Friday, August 16, 2013

mukhriz dalam bahaya

keazaman mukhriz sebagai menteri besar untuk tidak membenarkan keluarga mendapat projek dan perniagaan kerajaan negeri dilihat seperti janji manis atau kata2 biasa mana2 pemimpin politik yg sedang berkuasa. hairan pula apabila sprm mengambil serius dan memuji keazaman itu, adakah kerana ianya keluar dari mulut mukhriz dan bukannya dari mulut kj ? !

bukankah keazaman mukhriz itu satu sindiran pedas kpd ketua menteri pulau pinang?
bukankah keazaman mukhriz itu petanda amalan kroni berleluasa di negeri yg dikuasai bn hingga perlu mukhriz mengistiharkan keazaman berasingan?

apakah sprm bersetuju di negeri lain amalan kroni kpd keluarga sedang berlaku sehingga perlu memuji mukhriz? bagaimana di peringkat pusat? di jabatan perdana menteri itu sendiri?

dan sudah tentu mukhriz tidak akan melantik anaknya sendiri sebagai 'pegawai khas' di pejabat menteri besar seperti apa yg dilakukan oleh nazri, menteri kabinet kesayangan najib!

bukankah azam mukhriz itu sesuatu yg menempelak rakan sejawatnya? membayangkan juga pemimpin pas terdahulu spt azizan dan nik aziz juga tidak telus!

azam sebegitu sangat merbahaya di dalam politik malaysia. anwar ibrahim sendiri tidak mampu berazam spt itu !!!!

Thursday, August 15, 2013

pengaman pbb - idea geliga kepala hotak lge

aku setuju sangat2 dengan lim guan eng supaya menjemput pasukan pengaman pbb untuk membantu pdrm dan atm malaysia menghapuskan ahli penjenayah yg mencecah 300 ribu orang. alang2 dah datang elok pantau dan musnahkan sekali talibarut dan sakibaki komunis yg berada di new village dan bandar2 besar, musnahkan juga pendatang haram, pelacur2 dari negara cina dan bapa2 ayam dari malaysia. kepakaran pbb juga boleh digunakan untuk menggeledah dan mendedakan cybertrooper2 spt redbean.

untuk membuktikan cadangan dap itu adalah yg terbaik, genius sewajarnya dap mulakan dulu dng menjemput pengaman pbb, wakil kerajaan australia, cia, fbi dan pemerhati2 dunia dalam pemilihan semula cec-nya.

amacam!

# akû terkejut beruk bila mengetahui akhirnya sebuah parti yg besar kepala spt dap terpaksa melutut dan akur dng ros - ingatkan tera sangat !!!!

dan aku nak berpesan kpd dunia, pesan orang tua melayu dulu untuk ingatan anak cucu - cina kalau tak tipu bukan cina namanya.

ada lagi ke org nak masuk umno...

menjelang dan semasa pilihanraya media perdana tak cukup ruang saban masa menyiarkan berita kemasukan beramai-ramai, setaman, secabang, sekampung terutama ahli pembangkang yg menyertai umno.


selepas pilihanraya, keghairahan itu menyepi???? apa yg tak kena?

tidak pula kpd pas...kemasukan keahlian pas dilihat tidak bermusim, tak ada angin pun pokok bergoyang !!!!
terbaharu bekas lagenda  pemain bolasepak kebangsaan dan beberapa rakannya, abdullah ali, juga bekas eksekutif petronas menyerahkan borang keahlian pas seumur hidup kpd nik aziz dalam satu majlis di kota bharu.

abdulah ali dan rakan2 nya bukanlah orang yg sangat berpengaruh tetapi kemasukannya ke dalam pas bukan pada musim pilihanraya atau musim2 berkepentingan sekadar menunjukkan pas masih laku, umno ada?

dengar apa pula alasannya memilih pas?

rasuh dan ketidakadilan di dalam umno?


Wednesday, August 14, 2013

najib mampu tangani mahathir

jika ada sesiapa masih percaya mahathir mempunyai pengaruh yg masih besar ke atas pemimpin dan ahli umno sekang adalah wajar tanggapan itu disederhanakan. dalam usia 80n dan dengan pergerakan terhad sewajarnya mahathir berehat dan tinggalkan sepakterajang politik yg semakin kotor

selain dar faktor di atas, najib sendiri sudah cukup bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dari mahathir yg sedikit banyak sudah mula mempertikaikan beberapa keptusan politik atau pentadbirannya yg senada dng perkasa.

melantik kj sebagai menteri adalah petanda jelas najib mencabar mahathir walaupun dlm masa yg sama melantik mukhriz sebagai mb kedah. tiada perlantikan untuk ali rustam mengisi apa2 jawatan kabinet juga jelas najib ingin mengurangkan pengaruh mana2 pihak yg mungkin cenderung menyokong muhyiddin. perlantikan zahid hamidi sebagai menteri dalam negeri juga memberi isyarat bahawa sesiapa yg berani 'melanggarnya' perlu terlebih dahulu berhadapan dengan zahid sebagai calon timbalan presiden yg paling sesuai dan gandingan terbaiknya - sebab itulah muhyiddin dan ku li terus menikus.

tidak cukup dengan itu, beberapa strategi di susun untuk membalun mahathir supaya sedikit sebanyak kewibawaan mahathir terjejas. buku 'awakening' paklah ada potensi kemungkinan 'lontar batu sembunyi tangan' sebagai medan ujian dan apabila didapati banyak kelemahan dan ulasan2 ganas yg menghentam paklah - pengedaran buku itu ditangguhkan dengan alasan dangkal dan bodoh, sekaligus menampakkan pro mahathir masih ada walaupun tidak membimbangkan.

desas desus anwar akan dibawa masuk ke dalam umno adalah kemuncak permainan politik menjelang pau dengan alasan penyatuan melayu tetapi hakikatnya mengukuhkan najib dari disentuh oleh mana2 pihak.

mahathir sudah kehabisan peluru...

Tuesday, August 13, 2013

ini acuan najib


ada dua perkara, bagi aku fakta


majoriti apa yg sedang berlaku di negara adalah acuan najib, itu yg dia mahu dan dia suka dan ini juga apa yg pembangkang suka.
contoh - pembubaran beberapa akta keselamatan tanpa alternatif yg sama kuat telah
mendedahkan rakyat kpd bahaya jenayah dan bahaya tidak hormat dan takut pd undang2 semakin berleluasa termasuk kes penginaan ugama dan bangsa.


bagi org melayu yg menaruh harapan kpd umno, mereka sedang mempertahankan najib dan bersetuju dengan acuan dan halatuju najib sekarang, turut setuju dng najib ialah muhyiddin dan majoriti pemimpin umno yg mempertahankan najib sebagai yg berada di landasan yg betul. mahathir turut sokong walaupun mungkin tidak sepenuhnya - tidak ada bantahan keras spt mana di era paklah - mungkin takut menepuk dulang !!
bagi segelintir kecil ahli umno termasuk blogger jalanan - umno sudah tidak boleh diselamatkan, sedang bergerak laju menjunam...
yang betul - tentulah majoriti

Sunday, August 11, 2013

najib dedahkan rakyat kpd bahaya-zahid hamid

apapun rentetan alasan yg diberi oleh zahid kesimpulannya tetap kpd najib yg mengambil langkah mendahului kepentingan nasional, akal pendek, gelojoh membubarkan beberapa akta melibatkan keselamatan tanpa alternatif yg lebih lengkap. akibatnya kini rakyat
keseluruhan terdedah kpd jenayah terancang atau kesan sampingan.

rakyat dng bantuan ngo wajar membuat dan mengambil tindakan termasuk keluarga khususnya yg terbunuh adalah 'saksi mahkamah kes jenayah' mengambil tindakan menyaman pdrm dan kerajaan kerana gagal memberi perlindungan yg secukupnya.

tindakan najib untuk dilihat terbuka, liberal dan transformasi menjurus popular juga memberi tekanan kpd kecekapan pdrm yg dilihat semakin pincang dan kurang berfungsi. fokus yg berlebihan kpd sesuatu isu menyebabkan isu2 penting lain akan terpinggir. pdrm kini jadi pasar awam dengan segala bentuk permasalahan yg tidak dapat ditangani dengan tahap maksimum kepuasan rakyat.

najib bertanggungjawab sepenuhnya - tidak nampak najib dan penaihatnya mampu membuat sesuatu yg lebih baik kecuali letak jawatan.

apakah meletak jawatan menyelesaikan masalah? itu perkara yg kesepuluh...letak jawatan ada kaitan dengan maruah dan tanggungjawab nasional dan memberi peluang untuk orang lain ambil alih, buat keputusan dan sumbangan. rakyat harus di 'refresh' dng satu keyakinan dan semangat baru.

rakyat yg menyokong najib dlm pru13 yg lalu kini sudah bosan dan hilang keyakinan kpdnya.

apakah ini masih tidak jelas?

belum sempat jual dah masuk bakulsampah

perancangan awal secara penyatuan dalam dan luar negara, penulis bebas, pembangkang dan bekas pemimpin kerajaan dan yang masih menjadi wakil kerajaan digabungkan dalam satu pemikiran dalam sebuah buku untuk menyerang kepentingan Melayu dan Islam dengan sasaran mereka antaranya Mahathir dan Perkasa menemui jalan buntu apabila pengedaran dan perlancarannya ditangguhkan apabila mereka terkesan begitu banyaknya kelemahan dan kekurangan yang ada lebih-lebih lagi tindakbalas spontan terhadap buku itu sangat menggerunkan.

belum sempat diedarkan, belum sempat dilancarkan, belum sempat dijual buku tersebut sudah dibakulsampahkan oleh beberapa pihak. kerugian lebih dilihat kpd pemimpin yg dikaitkan seperti paklah dan mampu menjejaskan kj dalam persiapannya menghadapi pemilihan umno tahun ini.

lebih2 lagi mahathir dlm elegant silencenya terhadap buku tersebut adalah diluar jangkaan musuh tradisinya yg mengharapkan mahathir melenting dan marah. mereka kini terkesima dan bimbang bila mahathir diam dan menyimpan kuku.

politik satu persepsi.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...