Friday, August 8, 2014

Anwar dengan LGE..siapa yang lebih standard tinggi...

Aku respek dengan Anwar sebab dia ni high taste, lembut dan diplomasi...tu pasai budak2 jambu suka dengan dia...katanya Khalid tu sahabat, kawan dan macam saudara...dia tidak akan komen yang keras-keras, cuma dia akan kauseling Khalid, nasihat dan beri pandangan pada Khalid....dan aku percaya Khalid akan cair, setuju dan selesai lah isu MB Selangor yang sengaja digemburkan dan dilaga-laga oleh UMNO.

Lebih penting tindakan 'slow down' Anwar adalah untuk mengimbangkan dia seorang yang sangat bertimbangsa berbanding dengan budak2nya dan Jawatankuasa Tatatertib yang tidak dipengaruhinya !!
Lebih penting berharap Khalid juga 'slow down' mendedahkan betapa huduhnya PKR dari dalam.... diharap tindakan Anwar belum terlambat menjinakan Khalid yang sudah naik minyak....

Tetapi yang peliknya siapa Khalid Samad dalam PKR yang memandai buat statement bahawa kes tatatertib Khalid akan digugurkan jika Khalid dapat menjawab satu dari lima perkara... Who is khalid samad ?????!!?????

Berbanding dng anwar yg merasakan ketua umum sama taraf dengan Ketua Tentera Myanmar... lim guan eng yang belum baligh dilihat melayan budak2 bawahan yg secara tidak langsung mengkritik dirinya dan kerajaan negeri berhubung pembinaan terowong bawah tanah...sebagai ketua mrnteri dan setiausaha agung apa kejadahnya dia ugut nak saman budak bawahan, itu bukan standard dia....apapun ugutan saman lge dipandang remeh...tunggu dia saman ke tidak!!!
anak lim kit siang ni cakap pasal integriti dirinya dan kerajaan negeri...cina komunis ni cakap pasal integriti kot mana...kadar jenayah makin meningkat, tarian bogel berleluasa...dan lge sebagai setiausaha agung atas undi kelima terbanyak!!!! integriti lancau...

Jika episod MB Selangor berlarutan...DAP akan panas dengan tingkah laku PKR dan PAS....hanya masa akan menyaksikan bagaimana budak bawahan DAP dan PKR pula bercakaran...

Dah Tak Ada Tajuk - isu MB

isu MB Selangor kini dah sampai tahap pengurusan tadika, jawatankuasa disiplin pkr tahap zalim dah macam israel, gelagat ketua umum pkr dan anak buahnya dah tahap "pukimak"....MC ke mahkamah untuk kesnya tetapi boleh buat ulasan mcm pelesit pasal isu MB....ADUN pkr selangor kena sign sumpah...sendiri kecut telor bila disuruh bersumpah.

Apapu kita layanzzzzzz sebab drama rajalawak mega ini baru bermula..kita tengok siapa yg tersingkir..siapa yg ke final...seperti yg dikatakan sebelum ini, jika khalid bertahan tahap maksima, isu hanya akan selesai sehingga januari 2015...

Tahap licik Anwar rupanya indah khabar dari lupa, apa pun keputusannya nanti..kes ini menunjukkan Anwar tersungkur di kaki Khalid..

Thursday, August 7, 2014

Yang Sokong Khalid Ciput

Solat hajat perdana mempertahankan Selangor-Khalid 7hb ogos di kediaman MB hanya dihadhiri 350 orang mewakili seluruh rakyat Islam Selangor termasuk geng ustaz.

Geng umno, geng pas dan geng PKR yang sokong Khalid mana?

Jumlah yang menunjukkan Khalid tidak mendapat sokongan rakyat Selangor?

Jumlah yang akan membuka mata Tuanku Sultan Selangor !!!

Selepas Isu MB - ada lagi isu baru...

Seperti yang ditulis sebelum ini, isu MB akan reda sepenuhnya seawal januari 2015 jika Khalid terbertahan ke tahap maksima. Tidak ada express untuk sesiapa walau seperlu mana pun termasuk Anwar juga kena que.

Percubaan mempercepatkannya hanya akan menyebabkab ketidakpatuhan kepada beberapa perkara peratoran dan perundangan mengakibatkan tidak sah atau implikasi undang-undang lain jika dibawa ke mahkamah.

Surat tunjuk sebab kepada Khalid bertarikh 5hb ogos tamat tempoh 8hb ogos..apabila khalid sudah memberi jawapan dia dipanggil pula berdepan dengan jawatankuasa disiplin sebelum 12th 9hb.. Isu melibatkan pertuduhan besar yang mana mungkin dokumen atau hujah jawapan dapat disiapkan sepantas
itu...Ini semua ke arah pemecatan. Dari sudut keadilan sahajapun, sudah nampak tidak adil.

Jika ini yang dipamirkan oleh PKR kepada rakyat, sokongan dan simpati kepada Khalid bertambah berlipat ganda.

Rakyat masih ingat bagaimana Anwar menangguh berpuluh kali kes mahkamahnya dan berbelas kali membuat rayuan serta ratusan kerenah sekadar untuk mempertahankan "burungnya" yang sudah kusam.

Isu MB sebenarnya sudah menjadi kurang penting kerana pendedahan belang masing-masing telah memenuhi dada media dan mendapat perhatian seluruh rakyat, bukan sahaja di Selangor.

Lim kit Siang menanggap tarikh 10hb ogos mesyuarat PAS adalah tarikh hidup mati Pakatan Haram, isu Khalid sudah tidak penting....LimKitSiang sudah kecut telor sedangkan sebelum ini mereka begitu angkuh minta PAS berambus, kenapa sekarang bernada merayu.

Sudah ada suara saman menyaman, mungkin ianya menjadi pesta saman selepas isu MB selesai.

Kaki saman tersohor seperti anwar dan lim guan eng sudahpun bersedia....

Tuesday, August 5, 2014

Kalau kita sokong Najib kenapa kita tidak sokong Khalid...

Tidakkah kita sudah terlebih fokus kepada isu MB hingga mengabaikan suatu isu lain yang lebih penting.

Apakah akan berlaku banyak perbezaan kepada rakyat Selangor atau kepada Melayu dan Islam di Malaysia samada Khalid kekal atau tidak sebagai MB Selangor @ Wan Azizah ambil alih. Perubahan besar mungkin hanya pada seorang sahaja iaitu Anwar.

Dia yang mencipta isu, dia yang mencari masalah tetapi dia mengajak semua orang untuk terlibat dengan "penyakitnya".

Apa isu yang lebih menarik?
Saranan supaya kerajaan menghentikan pembinaan sekolah rendah jenis kebangsaan yang tidak menyumbang kepada perpaduan nasional?
Kali ini dibangkitkan oleh Timbalan Menteri di JPM....

Bukankah isu ini sudah dibangkitkan beribu kali sejak beribu tahun dan setiap kali akan terpadam dengan kenyataan Muhyiddin atau Najib, apa kenyataan mereka? Cari sendiri...

Hakikatnya di dalam UMNO, walaupun PM itu jawatan hakiki politik tetapi Perdana Menteri mampu overuled perjuangan partinya sendiri.
Perkara yang sama sedang berlaku, Menteri Besar sedang overuled arahan dan keinginan partinya.

Kalau kita sokong PM kenapa kita tidak sokong MB Selangor !!!

Isu Khalid Selesai Sepenuhnya Januari 2015

Begitulah jangkaan yang paling awal dalam isu MB Selangor jika kita mahu mengharap penyelesaian sepenuhnya. Mungkin Anwar tidak sanggup mendengarnya tetapi itulah hakikatnya. Di dalam dunia ini ada terma dan syaratnya, ada tatacara dan peratorannya - bukan semua mesti ikut telunjuk Anwar !!!

Beberapa siri solat solat hajat mempertahankan khalid yg dibuat oleh gang ustaz pas dan penyokong khalid di rumahnya membuktikan khalid tidak bersendirian merupakan jawapan yg tepat kpd anwar.

Isu pemilihan PKR belum selesai dan kini Anwar alihkan kpd sesuatu yg lebih menguntungkan dia, isu MB sekadar gimmik untuk menutup cerita pemilihan yg penuh dng rasuah dan penyelewengan.

Jawatan Menteri Besar bukan hak mutlak milik parti, seseorang yang memegangnya ahli parti mewakili partinya, parti yang menang banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri. Beberapa nama perlu dicadangkan dan Tuanku Sultan akan memperkenan salah seorang darinya yang dikira paling sesuai termasuki ciri-ciri Anak Selangor, Melayu, Islam, Berakhlak, Sihat tubuh Badan dan sebagainya.

Khalid adalah hak parti boleh dilantik boleh dipecat tetapi jawatannya sebagai MB bukan hak milik parti, bukan Menteri besar PKR tetapi Menteri Besar Selangor..Menteri Besar kepada seluruh rakyat Selangor samada yang menyokong atau tidak menyokongnya.

Jikapun Khalid dipecat, ia masih kekal sebagai MB, MB seorang ahli Dewan Undangan negeri yang sah cuma tidak berparti. Proses untuk mendapatkan semula jawatan MB kepada ahli parti dari parti yang memenangi banyak kerusi di DUN boleh dibuat mengikut Perundangan Negeri Selangor dan ia tidak boleh selesai dalam tempoh sehari.

Begitu juga jika undi tidak percaya mahu dilaksanakan oleh anggota DUN, ia akan melalui beberapa proses dan notis dan semua itu tidak boleh selesai dalam masa sehari.

Jika DUN dibubarkan selepas menasihati Tuanku, SPR akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh seminggu dan mengistiharkan satu pilihanraya akan di adakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran. Semua itu sudah semestinya tidak boleh berlaku dalam sehari.

Parti yang memang selepas itu bolehlah mencadangkan salah seorang ahli partinya yang memenangi kerusi DUN untuk dilantik dan diperkenan oleh Tuanku Sultan. Mungkin pada masa itu nama Khalid dicalonkan sekali lagi oleh parti barunya ?

Monday, August 4, 2014

Anwar pula berdepan dengan Lawan-Tetap-Lawan

Lawan-Tetap-Lawan kini digunapakai oleh Khaled dalam mempertahankan dirinya untuk jawatan MB yang telah disandangnya melebihi lima tahun atas perkenan Tuanku Sultan Selangor dan kepercayaan itu setakat ini belum ditarik balik.

Jika bukan Wan Azizah, isteri Anwar yang dicalonkan, mungkin Khalid tidak mendapat sokongan moral malah tidak mempunyai sebab untuk mengengkari parti tetapi apabila ada unsur peribadi dan niat jahat, sebahagian rakyat Selangor di belakang Khalid.

Keberanian Khaled menentang cita-cita rakus Anwar nyata sangat menarik untuk menjadi sejarah politik Malaysia di masa hadapan. Anwar sendiri gagal secara bersendirian untuk menggertak Khalid dan ini memerlukan DAP dan PAS untuk bersetuju dengannya.

Pendirian awal Hadi menyokong Khalid cukup membuatkan Pakatan Haram goyah seketika sehinggalah satu pertemuan menjernihkan suasana tetapi PKR masih terikat untuk memberi kenyataan bertulis kenapa Khalid perlu diganti dengan Wan Azizah untuk diperhalusi PAS dalam mesyuarat tertingginya 10hb. Sehingga tarikh itu Anwar tidak akan senang duduk.

Jika pun PAS bersetuju, atau Khalid dipecat - itu bukan jalan mudah seperti yang dijangkakan. Khalid akan bertindak balas mendedahkan segalanya kepada rakyat Selangor untuk dinilai walaupun akhirnya dia akan tewas secara bermaruah.

Jalan terbaik, ada kompromi untuk Khalid turun secara terhormat dan Tuanku Sultan Selangor perkenan!!! 

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...