Saturday, December 28, 2013

Betul ke orang PAS tak mahu pangkat..

Kalau nak pangkat datuk , pemimpin Pas pun berebut nak pergi depan istana-Mat Sabu

'Kalau Pas tak ambil, Umno akan ambil'-Malaysiakini


PAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti yang diamalkan negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran negeri yang dikuasainya – Kelantan dan Kedah, kata timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.
Katanya, pemimpin berkenaan perlu berbuat demikian memandangkan perubahan yang berlaku di kedua-dua negeri tersebut masih belum cukup dan lebih buruk lagi, masih ada lagi golongan dalam PAS yang masih berfikiran seperti pemimpin Umno.
"Bukanlah kalau PAS pergi ke Putrajaya dengan rakan-rakannya hal ini akan selesai. Tadbir urus baik ini masih perlu difahami.
"Bila kita ceramah, kita tanya 'bila kita memerintah setuju tak kita tangkap (Datuk Seri) Najib (Razak) bawah ISA?' Orang kata setuju. Itu bermakna dalam pemikiran untuk balas dendam ini masih tebal.
"Maknanya bila kita perintah kita ganti Umno. Itu yang kita tak mahu. Sekarang di Kedah, Kelantan, perubahan berlaku tapi tak cukup," katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.
Mohamad menjelaskan, perubahan di negeri Kelantan, misalnya, akan berdepan masalah apatah lagi sekiranya menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai pentadbiran negeri berkenaan.
ADUN, exco tak boleh pohon tanah
"Dari segi tadbir urus, sebab pergantungan Kelantan misalnya pada Tok Guru (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) terlalu tinggi," kata Mohamad yang vokal terhadap pentadbiran PAS sejak parti itu dapat mengembalikan kuasa di negeri itu pada 1990.
Penceramah popular itu juga menegaskan, PAS perlu mengubah sikap yang wujud di kalangan wakil rakyatnya bagi meningkatkan integriti barisan pentadbiran di negeri yang dikuasai.
"Misalnya anggota exco, ADUN tak boleh pohon tanah kerajaan. (Kalau) mahu mohon, berhenti, jadi orang berniaga. Selagi jadi ADUN, exco tak boleh memohon dan sebagainya. Ini yang perlu diubah oleh kerajaan yang dipimpin oleh PAS.
"Setengah bercakap kalau PAS tak ambil, Umno ambil. Ertinya (PAS) sama (dengan Umno) – benda macam ini yang saya akan berdepan, di dalam isu misalnya balak," katanya lagi yang mengakui bahawa pandangan seperti itulah yang menyebabkan beliau dilihat sebagai "pro-DAP."
Mohamad yang bimbang dengan penyelewengan yang wujud dalam parti itu berkata demikian dengan merujuk kepada dakwaan yang dilemparkan berhubung sumber balak di negeri berkenaan.
Berebut untuk dapat 'Datuk'
Satu lagi perkara yang menjengkelkannya ialah minat yang ditunjukkan pemimpin PAS untuk mendapatkan gelaran daripada istana – sikap yang dikutuknya sebagai pemujaan kepada sistem kasta dan feudalisme.
"Penyanyi menyanyi dua tiga lagu dah 'Datuk'. Pelawak (juga dapat). Kalau P Ramlee itu OK lah bagi Datuk, ini semua, kita baling batu boleh jatuh kepala Datuk.
"Kalau gelaran Datuk, semua mencari. Kalau umum 'siapa nak (pangkat) Datuk esok datang depan istana', saya ingat pemimpin PAS akan berebut pergi depan istana," katanya.
Mohamad yang popular dengan gelaran Mat Sabu itu bagaimanapun berkata, beliau setakat ini menolak tawaran bagi gelaran berkenaan kerana tidak melihat keperluannya.
"Saya tolak buat masa ini. Tak berani cakap besarlah untuk akan datang, tapi buat masa ini tak nampak (keperluan). Tak perlu," katanya yang telah menolak tawaran untuk mendapat pingat kebesaran daripada Pulau Pinang sebanyak dua kali.

Mohamad Sabu ditemubual Aidila Razak, Lee Way Loon dan Salhan K Ahmad.-Malaysiakini

biar kerajaan terjuling dng tindakan rakyat !

satu perkara yang aku kurang faham ialah ada rakyat membantah apabila ada rakyat lain mahu mengadakan bantahan ke atas kerajaan berhubung kenaikan pelbagai harga barang, cukai dan perkhidmatan. Apakah mereka bersetuju kenaikan harga?

slogan 'gulingkan kerajaan' bukanlah slogan yang mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk menggulingkan kerajaan semasa. ia hanya satu propaganda pihak tertentu meminta simpati, ia satu strategi menakutkan rakyat lain untuk menyokong gerakan tersebut. betul tak?

ketepikan slogan 'gulingkan' gantikan dengan 'julingkan' !

Thursday, December 26, 2013

rosmah naik jet? apa kata mahathir...

Bila mukhriz tidak direstui, tertewas atas perancangan sebagai naib presiden umno di depan mata mahathir - teori politik menunjukkan mahathir sudah hilang kuku dan najib makin kebal.

teori itu sangat betul kecuali kalau najib terlupa bahawa kekuatan sebenar pemimpin dan kerajaan sebenarnya terletak pada kuasa rakyat bila2 masa dan di mana2 sahaja.

isu kenaikan pelbagai harga barang, perkhidmatan dan cukai dibantah oleh seluruh rakyat dan mahathir telah menyarankan pilihan yg terbaik iaitu kerajaan mengurangkan kos dan mengelak pembaziran...suatu pilihan yg belum pernah dibuat oleh najib sejak menjadi PM !!!

Bagaimana agaknya kalau Mahathir turun padang bersama rakyat membantah kenaikan tersebut?

Tema 'gulingkan' memang tidak masuk akal, memadai mendesak - jika kerajaan berdegil - langkah mendesak wajar diteruskan - pembubaran awal dan pilihanraya semula. Dalam keadaan sekarang pemimpin yg menjaga kebajikan rakyat wajar di angkat tidak kira samada dari parti mana !

versi pak pandir mak andeh

Di Malaysia, sejarah Tanah Melayu berulang - kini kita miliki pak pandir dan mak andeh yang menjadi pemimpin...

Siapa ?? itu anda yg cakap...

Rakyat saban hari dihidangkan kesah mereka suami isteri, hingga mantan memanda menteri pun turut bersuara.

umum dulu, kaji kemudian..

di luar negara, najib pernah melahirkan rasa jengkelnya terhadap kritikan-kritikan yang dilemparkan ke atas kerajaannya dalam menguruskan negara oleh mana-mana pihak seperti pembangkang dan pengkritik2 yg tidak pernah jemu mencari kesilapan dan kesalahannya. katanya lagi, mereka hanya pandai mengkritik tanpa ada syor pilihan alternatif untuk menyelesaikannya.

apakah najib betul2 mahu mendengar? atau dia sekadar bermanis mulut seperti selalunya....

apapula nanti kerja penasihat2 mahalnya kalau semua benda nak ditunjuk ajar, bukankah mereka sepatutnya sentiasa mempunyai otak di atas kepala, takkan nak makan gaji buta dengan nasihat longkang dan mengharap ada org betulkan pula.

kalau pembangkang atau pengkritik mula tunjuk ajar kpd kerajaann yg memerintah adalah lebih baik kerajaan yang dipercayai, dipilih secara demokrasi menginsafi ketidakmampuannya, bubar atau najib berundur.

dalam banyak perkara, fungsi parlimen dalam mentadbir negara dilihat langsung tak ada, ia sekadar meluluskan akta tetapi dari segi perlaksanaan kpd sesuatu yg penting melibatkan kepentingan rakyat tidak dirujuk, dibahas dan ditentukan.

pembangkang menggunakan saluran media untuk menyalak dan kerajaan juga membalas salakan - rakyat melihat dan mendengar salakan mereka - anjing kurap, serigala lapar.

pengatasian kerajaan dalam sesuatu perkara dan isu lebih kpd 'nak menunjuk' dari hakikat sebenar untuk selesaikan di akar umbi, penubuhan 'makmal harga' adalah antara contoh penubuhan demi penubuhan seperti cendawan tumbuh selepas hujan yg najib lakukan sebagai 'kulit' untuk mengatasi isu-isu berbangkit.

kenapa kenaikan sesuatu harga berkepentingan umum tidak dibuat kajian oleh pihak terbabit yg terlibat secara langsung sebelum diumumkan, bukankah mereka yg lebih arif - kenapa pula kajian dilakukan oleh mereka yg diluar bidang dan selepas pengumuman.

kenaikan tinggi, mendadak, membuta tuli, berlagak pandai, sombong nak mampuih pernah berlaku di era paklah hasil idea penasihatnya, najib menjejak....

kerajaan langit najib

kerajaan najib - bukanlah kerajaan yg lebih baik dari kerajaan era paklah, cuma bezanya kelebihan najib dia tidak tertidor, tetapi persamaannya 'mereka' tetap tidak mendengar rintihan rakyat terutama orang melayu. paklah tersungkur gara2 punahsihat, najib pun sdg dalam proses, tak lama.....

umat Islam bukan sahaja disukarkan untuk bersatu kerana gelojoh politik umno dan pas kini ditambah pula dengan isu 'syiah' yg dipolitikkan - jalan penyatuan hampir mustahil.

ketika pas menolak penyatuan atas nama bangsa, kaum cina dan india sdg menguatkan diri dengan sentimen perkauman. mereka sekarang king of perkauman, melayu jadi bacul, bisu, penakut dan hamba....tak lama....

melayu bersatu atas nama dan mimpi... tertipu dng merasakan negeri ini kekal milik mereka selamanya...tertipu dengan pemimpin umno dan pas yg bersumpah palsu  'menjaga' Islam dan Melayu...

kelantan di bawah MB baru berjaya menjauhkan diri dari gelagat buruk politik nik aziz mungkin akan berhadapan dengan 'situasi' yg sama seperti arwah ustaz azizan mentadbir kedah. Ditikam kawan sendiri...cuma mungkin bukan dari kalangan exco, sebaliknya dari musang berbulu ayam yg terlepas jawatan.

MB kelantan wajar belajar dari mb selangor bagaimana menjinakkan boss dan menundukkan kawan yg cuba menikam.

ada sesiapa yg ingat kerajaan langit ayah pin?

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...