Thursday, August 28, 2014

Nak Tazkirah Sikit Boleh Ke....Salah siapa?

Ini untuk umno, pas dan pkr...
bila berselisih, tali apa yang dipegang..

Dalam pas - ulamak tok guru ustaz bersusun...
Dalam umno - mufti, menteri, khadi bergentayangan...
Dalam pkr - sokmo yusuf qardrawi, buku kitab jadi rujukan...

Apa masalah kita..
Semua dan masing-masing ada tetapi Islam yang satu itu dilihat tidak sama dan tidak serupa..itu dapat kita rasakan.

Apakah mereka rasakan Islam itu sudah outdated dalam kecanggihan teknologi dan mediaIT - globalisasi dunia tanpa sempadan lalu mahu Islam itu diliberalkan?

Nik Aziz tercemar kerana politik..
Mufti tercemar dengan "saya yang menurut perintah" - makan gaji
Menteri Ugama - Yes Man

Orang Melayu yang lahir sebagai Islam - membesar memburu dunia...
Orang Mualaf yang lahir sebagai bukan Islam - menuju cabaran mencari keredhaan

Salah siapa?

Nak Mencarut Sikit Boleh Ka? Bab kerusi dia nak bini dia sorang saja...bab lubang dia tibai semua...

Tidak ada kena mengena samada dengan yang hidup atau mati, kalau ada itu kebetulan sahaja

Apa hang nak komen !!

                     


   

Wednesday, August 27, 2014

Apa Perkataan "_ _ _ _ _ _ _" Yang Lebih Sesuai Untuk PAS..

Sebutan uturn, pengecut, lembu, anjing, boneka terhadap PAS sebelum ini sebenarnya belum mencakupi
untuk menggambarkan sifat dan sikap PAS keseluruhannya dari dulu sampai sekarang terutama dalam tempoh sebulan ini...Tentunya ada perkataan yang lebih sesuai !!!!! berdasarkan pemahaman masing-masing.

Blogg ini tidak berhasrat untuk menerima komen anda dengan sebutan yang pelbagaian bunyi dan bentuknya, memadailah samada anda bersetuju atau tidak dengan pendapat di atas.

Satu perkara yang pelik tentang PAS, mengelirukan -
Kerusi Pengkalan Kubur adalah kerusi PKR pada PRU13 dan masih dituntut oleh parti tersebut tetapi kenyataan hari ini, Timbalan MB Kelantan berhasrat meletakan calon PAS..... Di mana konsensus dan setia sepakatan ?
 Krisis MB Selangor - Kenyataan Mustapha...... PAS akan mencalonkan 3 nama dari PKR dan bukannya dari PAS sebagai menghormati konsensus kerusi MB milik PKR....

Ini kenyataan2 dari orang berpengaruh tetapi apakah semua ini hanya pandangan peribadi dan tidak menggambarkan keputusan dalam mesyuarat kelak dan tidak juga pendirian rasmi peribadi Presiden??






# Dalam keadaan tidak menentu dan dijangka hasrat Anwar meletakan Azizah akan karam....DAP kelihatan
bernada sedang bersiap sedia untuk pindah plan dan pendirian memastikan ADUNnya tidak terpinggir sebagai exco dlm kabinet Selangor kelak.


Anwar buka cerita realiti Azizah ditolak..anwar harus minta maaf

Najib mendakwa azizah mahu dilantik sebagai MB atas sekadar dia isteri anwar. Nepotisme paling tebal
dalam sejarah politik Malaysia tanpa rasa malu atau bersalah.

Pada 2009 anwar mendakwa ada 40 MP dari BN yang akan menyebelahinya untuk mrnumbangkan paklah dan hingga sekarang tidak dibuktikan....dan hari ini anwar hanya ada seorang sahaja calon yang tidak berwibawa untuk calon MB?

anwar menyangkal dan menyatakan azizah layak kerana ada pengalaman sebagai presiden parti dan bekas ketua pembangkang di parlimen, bukan kerana azizah semata-mata isterinya.

Tetapi selanjutnya anwar enggan meneruskan hujah berhubung kelayakan azizah secara umum untuk rakyat tahu dan nilaikan.

Jadi MB untuk siapa ni? untuk rakyat atau untuk parti sehingga kelayakan azizah pun nak dirahsiakan?
Jika azizah memang seseorang yg berpengalaman sebelum ini dalam pelbagai jurusan sudah tentu maklumat itu dapat membantunya hari ini dan akan disokong rakyat.

Apa pengalaman yang azizah ada sekadar jadi Presiden yang dibonekakan dan Ketua Pembangkang yang ditunggulkan?

Hari ini walaupun Anwar juga sedang menyandang Ketua Pembangkang, apa sumbangan berdasarkan pengalamannya?
Memusnahkan perpaduan, memburukkan negara dan menghancingkan politik siang dan malam.

Kenyataannya, Azizah ditolak kerana dia isteri kepada seorang peliwat - Anwar yang gagalkannya, Anwar yang bersalah.

Hakikatnya jika Michele Obama adalah seorang pelacur tegar, apakah memungkinkan  suaminya menjadi Presiden Amerika hari ini...

Tuesday, August 26, 2014

PAS mahu tapi malu...

Dalam kecelaruan yang menimpa PAS sekarang sejak krisis MB Selangor adalah belum terlambat untuk membaikinya "once 4all" khusus mengelak perpecahan dalaman yang serius.
Semua yang terlibat sesama mereka wajar duduk dalam satu muhassabah diri dan kembali kepada satu ketetapan yang bersepadu.

Semua kekecohan ini dimula dan disemarakan oleh kumpulan musang berbulu ayam, anwarinas. Sesungguhnya PAS perlu memberi mereka pilihan dan bagi yang nyata jelas kiblatnya wajar dibersihkan, dipecat.

Langkah segera yang perlu PAS buat ialah mengistiharkan dan mencalonkan dua ADUN PAS untuk jawatan MB dan tetapi memberi keutamaan kepada Khalid untuk dilantik semula samada sebagai ADUN Bebas atau Khalid sertai PAS.

PAS harus bertegas, tidak perlu rasa malu atau bersalah  menuntut haknya untuk kerusi MB apabila konsensus dan tolak ansurnya tidak dihargai komponen malah dihina-hina, diugut dicabar dan langsung tidak dihormati.
Malam ini PAS akan bermesyuarat menentukan 2 nama yang dicalonkan. Sesuatu yang diharapkan ada kebijaksanaan di sana.

Langkah kedua segera ialah membersihkan semua virus anwarinas dalam PAS sebelum PAS musnah dikucarkacirkan oleh mereka ini.

Langkah ketiga ialah keluar dari Pakatan Haram.

Dengan tindakan sebegini sahaja segala persepsi dan sindiran kepada PAS dapat diketepikan dalam jangkamasa pendek. Sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk dengan UMNO perlu lebih berhati- hati selepas ini.

Tuanku Sultan Selangor Sudah Kenalpasti 3 Nama Calon..

Jika DAP dan PKR kekal mencalonkan hanya nama Wan Azizah..Anwar berjaya meyakinkan DAP, selain
dari Azizah..calon lain tidak ada kesetiaan kepada parti serta tidak boleh dikawal dan ini terdedah kepada situasi yang sama seperti Khalid lakukan.

PAS pula berdasarkan ketetapan Mesyuarat Khas terbaharu, atas pendirian mutakhir Hadi, nama Azmin akan dicalonkan..

Jika kedua nama ini tidak diperkenan, sudah pasti nama ketiga yang sudah dikenalpasti oleh Tuanku akan kekal sebagai MB sekurang-kurangnya sehingga November 2014 atau DUN dibubarkan lebih awal.
Sudah tentu keputusan Tuanku akan mendapat sokongan PAS, UMNO dan paling penting rakyat Selangor di belakang Tuanku.

Urusniaga politik akan terus panas dan lebih panas jika DUN dibubarkan. Dijangka sekurang-kurangnya di peringkat Selangor, parti dalam Pakatan Haram tidak di kategorikan sebagai berpecah tetapi masing2 akan membawa haluan sendiri termasuk bertanding sesama mereka di kawasan2 tertentu sebagai menguji kekuatan dan pengaruh.

Tidak dapat dielakkan, mereka terpaksa membogelkan lawan masing2.
Tidak pasti samada Khalid berundur terus dari politik atau lawan tetap lawan dengan menubuhkan parti baru atau bersama PAS.

Dengan kepimpinan Najib yang sedang dikritik Mahathir dan ketidakterampilan Noh Omar di Selangor, dijangka UMNO sudah boleh dikira bernasib baik jika masih dapat mempertahankan jumlah kerusi yang sama.

Adalah lebih baik UMNO tewas di semua kerusi DUN Selangor jika benar rakyat mahu memberi isyarat yzng nyata, jelas dan tegas kepada Najib.

BILA DUIT NAK MASUK

*Bila Duit Nak Masuk ?*  Saya berkongsi diatas beberapa perkembangan terkini QM . InsyaAllah payment akan dibayar . Ada 3 kemungkinan bila p...