Saturday, December 28, 2013

Betul ke orang PAS tak mahu pangkat..

Kalau nak pangkat datuk , pemimpin Pas pun berebut nak pergi depan istana-Mat Sabu

'Kalau Pas tak ambil, Umno akan ambil'-Malaysiakini


PAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti yang diamalkan negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran negeri yang dikuasainya – Kelantan dan Kedah, kata timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.
Katanya, pemimpin berkenaan perlu berbuat demikian memandangkan perubahan yang berlaku di kedua-dua negeri tersebut masih belum cukup dan lebih buruk lagi, masih ada lagi golongan dalam PAS yang masih berfikiran seperti pemimpin Umno.
"Bukanlah kalau PAS pergi ke Putrajaya dengan rakan-rakannya hal ini akan selesai. Tadbir urus baik ini masih perlu difahami.
"Bila kita ceramah, kita tanya 'bila kita memerintah setuju tak kita tangkap (Datuk Seri) Najib (Razak) bawah ISA?' Orang kata setuju. Itu bermakna dalam pemikiran untuk balas dendam ini masih tebal.
"Maknanya bila kita perintah kita ganti Umno. Itu yang kita tak mahu. Sekarang di Kedah, Kelantan, perubahan berlaku tapi tak cukup," katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.
Mohamad menjelaskan, perubahan di negeri Kelantan, misalnya, akan berdepan masalah apatah lagi sekiranya menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai pentadbiran negeri berkenaan.
ADUN, exco tak boleh pohon tanah
"Dari segi tadbir urus, sebab pergantungan Kelantan misalnya pada Tok Guru (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) terlalu tinggi," kata Mohamad yang vokal terhadap pentadbiran PAS sejak parti itu dapat mengembalikan kuasa di negeri itu pada 1990.
Penceramah popular itu juga menegaskan, PAS perlu mengubah sikap yang wujud di kalangan wakil rakyatnya bagi meningkatkan integriti barisan pentadbiran di negeri yang dikuasai.
"Misalnya anggota exco, ADUN tak boleh pohon tanah kerajaan. (Kalau) mahu mohon, berhenti, jadi orang berniaga. Selagi jadi ADUN, exco tak boleh memohon dan sebagainya. Ini yang perlu diubah oleh kerajaan yang dipimpin oleh PAS.
"Setengah bercakap kalau PAS tak ambil, Umno ambil. Ertinya (PAS) sama (dengan Umno) – benda macam ini yang saya akan berdepan, di dalam isu misalnya balak," katanya lagi yang mengakui bahawa pandangan seperti itulah yang menyebabkan beliau dilihat sebagai "pro-DAP."
Mohamad yang bimbang dengan penyelewengan yang wujud dalam parti itu berkata demikian dengan merujuk kepada dakwaan yang dilemparkan berhubung sumber balak di negeri berkenaan.
Berebut untuk dapat 'Datuk'
Satu lagi perkara yang menjengkelkannya ialah minat yang ditunjukkan pemimpin PAS untuk mendapatkan gelaran daripada istana – sikap yang dikutuknya sebagai pemujaan kepada sistem kasta dan feudalisme.
"Penyanyi menyanyi dua tiga lagu dah 'Datuk'. Pelawak (juga dapat). Kalau P Ramlee itu OK lah bagi Datuk, ini semua, kita baling batu boleh jatuh kepala Datuk.
"Kalau gelaran Datuk, semua mencari. Kalau umum 'siapa nak (pangkat) Datuk esok datang depan istana', saya ingat pemimpin PAS akan berebut pergi depan istana," katanya.
Mohamad yang popular dengan gelaran Mat Sabu itu bagaimanapun berkata, beliau setakat ini menolak tawaran bagi gelaran berkenaan kerana tidak melihat keperluannya.
"Saya tolak buat masa ini. Tak berani cakap besarlah untuk akan datang, tapi buat masa ini tak nampak (keperluan). Tak perlu," katanya yang telah menolak tawaran untuk mendapat pingat kebesaran daripada Pulau Pinang sebanyak dua kali.

Mohamad Sabu ditemubual Aidila Razak, Lee Way Loon dan Salhan K Ahmad.-Malaysiakini

biar kerajaan terjuling dng tindakan rakyat !

satu perkara yang aku kurang faham ialah ada rakyat membantah apabila ada rakyat lain mahu mengadakan bantahan ke atas kerajaan berhubung kenaikan pelbagai harga barang, cukai dan perkhidmatan. Apakah mereka bersetuju kenaikan harga?

slogan 'gulingkan kerajaan' bukanlah slogan yang mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk menggulingkan kerajaan semasa. ia hanya satu propaganda pihak tertentu meminta simpati, ia satu strategi menakutkan rakyat lain untuk menyokong gerakan tersebut. betul tak?

ketepikan slogan 'gulingkan' gantikan dengan 'julingkan' !

Thursday, December 26, 2013

rosmah naik jet? apa kata mahathir...

Bila mukhriz tidak direstui, tertewas atas perancangan sebagai naib presiden umno di depan mata mahathir - teori politik menunjukkan mahathir sudah hilang kuku dan najib makin kebal.

teori itu sangat betul kecuali kalau najib terlupa bahawa kekuatan sebenar pemimpin dan kerajaan sebenarnya terletak pada kuasa rakyat bila2 masa dan di mana2 sahaja.

isu kenaikan pelbagai harga barang, perkhidmatan dan cukai dibantah oleh seluruh rakyat dan mahathir telah menyarankan pilihan yg terbaik iaitu kerajaan mengurangkan kos dan mengelak pembaziran...suatu pilihan yg belum pernah dibuat oleh najib sejak menjadi PM !!!

Bagaimana agaknya kalau Mahathir turun padang bersama rakyat membantah kenaikan tersebut?

Tema 'gulingkan' memang tidak masuk akal, memadai mendesak - jika kerajaan berdegil - langkah mendesak wajar diteruskan - pembubaran awal dan pilihanraya semula. Dalam keadaan sekarang pemimpin yg menjaga kebajikan rakyat wajar di angkat tidak kira samada dari parti mana !

versi pak pandir mak andeh

Di Malaysia, sejarah Tanah Melayu berulang - kini kita miliki pak pandir dan mak andeh yang menjadi pemimpin...

Siapa ?? itu anda yg cakap...

Rakyat saban hari dihidangkan kesah mereka suami isteri, hingga mantan memanda menteri pun turut bersuara.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...