Monday, August 25, 2014

Muhyiddin senada Mahathir cuma belum berani...

Muhyiddin telah menjalankan sebahagian dari tanggungjawabnya sebagai Timbalan Presiden parti untuk mengingatkan Najib bahawa teguran Tun perlu dipandang serius dan perlu ada tindakan.

Teguran Mahathir hampir 100% betul dan ianya menjadi garis panduan kepada rakyat untuk menilai najib sejauh mana tindakan susulan positifnya.
Jika teguran Mahathir yang masih ada pengaruh walaupun tinggal sedikit tidak diambilkira sudah tentulah suara rakyat yang lebih halus tidak akan diendahkan.

Najib yang dikelilingi kekebalannya atas faktor pengaruh, kroni dan kuasa wang jangan rasa terlalu selamat dan bijak !!!!!
Kekebalan yang ada kebebalan akan membawa mudarat.


Calon MB mesti dari PAS... Azmin disaran masuk PAS

Jika Tuanku Sultan Selangor hanya perkenan MB dari PAS sahaja sebagai menghormati majoriti (dap pas pkr bukan dalam satu pakatan yang didaftarkan sah) apa pula agaknya reaksi dari PAS sendiri, menerima atau menolak?

Ada yang sinis meramalkan PAS menolak bukan kerana faktor konsensus tetapi tidak bersedia mentadbir Selangor yang maju dan berbilang bangsa...takut untuk mentadbir cara Kelantan, takut dibenci dan hilang kerusi di PRU14 nanti. PAS sudah hilang selera dengan "Negeri Islam" yang pernah mereka war-warkan dulu, sudah selesa dengan keadaan sekarang?

Semoga PAS bersedia memikirkan kemungkinannya,  tidak menolak, menyahut cabaran dan buktikan...

Apa reaksi DAP, Anwar....
Kesian dengan jijah.....melolong agaknya !!
Kalau terpaksa...Azmin can join PAS..satu cadangan

Sunday, August 24, 2014

Rakyat Jangan Bergaduh Pasal Pemimpin, tingkatkan ekonomi masing-masing - Kreng Krong

Malas betol lha nak politiking laghi...

Jika ada PRU14 (KALAU SEMPAT ADA.. ??? hehehe), aku tak akan mengundi lagi (KERANA ALLAH).
Aku tak mau lagi bersubahat memilih pemimpin (yang akhirnya) menderhaka/mengkhianti sumpahnya kepada raja melayu, bangsa melayu dan agama islam. Aku tak percaya lagi kepada demokrasi jajaan yahudi zionis ini.

Aku yakin (JIKA MASIH ADA PRU14 lagi), itulah PRU terakhir dalam sejarah TANAH MELAYU.
Dipercayai, cina akan perintah Malaysia.
Betapa liciknya mereka menggunakan kuasa wang untuk membeli jiwa pemimpin melayu.
Pemimpin melayu pula semacam anjing, dibagi makan tulang (PUN) x malu berebut2x...
Jadik biarlah aku rakyat biasa masuk hutan, xde apa yang canggih dalam hidup aku pun aku tak kisah.
Sekurang-kurangnya miskin akan mengajar aku erti makna hidup, indahnya jika aku berjalan di bumi Allah ini tanap hiasan di badan tapi hidupku semata-mata hanya CINTAKAN ALLAH & RINDUKAN NABI (cewah... hehehehe).

JIKA PRU 14 X SEMPAT ADA... jeng3x... agak2 kenapa yer??? Sempat ker pemimpin2 politik yang tamak haloba perangai mcm vavi utan merasa PRU14???
Aku boleh resa kenapa jika xde. Tunggulah cerita hebat 2015-2017.



X payah berbalah k kalau x setuju pendapat aku. Aku ckap2 bodoh jer. Masing2x ada pendpt. X payahlah kita2 ni rakyat yang bodoh nak bergaduh sesama kita kerana x sependapat. Pemimpin mata duitan (NAK BAWAK DUIT MASUK NERAKA BANYAK2x KOT) tak kesah pun. Hehehehe.

KALAU PANJANG UMUR, BARU AKU MASUK BALIK POLITIK, TAPI POLITIK ALAF BARU, POLITIK STYLE ISLAM.. POLITIK BUKAN BERNISBAHKAN KEPARTIAN, BUKAN KEPUAKAN. BILA POLITIK STYLE BARU ITU AKAN MENJELMA KAT TANAH MELAYU? NTAHLAH, KALAU AKU MASIH PANJANG UMUUURRR.... JUMPALAH NANTI KOT...

Adiosss.....
Reply

Replies

  1. Lupa nak pesan2x, kalau sesiapa ada duit banyak kat bank, cepat2xlah beli emas.
    Beli dniar ker dirham ke... sebelum 2016 selewat2xnya. Simpan byk2x.
    Dipercayai dollar amerika akan e'lek, takder nilai, kosong, sifar selepas 2016 (tempoh berakhirnya kuasa OBAMA). Rakyat amerika akan jadik zombie.
    LIhat juga perkembangan matawang pakatan Rusia-China nanti (BRICCS). NATO dah lama baca nasib dollar US. Sebab tu meka buat pakatan matawang euro sebagai pemampan.
    JANGAN PERCAYA NILAI DOLLAR USA!.

Mana Kiblat Politik PAS...


Sudah ada ahli dan pemimpin PAS menghormati kerusi dari Presiden parti.

Kerusi







Hadi tidak bersendirian





DAP akan bawa Anwar jadi PM






Liberal dan Popular... Sama dan serupa juga









Penyokong setia diabaikan -kos yang tinggi pengundi cina >








Ini saja yang berbeza sikit

sasaran undi Melayu
Kos takmtinggi, sedikit janji manis





PILIHLAH MANA SATU PILIHAN HATI...

Saturday, August 23, 2014

UMNO Kalau tambah tak senonoh..yang benci jadi meluat

Agak keberatan untuk menyentuh isu Hari Berkabung 22ogos MH17, ini takut disalahtafsir atau
menyinggung waris-waris mangsa MH17 kerana mereka tidak bersalah dan  bukan dipihak yg patut dipertikaikan sama sekali.

Tetapi sejak pujian melambung ke atas najib kerana  boleh bercakap dengan ketua pemberontak ukraine pro russia dalam kes MH17...maka ia sudah mula diambil kesempatan oleh kerajaan tanpa tentu arah, over.....pemergian beberapa menteri termasuk zahed dan KPN serta AG sudah masuk tidak logik dan aksi berlebihan.....lepas tu the worst Najib ke Belanda dan kemudiannya hilang bercuti..... sedih lepas tu gembira hingga lupa dunia - percutian mewah gilerrrr...

Balik Malaysia..Najib buat muka sedih semula, penghormatan negara, bendera separuh tiang pada mangsa kemalangan ?????????????

Untuk apa semua ini??? Tidakkah ia agak "over" untuk kes itu, Ini peradaban mana? Ini yang dituntut Islam ? bertafakur? Siapa punya idea? begitu banyak masa, tenaga dan kos terbuang...


Penghormatan negara dan bendera separuh tiang hanya wajar diberi kepada
#Seorang Perdana Menteri yang mati ketika sedang bertugas, kalau tengah berpoya poya pun tak layak juga, kalau mantan pun tak perlu juga terutama yang serabai mcm paklah.
#Kepada Sultan dan Raja Melayu dan
#Kepada Tentera yang mati di medan perang...

Selain dari itu, rasanya belum cukup layak.
Kalau penang meroyan ketum bagi state funeral pada karpal - janganlah ikut sama mabuk ketum, jangan direndahkan status state funeral itu sendiri, jangan diikut kerja songsang tu...

najib jangan cuba gunakan tragedi untuk simpati, jangan kononnya inilah perpaduan dan lebih penting mh17 tidak mampu memadamkan ketidakpercayaan rakyat kepada kerajaan atas kehilangan mh370.


Jika Najib and the gang ingin mendapat credit atas semua itu secara berlebihan, ia hanya backfire...ini bukan era Mahathir...ini era Najib..era rakyat sayang umno tinggal sedikit, sudah ada benci umno, janganlah buat tak senonoh, rakyat makin benci...meluat.




# diberitakan media arus perdana mula memboikot mahathir. !!!

Siapa yg gelar dia sepat kering, dia nak cili mulut orang tu....

Tidak jelas kenapa Datin Sri Wan Azizah isteri kepada bakal Perdana Menteri Malaysia difikirkan tidak
layak menduduki kerusi MB Selangor kerana sejarah hingga saat ini menunjukkan Wan Azizah adalah calon wanita yang paling layak sekali berbanding wanita lain di Malaysia, hatta Rosmah sendiri bukan saingan terdekatnya.

Soal jantina dan bukan anak selangor sesuatu yang sangat remeh. Malah setakat mana Tuanku Sultan tidak berkenan pun hanya satu maklumat yang tidak disahkan.
Azizah juga difitnah akan menjadi boneka Anwar dan DAP juga tidak berketepatan kerana dia di kelilingi exco PAS yang Islamik dan jujur.


Cuma keberangkalian Azizah sedikit terjejas terlepas pandang adegan baling kerusi dan meja melayang dalam mesyuarat agung cabang-cabang baru-baru ini, itu kes terpencil.

Lebih penting Azizah telah lulus syarat pertama, ADUN Kajang.
Kelayakan seterusnya, bekas Ahli Parlimen, bekas isteri TPM dan sekarang Presiden PKR sebuah parti pembangkang yang aggresif, berpengaruh di dalam dan luar negara.

Inilah satu-satunya parti yang berketuakan Presiden yg dipilih dan bertuankan Ketua Umum yang melantik dirinya sendiri.

Azizah juga telah menunjukkan amanah simpan rahsia yang paling setia bersesuaian dengan tugas dan amanah Menteri Besar kelak.

Pengalaman politiknya sangat luas dan merupakan idola kepada anak perempuannya yang juga seorang Ahli Parlimen yang baru-baru ini telah berjaya dinobatkan "kaki fitnah" oleh RNC.

Adalah perlu rakyat Selangor memberi peluang kepada wanita ini yang setaraf margarett tracher mantan PM Britain untuk menduduki kerusi MB Selangor sebagai asas perjalanan dan perjuangannya sebagai PM Malaysia selepas PRU14 atau lebih awal dari itu jika Anwar dipenjarakan atas kebingaian peguam-peguamnya.

Maksudnya: Anwar sudah merancang azizah bukan sahaja wajar menjadi MB Selangor tetapi selepas itu ialah PM Malaysia menggantikannya !!!??

Friday, August 22, 2014

Selepas anwar di penjara?

Tanpa Azizah sebagai MB... dua minggu sahaja Anwar kat dalam..orang dah tak sebut namanya lagi,
dilupakan !!!

Azizah jadi Presiden, bermesyuarat dengan kerusi kosong...Nurul Izzah jadi pembancuh kopi dan tukang sapu sampah kat bilik mesyuarat.

Saifuddin, Hafizi, tian chua...naik tongkang balik tongsan, joint DAP.
Mereka dapat tauke baru...tanggungjawab pun kurang....status angkat file dan tukang susun kerusi.





senario yang lain:

Kalau Azmin jadi MB...lu ingat dia akan usaha keluarkan anwar ke ?

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...