Wednesday, June 4, 2014

Superman liberal tidak opportunist !?

Dalam mana-mana parti politik di Malaysia kini ujud golongan liberal, politik baru dan yang senada dengannya. Mereka ini mungkin golongan yang tidak mampu bersaing sesama rakan mereka di dalam parti yang sama lalu cuba menonjolkan diri dengan cara yang lebih "ideal" dengan maksud dikagumi, popular, disukai kawan dan lawan dan seterusnya mendapat tempat.

Seperti dikatakan cita-cita mereka ideal,  untuk memastikan ia dilaksanakan maka cita-cita mereka kena diteruskan untuk menduduki tempat teratas sebagai ketua, presiden hatta Perdana Menteri.
Sekarang mereka berada di parti A  tetapi idola mereka  di parti B.. kalau parti A adalah kerajaan dia mendapat tempat dan kalau ditakdirkan parti B pula yang menang dan jadi kerajaan, sudah tentu dia boleh diselit dan diterima kerana liberalnya !!!

Sudah tentu mereka bukan superman, tetapi lalang.

Tuesday, June 3, 2014

Melayu malaysian dan liberal sedang menguasai..

Di bawah adalah sebahagian petikan airtikel yang diubahsuai tanpa menghilangkan maksud sebenar. Satu pemikiran untuk menyatakan Melayu ke depan dalam soal keterbukaan ke arah satu bangsa. Berlaku konflik di antara realiti dan harapan tersebut terutama berhubung apakah mereka yang lain juga ikhlas atau sebenarnya agenda mereka hampir sama tetapi apabila sampai masanya 'melayu' dijadikan korban atau dengan sendirinya tertinggal. 

Satu bangsa adakah menepati 'social justice' dan menikmati kek yang adil.

Setakat mana Melayu terjamin atas dasar dilindungi Perlembagaan dan atas faktaor majoriti.

BERFIKIRAN SEBAGAI BANGSA MALAYSIA

Orang Melayu bersedia berfikiran sebagai satu bangsa Malaysia secara rasional dalam hal ini kerana mereka sedar kedudukan dan kepetingan mereka sudah dijamin oleh undang2 dan oleh majoriti Melayu itu sendiri.
                                   
Orang melayu sedar – terdapat banyak safeguards menjaga kepentingan mereka- struktur kerajaan , Sultan dan Raja-Raja Melayu, struktur pentadbiran kampung, dan sebagainya.


Adanya jaminan2 ini, menyebabkan Melayu sudah berani melakukan perubahan fikiran.

Mana-mana pihak atau parti boleh menerangkan kepada orang Melayu- datanglah apa sahaja, kepentingan mereka tetap terjamin. Kenapa? Sebab ada peruntukan perlembagaan dan undang2, kerajaan yang dimonopoli oleh orang Melayu, pegawai kerajaan, polis, tentera, pengarah2 jabatan, hampir semua nya didominasi oleh Melayu. Dalam keadaan begini, bagaimana kepentingan Melayu terancam? Semua levers kuasa di pegang oleh Melayu.

Melayu adalah 60% penduduk negara ini, bagaimana 60% boleh digugat oleh jumlah yang kecil? Cina kalau bergabung semua hanya 24% penduduk negara ini- bagaimana mereka menakluk orang Melayu?
Dalam keadaan demikian, orang Melayu lah yang merupakan bangsa yang receptive dan bersedia untuk mengubah sikap politik mereka.
Maka nyatalah, segala ancaman  terhadap orang Melayu hanya ciptaan UMNO untuk kekal berkuasa.


MCA berminat DAP menang di Teluk Intan masa akan datang..

TULISAN INI DITAJA OLEH BANK HASSAN MALEK BHD - OVERBOARD

PINJAMAN TANPA FAEDAH DAN CAJ PERKHIDMATAN

Hew Kuan Yau could have been a “Superman” if he was humble to learn from mistakes
On June 2, 2014, in Statements & Commentaries
2 June 2014            
Press Statement by Penang MCA Liaison Committee Deputy Chairman Tan Teik Cheng on DAP Hew Kuan Yau’s threat not to return to Teluk Intan
Hew Kuan Yau could have been a “Superman” if he was humble to learn from mistakes
DAP “superman” Hew Kuan Yau is simply too afraid to walk his talk and face the reality after he threatened the Teluk Intan voters that he would never step into Teluk Intan should DAP lose in the Parliamentary by-election.
Hew may think that Teluk Intan folks needed a DAP member like him who indulges in vulgarism hence he made a threat to the Teluk Intan electorate trying to fish some ballots for DAP candidate Dyana Sofya Mohd Daud. However, he underestimated the voters that they actually did not want him to come back to Teluk Intan by voting against DAP.
Hew is always full of himself that he really thinks that he is a superman where he has a world to save but he is not sporting at all when the people rejected him.
How could he hang up the phone when reporters asked if he would walk the talk by not returning to Teluk Intan? He should in fact, learn from mistakes. He should stop being arrogant.
Not only should Hew be too embarrassed about his threat, he should also apologise for the friendly Teluk Intan folks to accept him back.
Tan Teik Cheng
MCA Penang State Liaison Committee Deputy Chairman


Monday, June 2, 2014

" Dyana Bersedia Londehkan Agenda DAP!! "

Di awal perncalonan hinggalah ke tamat keputusan dan sampai sekarang nama dyana terus diperkatakan
dengan pelbagai pujian dan kejian dan di pihak pro dan blogger UMNO disarankan dyana dan keluarga disingkirkan dari UMNO kerana tidak bersyukur, belot dan keji....Ada juga yang menjangkakan dyana akan meninggalkan DAP suatu ketika kelak..

Persaolannya, kalau dia tinggalkan DAP, kemana tempatnya yang terbaik? 

Dyana hanya special jika dia terus berada bersama DAP, kalau setakat kelulusannya, pidatonya, orang seperti Dyana berlambak di Puteri UMNO, malah di puteri MIC dan MCA itu sendiri dan orang seperti dyana tidak akan mendapat tempat pun....
Seperti kata Nurul Izzah kalau dalam PKR, kalau dia dapat jadi tea lady pun kira dah cukup baik...means no class kot.
Atas faktor itulah juga dyana memang dicap boneka dan di peralatkan DAP semata-mata. Ini pun apek Lim tak boleh baca...old class punya mental.

Berbalik kepada pemecatan ibunya dari UMNO? Berbaloi ke...
Siapa Yammy Samat...majistret, lawyer...dia hanya seorang ahli umno yang telah menyumbang baktinya kepada UMNO sebelum ini dialah juga yang seperti kebanyakan orang lain menyebat apa yang UMNO boleh bagi...

Hari ini dia menyokong secara terangan keputusan anaknya yang diberi peluang oleh DAP? Apakah Melayu sokong DAP hari ini sesuatu yang luar biasa..bukankah sokongan dyana kepada DAP sama juga seperti sokongan undi yang DAP dapat dari pegnundi Melayu? 

Bagi dyana dia tidak merasa satu dosa pun sokong DAP kerana ramai ostat lebai yang berserban dan berjanggut pun berpeluk sakan dengan DAP.  Sudah pasti segelintir Melayu yang undi DAP juga terdiri dari ahli UMNO yang memberi undi kepada dyana berdasarkan rasis. Pecatlah semua tu..

Ramai bersetuju dyana di peralatkan DAP atas faktor ketidakmatangannya dan mungkin sokongan ibunya atas faktor materialistik.. 
( kalau terjadi pada you, apa tindakan you, sokong anak ke sokong UMNO? )

Pemecatan biarlah langkah terakhir, apa salahnya MB turun berjumpa, dengar dan pujuk. Apa salahnya Najib turun dan tunjuk prihatin...Najib perlu tunjuk kasih sayang bukan sahaja kepada panda tetapi juga kepada ahlinya.. Masa ni lah tunjuk pemimpin berhemah turun padang..bukankah elok buang yang keroh ambik yang jernih.

Jangan mudah tuding jari sebagai pengkhianat kepada mereka yang tidak berpura-pura sedangkan pengkhianat sebenar adalah pemimpin bertopeng yang masih akitif dan bercita-cita tinggi di dalam UMNO.

Keluarga dyana perlu dibawa masuk ke dalam UMNO untuk melondehkan agenda DAP !!

lim kit siang perlu rawatan. .....

apek tua penasihat DAP yg pada awalnya boleh diangkat sebagai pintar dalam politik tiba2 boleh jadi
bahalol dan bengong semata-mata gundiknya kalah tipis kepada parti yg sudah dianggap mati.

Tahap hatinya cukup sakit dng kekalahan tipis tersebut, emosi terganggu dengan analisa memperbodohkannya dan kemurungannya menjejaskan daya fikirnya.

lim guan eng sewajarnya memberi perhatian lebih kpd kesihatan bapanya, perlu rawatan doktor, perlu rehat jangan sampai dapat penyakit mental...

setiap hari dlm blogg nya di angkut segala professor rasis dan penulis cari makan untuk membuat analisa segala sudut untuk menyokong strategi peribadinya adalah betul dan sempurna semata mata takut kesan tindak balas ahli-ahli DAP yg menyalahkannya 100% dan mainan politik rasisnya terkangkang luas.

Bukan itu sahaja, lim kit siang sendiri menyedari kesilapannya kerana tidak banyak tahu tentang latarbelakang keluarga gundiknya sebelum ini, sendiri tertipu,  terutama hubungkait dengan musuh utamanya Perkasa.

satu pengajaran kpd lim kit siang bahawa lakonannya ke arah satu bangsa malaysia telah ditolak oleh bangsanya sendiri kerana benih rasis yg disemai telah subur. lim kit siang tidak wajar mati dalam kepura puraan, tidak wajar mati sebelum menebus kesilapannya di Teluk Intan dan tidak wajar mati dalam keadaan UMNO masih kekal bertahan.

sebagai otai politik, lim kit siang tidak wajar mengikut jejak mendiang karpal yg mati secara kalah.

Jasa lim kit siang ialah membunuh MCA - terima kasih, menghidupkan semula Gerakan - terima kasih, mencerminkan PAS bukanlah pejuang Islam tulin - terima kasih, membantu mengheret Anwar sampai ke sg buluh - terima kasih, semakin tebal rasis kecinaan DAP semakin kuatlah UMNO - terima kasih banyak-banyak.

Cadbury: halal haram flip flop... (FGVH ??)

Apakah Jabatan dan Agensi Kerajaan menerima tekanan ?


Why?


suara dari pembangkang - ia berkaitan dengan kesan kpd saham fgvh? betul ke bohong?

Sunday, June 1, 2014

muhyiddin perlu lepaskan jawatan..berjuang di wadah lain.

Sudah sampai masanya muhyiddin lepaskan jawatan dari kerajaan dan parti bagi membolehkan umno ditadbir
sepenuhnya oleh najib. muhyiddin sekadar menjadi penghalang atau sesuatu yg tidak berapa kena dengan umno najib.

Muhyiddin merupakan suara utama dari dalam parti selepas mukhriz secara vokalnya meminta paklah berundur untuk memberi laluan kepada najib sebagai pengganti, ianya berjaya setakat itu.

Pada satu peringkat, muhyiddin pernah disebut-sebut sebagai timbalan perdana menteri dan bukannya najib apabila paklah dengan sengaja melambat-lambatkan pengumuman perlantikan najib ke jawatan timbalan perdana menteri selepas paklah memggantikan mahathir.

mungkin atas dasar itu juga muhyiddin vokal ke atas paklah?


bagaimanapun lewat kebelakangan ini sudah ada suara menyatakan kepimpinan najib tidaklah lebih baik dari paklah kerana kedua-dua mereka tersangat bergantung kpd penasihat-penasihat yang kurang sihat dari segi semangat bangsa, ugama dan negara. malah najib sendiri "silent" dalam beberapa isu yg sepatutnya ditangani segera.

berbeza kali ini, muhyiddin begitu setia sedangkan umno secara moralnya sedang menuruni curam, merudum.
( jika ada yg berpendapat umno masih kuat, kuatnya di mana? )

mungkin bagi muhyiddin, kali ini berbeza, jatuh bangun umno terletak dibahu najib 100%..dia tidak boleh disalahkan, sekadar saya yang menurut perintah....

memang mudah difahami, sekeliling muhyiddin adalah orang2 najib..ertinya muhyiddin tidak ada kekuatan untuk undurkan najib atau minta najib berundur. Tidak ada ruang untuk bersuara melebihi garisan kerana ikrar dan sopannya untuk tidak cuba memandai-mandai.
Tetapi muhyiddin masih ada kekuatan untuk sendiri berundur demi menyelamatkan melayu dan Islam. jika itu berlaku..maka wajarlah dikatakan najib mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

muhyiddin masih ada jiwa Melayu dan Islam.
untuk mempertahankannya, memartabatkannya semula dan kembali berjuang...muhyiddin boleh mulakan di luar umno... di wadah lain.

Jika umno tidak boleh diubah, kenapa tidak dikejutkan.




# apa hang dok merepek ni - ada aku kesah !!

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...