Monday, October 15, 2012

anwar dapat satu lagi political mileage..

penarikan balik kes saman fitnah musa hassan ke atas anwar adalah sesuatu yg menarik dan signifikan.

lebih menarik kalau musa hassan sertai pembangkang untuk mendedahkan lagi beberapa perkara yg mungkin tersimpan sekian lama, apa tu?

semua ini ada kemungkinan atas faktor musa tidak dilayan secara adil semasa dan selepas dia menjadi ketua polis negara

bukan cerita kosong apabila dia tidak dilanjutkan untuk terus memegang jawatan kpn walaupunnampak masih mampu malah  lebih terampil dari kpn sekarang dan bukan sesuatu yg asing bila musa pernah menyergah beberapa kenyataan pdrm terhadap statistik jenayah dan bukan sesuatu yg pelik umum ketahui menteri kdn tidak sebulu dengan kpn, musa pada masa itu

jika benar musa sertai pembangkang, pasti kita akan lihat bagaimana musa akan di agung2kan

itulah politik

ATM pun tak amanah...

pagi semalam saya buat transfer antara bank melalui mesin atm rhb...menggunakan kad debit rhb, untuk transfer ke akaun simpanan maybank dengan jumlah rm1k, rm2k dan rm2k...semuanya beresit dengan nota accepted atau success dng baki yg betul selepas ditolak pemindahan tersebut.

pagi ini apabila saya semak semula di akaun maybank, pemindahan 1k itu tidak ada. saya telah hubungi centre card untuk membuat aduan dan setakat ini tidak ada jawapan rasmi

oleh itu anda di luar sana perlu berhati hati

Sunday, October 14, 2012

Ilmu Politik Baru-Makan Keliling

Berilmu dan bijak makan keliling..

"Saya bukan sokong Soros atau Suaram. Saya tak membela Soros atau Suaram. Saya cuma menyatakan pendapat dari perspektif politik baru iaitu politik yang berasaskan ilmu dan kebijaksanaan."



Kalau Najib rasa dia calon yang boleh menang-calonkan semula.
Jika tidak-tendang dia jauh2.

Ilmu dan bijak tetapi tiada amalan, kosong juga.
Setakat pandai cakap - Mana dia 'perlaksanaan' atau idea baru yang telah dipamer dan diterapkan sebagai Timbalan Menteri ?

Apa salahnya kita hormati pendirian Nik Aziz..

PAS memerlukan DAP untuk 'yam seng
kuasa di PRU13 dan kemudian   'memujuk' untuk hudud dilaksanakan.
Apakah sekadar memperjuangkan  'hudud' PAS sudah dilabelkan Parti Islam 

Sedangkan UMNO sudah laksanakan Perbankan Islam dan Insuran Takaful demi menyelamatkan umat Islam terjebak dalam 'riba'.

rasionalnya kalau politik malaysia sudah lama menerima kerjasama umno/mca/mic kenapa perlu ada pertentangan hebat pas/dap/pkr?



Wednesday, October 10, 2012

AES JPJ batal jika pembangkang ambil alih...

perlaksanaan AES jpj akan dibatalkan oleh pembangkang jika putrajaya dapat ditawan malah semua saman sebelum ini akan dimansuhkan bagi meringankan bebanan rakyat.

satu sistem saman baru akan kembali kepada cara lama sehingga satu jawatankuasa baru dilantik di kalangan persatuan pengguna untuk mengkaji perturan baru yg lebih adil

apakah najib hanya akan bertindak selepas pengumuman sedemikian dibuat oleh pembangkang ??????

kalau teruskan - rakyat akan tanggung beban kewangan
batalkan - kerajaan kena bayar pampasan pd sykt terbabit - wang rakyat juga yg digunaka.


jawapan2 geliga menteri2 pas

kenyataan nasha tidak ada kaitan dengan pas - salahuddin dan khalid

karpal saman nasha itu tanggung sendiri, pas tak campur tangan - khalid

jangan kaitkan anwar (pelancaran buku) dengan pas - harun taib

karpal org tua sebab tu tak setuju hudud - nik ajih

budget 2013 najib tak cukup taqwa - nik ajih

antara jawapan2 geliga lepas tangan peminpin pas dalam tangani isu semasa

dan jawapan paling standard, popular dan mudah ialah - ini kerja jahat umno

KITA SIMPATI TERHADAP TAHAP MINDA RENDAH YG MEREKA MILIKI DAN TIDAK HAIRANLAH MEREKA SELALU KENA BUlI DNG DAP DAN PKR

Monday, October 8, 2012

3 faktor buat pakatan haram rasa nak berak terkencing...

dan tak yakin mampu menawan putrajaya. mati hidup balik pun pakatan sebenarnya sudah tahu nasib mereka di pru13

dap hanya fokus mahu kekal kuasa di pp, itupun dan cukup baik

pok nik berharap sangat tidak turun mb dng kekalahan yg memalukan, biarlah pas menang kali ini walaupun kemenangan terakhir, pok nik nak lepaskan jawatan dng pengganti pilihan

mb selangor khalid sudah bersedia dengan bas mewah, tanker malah berpuluh lori kalau2 perlu berpindah di ambang malam pengumuman pru13

anwar sendiri sudah umumkan akan jadi pensyarah jemputan paksaan d luar negara tetapi tidak pula sebut di negara mana. tentulah pilihannya kelak di negara yg banyak boleh dari tidak boleh. tetapi adalah mustahil untuk anwar berhenti cita cita peribadi politiknya dari luar negara

azmin ada harapan untuk kembali kepangkuan ibu menjadi anak yang baik !

nurul izzah kembali jadi suri rumahtangga sepenuhmasa.

lain-lain serpihan pemimpin melayu pembangkang kembali kepangkuan umno dengan seribu cerita penyesalan tetapi dengan syarat ada dle imbuhan sedikit sebanyak utk terus survive.

jadi apakah 3 faktor itu yg sangat2 tidak disenangi pembangkang?

kalau kita rajin menilai tulisan aspanalias dan sakmongkol, jawapannya ada di situ, untuk menjatuhkan melayu mesti datangnya dari melayu juga,tulisan mereka hanya fokus kepada dua individu dan yg lain2 hanya sampingan.

sakmongkol seolah kenal najib luar dalam, mcm pernah jadi kuku dng isi, mcm kalau tutup mata dia boleh hidu mana satu kentut najib mana satu bukan, begitulah hebatnya sakmongkol kenal najib.

seorang lagi yg kalau tak sebut handal dan hebat tentulah bukan aspan alias namanya, fokusnya pada mahathir, siang malam mimpi pun mahathir, entah apa marahnya, dendamnya, kecewanya pun tak tahulah...tapi firasatnya, bacaannya terhadap mahathir sangat detail, kalau hingus mahathir dia boleh kunyah dan buat analisa...begitulah hebatmahanya dia..

Terbaru apabila mahathir cipta slogan baru..undi pembangkang undi soros..telah meranapkan lagi harapan pembangkang, mereka boleh nafikan tetapi slogan mahathir umpama rejaman smash Lee Chong Wei.

dan yg ketiga...bagi satu kejutan, janji ditepati kerajaan sekarang adalah faktor ketiga dan menjadi tamparan hebat kepada pembangkang, bukan kerana banyaknya apa yang najib bagi pada rakyat tetapi kerana banyaknya janji pembangkang sebelum menang di pru12 tidak mereka tunaikan. Perbandingan ini membuatkan rakyat dapat menilai dengan lebih tepat dan jani-janji pembangkang untuk pru13 sudah tidak ada nilainya dan amat diragui.

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...