Wednesday, August 13, 2014

Mahathir patut belajar sesuatu dari Khalid...!!??

Sampai setakat ini, khalid move dilihat tersusun seperti yang dijangkakan secara lembut dan sederhana (tanpa perlu kumpul penyokong hunggah pagar rumah anwar). Tidak tunjuk garang, tidak perlu tumbuk meja tetapi musuh sudah mula berdarah di hidung atau tak boleh kencing 2 hari.

Sukar untuk kita melihat lim kit siang mcm cacing kepanasan, atau lim guan eng mcm lembu tak jumpa air atau anwar sendiri terkedu mcm terserempak dengan hantu tetapi semua itu berlaku sebaik sahaja khalid melangkah keluar dari istana.

Sampai hari ini PAS belum buat keputusan rasmi, exco pas yang dikekalkan sekor dua dah mula bersikap kurang ajar dengan katadua pada khalid - mungkin mereka anggap Khalid mati langkah tanpa sokongan PAS.... Hakikatnya kalau ramai menjangkakan Hadi cukup takut dengan anwar atau hadi pasti ikut bontot anwar apakah khalid tidak mempunyai keupayaan untuk membeli bulan kepada Hadi?

Kalau lihat mahathir move terhadap anwar, rasanya jika khalid berada di sisi Mahathir pada masa itu, Tun boleh belajar sesuatu dengan Khalid.

Jika Mahathir kena belajar sesuatu dengan Khalid untuk berdepan dengan Anwar...bagaimana dengan AG, KPN, paklah, najib, muhyiddin, zahed, hishamuddin, kj, nazri, mukhriz...sekadar menyebut beberapa nama...

Mungkin kena masuk tadika semula kot... depa ni terkial-kial mati kutu bila kena sergah dengan anwar




# paklah penasihat mas bercuti dan beraya sakan di australia walaupun mh17 baru saja ditembak jatuh.
# najib batalkan open house raya kerana bersedih atas mh17
# kemudian najib hilang dari belanda untuk percutian misteri? dirahsikan dari pengetahuan rakyat? apa sebab? perbelanjaan duit rakyat @ duit sendiri @ ada yg sponsor....

Siapa kabinet Najib calon PM pilihan DAP ??

Usaha menamakan Ku Li sebagai PM oleh Pakatan Pembangkang memang pernah menjadi satu khabar angin yang serius sebelum PRU13 dan dianggap merupakan usaha bersama ketiga-tiga parti komponen. Usaha itu juga di anggap sebagai tujuan memecahbelahkan atau melemahkan UMNO jika Ku Li istihar sertai pembangkang.

Perkara itu bagaimanapun menjadi reda tanpa mengetahui sebabnya?  Pendedahan baru-baru ini menunjukkan usaha itu lebih kepada keinginan PAS dan seperti diketahui umum ianya bercanggah dengan kehendak peribadi Anwar untuk menamakan dirinya sendiri sebagai PM. Apakah DAP juga bersetuju dengan PAS atau adakah DAP membantah tidak pula dinyatakan.

Persaolannya kalau umno itu huduh dengan tuduhan kroni, rasuah bla bla bla...kenapa pula DNA umno begitu mahal dan sangat diperlukan? Anwar sendiri ada DNA umno, PAS sendiri pernah berlumur dengan umno dan hero sekarang MB Khalid juga ada DNA umno.

Jika sudah didedahkan PAS berminat Ku Li dilantik sebagai PM....bererti tidak mustahil DAP juga ada? Siapa orangnya kita boleh bayangkan siapa selepas ini.. Terlalu sukar untuk kita percaya DAP luar dan dalam setuju Anwar... kenyataan luar mungkin yes...dalam kepala mereka mungkin senada PAS atau sebenarnya ada yang lain...

Secara terbuka DAP sedang mengangkang luas membuka keahlian kepada Melayu...sudah ada beberapa pucuk muda yang sedang digilap untuk dicalonkan dalam PRU Selangor atau PRK dan PRU14.....

Tetapi sebagai calon Melayu  PM atau MB dari DAP...keperluan diisi mestilah dari mereka yang sudah ada nama, berpengalaman, berpengaruh dan paling penting sepoket, sekandang dan sekepala dengan mereka...sekali lagi tidak boleh lari dari DNA umno juga sebagai kilang kepimpinan yang bagus...

Jika nama Ku Li dimasukkan sebagai pilihan mereka, itu sekadar cadangan sebelum ini dan mungkin tidak lagi sekarang... Ku Li sendiri secara logiknya sudah timed out.  PAS pun mungkin sudah ada calon baru, lebih muda, lebih bersih, lebih licin...

Sebagai jalan pintas DAP  mungkin lebih berminat kepada calon dari umno yang ada tiga kebolehan utama:
1. Boleh berlari datang pantas apabila dipanggil...
2. Boleh mengatasi blogger-blogger pro-umno yang " tidak ada otak.."
3. Lebih kuat menyalak pada Mahathir lebih bagus..

Ada ke calon hancing yang macam idaman DAP itu...


File exco PKR dan DAP kepada SPRM????

Kalau pejabat MB dah hantar fail MB ke SPRM sudah tentu sesuai sangat file exco dihantar sekali...


# khabarnya umno walaupun menyokong Khalid terus sebagai MB tetapi akan tolak jika ditawarkan exco - perkembangan sihat.
Exco sepenuhnya dari PAS + ADUN BEBAS yang keluar dari PKR dan DAP !!!!

exco pas selangor dah tunjuk lagak...lagak huduh

kata dua exco selangor terhadap khalid supaya tidak melantik adun umno sebagai exco atau?????? pas tak akan sokong khalid? merupakan katadua huduh sombong menunjuk hebat ketika khalid tersepit.

apakah PAS merasa dirinya sangat MAHAL bila bersama Khalid tetapi sanggup jadi lembu bila bersama Anwar?

Adakah puratanya, PAS memang tidak boleh dipercayai !!!!????

Dalam hal ini selari dengan kenyataan muhyiddin, sokongan ke atas khalid adalah ikhlas tanpa syarat maka umno selangor sewajar menafikan dan seterusnya membuat kenyataan akan menolak sebarang tawaran exco dari khalid - umno akan terus jadi pembangkang contoh, pembangkang yang memberi sumbangan kpd pembangunan yg lebih sempurna. Bukan seperti DAP, PAS dan PKR yang sebok berebut jawatan.

Dalam kedudukan sekarang, Khalid boleh berada dalam kedudukan melagakan 4 parti utama... MB boleh bubarkan DUN untuk pilihanraya negeri? Agak2 boleh ke PAS survive ketika dia sudah ducurigai PKR dan DAP.

Bagi Khalid selepas pembubaran, dia mempunyai pilihan untuk tidak bertanding dan membiarkan 4 parti berentap sesama mereka.

Khalid sudah pun MENANG...sehebat Anwar, lim kit siang, lim guan eng semuanya sudah berdarah hidung...itu baru back hand khalid, belum penampar jepun,

Tuesday, August 12, 2014

Grand Master - Kearah Nak Rakyat Bangun Memberontak - GERTAK KOSONG KE ATAS PAS - KHALID IS PREPARED

Apabila tersepit DAP dan Anwar mula mentafsirkan undang-undang ikut kepala siku mereka, bertujuan nak menyiku mana yang tidak selari dengan mereka.

Grand Master mereka ialah undang-undang yang sah akan dimanipulasi sehingga menjadi kepercayaan bahawa sekali lagi Anwar dizalimi bertujuan orang Melayu yang tiga suku bangun berguling di tengah jalan.

Kenapa tidak dimanipulasikan Guan Eng dizalimi??????? DAP tidak membenarkan cina untuk bergerak di jalanraya kerana mereka akan terdedah kepada satu risiko yang lebih sangat besar, apa akan jadi kalau majoriti kaum cina berada di jalanraya????

 PAS diperlukan  bersama mereka bukan sahaja untuk memastikan kejayaan undi tidak percaya tetapi  juga bertujuan mempergunakan ahli PAS untuk berdemonstrasi - tanpa ahli-ahli PAS -  demonstrasi akan gagal.

Ugutan  mereka selama ini supaya PAS keluar dari Pakatan adalah Gertak Kosong!!!!

Anwar sedar jika menggunakan undang2 mereka tidak mampu menewaskan khalid secepat mungkin, jalan yang ada ialah mentafsir undang2 bagi membangkitkan kemarahan rakyat.

Mereka telah gunakan istilah "krisis perlembagaan" sebagai model, mereka gunakan istilah pemecatan exco tidak sah dan bermacam lagi selepas ini.

Rakyat harus sedar pemecatan Khalid dari PKR berkuatkuasa setakat dalam parti sahaja, Khalid masih ADUN dan Tuanku masih perkenan Khalid sebagai MB yang sah dan sudah tentu pemecatan exco juga adalah dalam pengetahuan Baginda dan sudah diperbincang dan diperkenan dalam pertemuan dengan Khalid sebelum ini.

kedua-dua pihak mempunyai penasihat undang-undang tersendiri. Penasihat undang2 di sebelah Khalid akan memastikan 100% undang2 dipatuhi bagi mengelakan loopholes dan tidak sah. Team undang2 mengkaji, telah Khalid sedia dari awal2 lagi, bukan baru set up malam tadi - Khalis is prepaired dengan serangan yang dijangkanya.

Team Anwar ialah punahsihat cari makan asal ada kes, menghalal cara...walau tampak bodoh

Perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk Khalid adalah satu PAKEJ. Anggaplah ia satu "hamper" besar, dalamnya ada biskut, ada air botol, ada coklat, ada kacang tanah, ada jajan - Khalid sedang membahagi bahagikannya. Semalam DAP dan PKR dah dapatkan??!!! - pemecatan exco.

Dalam situasi sebegini negara akan menangis kerana kehilangan ISA untuk membenteras bukan kerana mereka pembangkang tetapi mereka tidak mahu gunakan undang2 di mahkamah tetapi mahu gunakan tafsiran undang2 pembohongan di jalanraya dan ISA adalah jawapannya.

Langkah bijak Sultan Selangor tidak mahu jumpa Azizah adalah satu keputusan terbaik buat masa ini kerana 1001 cerita auta akan tercipta sebaik sahaja Azizah melangkah keluar dari Istana?

Jika Hadi tidak boleh melihat dan menghidu semua yang berlaku sekarang dan akan datang sudah pasti ada dalang di dalam PAS yang menutup muka Hadi !!!!

DAP Dah Tak Sabar 17hb Ogos

Lim Guan Eng minta PAS buat statement terlebih dahulu samada sokong Khalid atau tidak...lepas tu buatlah meeting 17hb Ogos... bodoh betul cina ni, dia ingat ini parti anak beranak, menantu, sepupu, isteri ka...

Siapa dalam PAS nak buat statement?
Sebelum ini bila Hadi, Nik Aziz kata sokong khalid, puak babi ni kata pandangan peribadi...
Bila Majlis Syura sokong Hadi sokong Khalid..puak biawak ni kata Pakatan tidak terikat dengan majlis syura.
Bila beberapa pemimpin negeri dan AJK pusat menyokong Hadi...puak anjing kata dia tak layan budak bawahan...

Ada juga di kalangan PAS mempertikaikan takkan PAS mahu keluar Pakatan atas faktor Khalid..
Aku anggap PAS mempertahankan Khalid bukan sebab dia Khalid tetapi atas tiada alasan yang kukuh untuk menggantikan Khalid lebih2 lagi digantikan dengan cekodok pisang. Sesuatu yg penting juga PKR dan DAP jangan biadab memaksa PAS bersetuju...jaga seluar dalam masing2.
Jika Khalid itu semut sekali pun, aku harap PAS mempertahankannya atas nama kebenaran. Lebih baik mempertahankan semut dari membenarkan musang berbulu ayam masuk kampung.

Monday, August 11, 2014

ADUN PKR dikepung...

Perlu ditanya Anwar secara langsung dan Pengarah Strategi dan Timbalan Presiden dan Pudin dan
pemimpin kanan pkr dan ketua-ketua cabang dan ahli pkr dan tidak ketinggalan pecacai pkr termasuklah anon anon di luar sana....

Kalau Zizah tu talented, bijak sungguh, sesuai sungguh, ada karisma, ada otak, akai masih boleh guna dan cukup jujur dan tidak boleh dipergunakan agaknya kenapakah anwar tidak boleh hantar senarai calon 2 atau tiga nama termasuk azizah kepada Tuanku Sultan Selangor.

Jika azizah sempurna sifat dan sikapnya lebih-lebih lagi dia merupakan presiden parti sudah tentulah Tuanku Sultan mempertimbangkannya secara khusus dan bijaksana. Menghantar satu nama tanpa pilihan (memaksa) sangat tidak beradab.

Apakah Anwar sendiri ragu akan keupayaan isterinya berfungsi sebagai MB atau matlamat Anwar masih sama, Azizah hanya mahu dipergunakan semuanya untuk perjuangan peribadinya sahaja¿

Jika nama Azmin disenaraikan pun, harapannya untuk terpilih berbanding dengan Azizah adalah tipis kerana Azmin mempunyai rekod politik dan peribadi serta rekod moral yang kurang memuaskan¿

Harapan Azizah awalnya untuk terpilih sebagai MB sangat cerah tetapi dirosakkan dengan presentation dan tingkah laku Anwar yang tidak membezakan dan membataskan perhubungan politik dan Istana.

Memecat Khalid juga satu kesilapan diluar jangka perhitungan kerana sikap over confidence dan kecuaian penasihat undang2 yg menyaksikan Khalid bukan sahaja kekal MB malah lebih berkuasa, bebas dan berpengaruh sekurang-kurangnya sehingga november ini - Anwar gigit jari dan kena kerja keras memastikan ADUN PKR tidak menyeberang. Kena kepung atau buat kandang seperti DAP yang sudah rebankan ADUNnya

Logiknya Anwar akan gagal. Tersungkur di kaki Khalid - cukup sadis.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...