kerajaan jadi lemah kerana tak jaga Perlembagaan Persekutuan dengan betul, kalau jaga insya-Allah rakyat akan jadi kuat.
“Kerajaan yang lemah, tidak jujur berlaku sebab tidak ikut Perlembagaan dan rasuah itu kita tak perlu sebutlah, dari dulu heboh orang kata... perlembagaan ada tapi kerajaan tak laksanakan dengan betul,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Kata beliau, sekiranya pentadbiran Najib melaksanakan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan orang Melayu akan kembali bersatu.
“Kalau ikut Perlembagaan, orang Melayu tidak akan berpecah, keistimewaan Perlembagaan perlu dijaga.
“Jadi Najib kena fikirkan jalan untuk satukan semula orang Melayu, kalau orang India, orang Cina boleh bersatu, mengapa tidak orang Melayu,” katanya.
Sebelum ini isu perpecahan Melayu acap kali dibangkitkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali.

Apakah amalan MAS, Air Asia sama seperti Garuda..

Garuda nafi periksa payu dara calon pramugari

25/08/2011 2:55pm

JAKARTA 25 Ogos — Garuda Indonesia menafikan dakwaan seorang wanita Korea Selatan yang memohon jawatan pramugari kononnya doktor lelaki memeriksa payu dara semua calon bagi mengesan jika terdapat sebarang implan.
Setiausaha korporat syarikat penerbangan itu, Pujobroto, berkata pemeriksaan kesihatan rutin yang merupakan sebahagian daripada proses pengambilan petugas baru tidak melibatkan pemeriksaan payu dara.
Wanita Korea Selatan itu dilaporkan berkata ramai calon yang memohon 18 jawatan pramugari Garuda Indonesia, dikehendaki menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, bagi membolehkan doktor, yang merupakan seorang lelaki, mengesan sama ada terdapat sebarang implan ataupun tatu.
Seorang pegawai Garuda dipetik oleh agensi berita Korea, Yonhap, sebagai berkata bahawa pemeriksaan menggunakan tangan dilakukan kerana implan boleh menimbulkan masalah kepada kesihatan jika tekanan udara rendah semasa penerbangan.
Pegawai itu juga dilaporkan berkata bahawa anak kapal dilarang mempunyai tatu, dan larangan ini juga terpakai kepada rakyat asing yang berkhidmat dengan Garuda. - Bernama

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...