Monday, February 18, 2013

majlis syura jadi kuasa 3rd class

sebahagian rakyat tak sabar nak benamkan pembangkang dan tunjuk jalan ke liang lahat dan sebahagian lagi rakyat nak sangat kerajaan sekarang digantikan....cuma tak jelas apa sangat mereka nak ganti, sesuatu yg lebih baik dari segi aa?

adil? apa nilai adil yg mereka maksudkan...kebebasan mengaut kekayaan? kebebasan mengembangkan ugama? kebebasan kahwin sejenis? - itu tak pernah kerajaan bn buat dan mungkin itulah yg mereka nak buat sebagai ganti?

majlis syura pas kelak jadi kuasa kelas tiga, terpakai untuk grassroot..tidak terkesan kepada pemimpin pas kerana mereka hanya patuh pada pm?

dan terbaru ada beberapa saranan ' undi pas sebagai haram ' tentunya membawa maksud undi dap dan pkr membawa ke neraka jahanam?

jika benar majlis syura adalah kuasa tertinggi, kenapa nik aziz dan hadi  tidak dipecat kerana mendahului dan membelakangi majlis syura dalam isu kalimah Allah sepertimana hassan ali dan nasha dipecat dengan alasan yg lebih keil.

jika benar majlis syura kuasa tertinggi, kenapa sekadar kecam karpal, kenapa tidak keluar shj dari pakatan haram?

Thursday, January 31, 2013

samseng warning anggota polis

beberapa hari yg lalu semasa menonton tv3...dalam serbuan pdrm ke kelab hiburan yg mengujudkan pelacuran terdiri dari rakyat cina...beberapa pelanggan terdiri dua lelaki cina tempatan terpaksa digari kerana cuba melawan, cuba bertindak kasar dan umumnya cuba menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas...

tetapi yg menariknya, dlm ungkapan bahasa inggeris...lebih kurang maksudnya, sambil menjerit..dia mengingatkan anggota pdrm bahawa nasib mereka akan 'berubah' selepas pru nanti, dalam lain perkataan anggota pdrm yg menjalankan tugas berkenaan akan 'diajar' jika pembangkang menang kelak, sungguh yakin mangkuk hayun itu memberi warning kpd anggota pdrm yg tidak melayan kerenah tongong bengong...

begitulah agaknya mentaliti yg terajar dan disematkan oleh pembangkang untuk rakyat termasuk yg melanggar undang2 supaya terus membenci pdrm dan kerajaan yg menjalankan tugas negara...

akan lahirlah samseng hasil kacukan pas + pkr + dap

Monday, January 28, 2013

nik aziz lebih berani dari najib...

dalam ketika najib membuat lawatan berani ke gaza untuk dibanggakan rakyat yg masih sokong bn, nik aziz jauh lebih berani dan bijak dari najib, apabila berjaya menembusi hingga ke rumah karpal untuk bersalam mesra tanda masih kasih dan setia - adalah satu kebodohan kalau ahli pas tak bangga dng tindakan kamikaze nik aziz.

antara israel dan karpal - tentulah karpal lebih merbahaya.
antara najib dan nik aziz - tentulah nik aziz lebih berani
antara umno dan pas - tentulah pas lebih .... ?

Friday, January 25, 2013

Najib Tak tunduk Kepada Kapitalis..

PETALING JAYA 25 Jan: Duta Kesatuan Eropah, Luc Vandebon menyatakan kesediaan blok ekonomi itu untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat sekiranya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

“Sudah tentu. Seperti awal dulu, kami sudah bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana kerajaan yang dipilih secara demokratik,” tegas beliau kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan rasa kurang senang dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang berlengah dalam rundingan FTA (Perjanjian Perdagangan Bebas) dengan Malaysia, sejak 2010.


“Sepatutnya tidak ada isu (sebab) untuk ia dilengahkan. Mengikut tempoh masa, seawalnya dalam tempoh dua tahun. Kami merasa sangat kurang gembira.

“Rundingan kebiasaannya mengambil dua tahun. Ini disebabkan rundingan kompleks dibandingkan dengan negara yang lebih mesra di rantau ini atau di rantau lain.

“Kami berharap dapat melanjutkan rundingan dalam masa terdekat. Kami akan meneruskan perkara yang membawa manfaat, kerana Malaysia ialah rakan FTA dengan Kesatuan Eropah,” katanya

Beliau terdahulu bersama delegasi mengadakan mesyuarat bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua dan Biro Perdagangan, Wong Chen.

Anwar berkata, antara perkara dibincangkan termasuk sokongan EU terhadap integrasi ASEAN yang positif dalam pembinaan blok EU-ASEAN-FTA.

“Malaysia ialah negara dagang dan memerlukan tindakan efektif untuk dilaksana bagi meningkatkan perdagangan.

“Falsafah kami berhubung perkara ini adalah mengangkat prinsip keadilan dalam perdagangan bebas dan persaingan sama rata,” kata Anwar.


PERHATIKAN: Bagaimana Najib mengutamakan kepentingan rakyat dan ekonomi Malaysia daripada memenuhi cita-cita sesetengah pihak.

Dan demi sokongan dan kuasa, sesetengah pihak pula akan tunduk kepada desakan satu kuasa luar.

Undi luar penentu pas dan umno di kelantan.

Sehari di Kelantan: 25hb Januari 2013

Kajian dalaman menunjukkan UMNO mampu menang tipis di Kelantan jika berdasarkan undi yang menetap di Kelantan tetapi menjadi tidak menentu bagi kedua dua pihak (pas dan umno) dengan undi luar yang akan balik mengundi dan sejumklah pengundi pertama yang pertama kali akan mengundi kali ini.

UMNO lebih terbuka kepada ancaman dari dalam akibat kedegilan beberapa pemimpin lama yang masih mahu bertanding, mereka terus melobi di peringkat atasan tetapi malas turun padang, kalau ada pun, hanya kebelakangan ini, tidak mulakan dari dahulu lagi.

Ramai tokoh muda UMNO Kelantan mahukan lebih banyak kepimpinan muda yang kuat bekerja diberi peluang sebagai calon untuk PRU13 kali ini.

Isu-isu di saat akhir mampu mempengaruhi corak undian.


Monday, January 21, 2013

Ku Li - siapa yang boleh baca fikirannya...

Apa perjuangannya terhadap Melayu dan Islam? P****** dan penyokong Ku Li tolong jawab...
( saolan yang tiba-tiba menerjah akal ku bila terfikir 'tokoh' (?) ini...)
Apa agaknya pendekatan Ku Li dalam menghadapi Anwar... Kita dah tahu cara dan pendekatan Mahathir, Paklah dan Najib..

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...