Tuesday, November 11, 2014

Isu JPJ bertebaran.. Najib oh Najib


Di bawah antara luahan rakyat yang bertebaran di media maya. Samada betul atau tidak luahan itu, persaolannya itulah yang sudah ada di kepala majoriti rakyat yang bagaimana mahu diurus dan dibendung.

Lebih malang kalau ada menteti atau pemimpin pula membuat statement bodoh.

Kejadian merosakan kenderaan JPJ dan menebalikannya di satu kawasan kaum India sangat keterlaluan walau apapun alasannya. Ia akan menjadi wabak yang akan diambil kesempatan oleh pemimpin politik yang sedang desperate.


ISU SEMASA - PEMERIKSAAN JPJ :

Apabila rakyat dah marah, kemarahan terhadap parti memerintah lebih meluap2. Tindakan ini hanya merugikan orang melayu, dan boleh menjejaskan pentadbiran negara ini menjelang PRU 14.

Apakah ini TIDAK DAPAT di fikirkan oleh YB2 Menteri, termasuk lah YAB PM / YAB2.. Di tambah lagi dengan kenyataan bodoh pegawai JPJ, sehingga meramalkan angka kematian.

Nampak sangat pentadbiran negara sekarang ini TIADA KUALITI. Pendekatan sebaiknya 3M - MENDIDIK, MENASIHAT DAN MENCEGAH.

Contoh cermin gelap yang di bawa masuk dari luar negara (kereta recond), sepatutnya JPJ sebelum mengeluarkan roadtax pada pendaftaran pertama kenderaan,

MENSYARATKAN PUSPAKOM mengeluarkan pengesahan, yang satu salinan akan di simpan oleh pemilek kereta, dan BOLEH MENGELUARKAN SAMAN, jika ianya di ubahsuai MELEBIHI daripada kelulusan tersebut ( Jika perlu, laporan bergambar).

Isu plet number, PUSPAKOM / JPJ yang bekalkan semasa pendaftaran kenderaan (pelbagai kaedah - Mengenalpasti kedai2 yang mengikut spesifikasi JPJ, salah satu cara).

Cogankata KEPEMIPINAN MELALUI TELADAN juga tidak di pratikkan, apabila ada pihak VVIP / VIP / YAB / YB / Agensi Kerajaan, juga TIDAK MEMATUHI UNDANG2 yang telah di tetapkan.Perkara perlu DI BENDUNG daripada peringkat AWAL, bukannya dah HUJUNG2, yang membuat masyarakat MARAH, dan akhirnya KERAJAAN MEMERINTAH yang menjadi MANGSA. Pemimpin MASYARAKAT / YAB / YB, FIKIR2KAN LAH. PRU 14 PUN DAH TAK LAMA LAGI DAH !!!!

Hebat - Malaysia ada extra 10 juta "alien"

Hampir 7 juta rakyat asing didaftarkan di negara anda yang tercinta ini.
Berapa yang belum daftar (?)
Kurang lebih jumlah mereka yang ada di negara kita 1/4 hingga 1/3 dari jumlah rakyat Malaysia.

Itu merupakan satu jumlah yang sangat besar.
Besar dan kuat.
Kuat dan merbahaya.

Letaklah mereka di mana sahaja..bidang ekonomi...bidang politik..atau pertahanan (tentera) - Mereka boleh memberi kesan besar dan seterusnya menguasai.

Yang salah tentulah rakyat - bukannya jabatan, bukan kementerian, bukan menteri dan sama sekali dan tidak mungkin Perdana Menteri.

Apabila semua usaha (????) telah dibuat untuk mengekang tidak berjaya, eloklah kita alu-alukan sahaja mereka dengan menawarkan kerakyatan sepertimana nenek moyang kita dulu lakukan.

Sunday, November 9, 2014

Siapa sebenarnya yang menghina mahkamah

Sebagai rakyat Malaysia, apa pandangan anda pada sesebuah negara jika hakim-hakimnya ramai yang bodoh dan mahkamah jadi sarkas.

Kita bernasib baik kerana ia tidak berlaku di negara ini.

Antara liwat dan gawat...mana satu nak didahulukan

1. Mana satu yg lebih penting diutamakan, untuk diselesaikan...

2. Liwat yang diketuai Anwar... atau
3.Negara semakin gawat..di ketuai Najib..

4.Hal ekonomi pandangan siapa yang lebih tepat, Gabenor Bank Negara atau Rakyat (?)

5. Sumpah laknat Saiful bukan sahaja menuju Anwar yang sedang cemas cuba melepaskan diri tetapi tempiasnya juga kena pada orang lain...cemas diburu permasalahan, persaolan yang tidak terurus bertimpa-timpa...

Saturday, November 8, 2014

ANAK SYAITAN

Sembilan Jenis Anak Syaitan.
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidakperlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/­ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol.Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain- lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai- berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak- anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/ matahari Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-çwas untuk menyebarkan maklumat ini ?

KITA UMAT ISLAM AMBIL PEDULI !!!
Lagu Menghina Islam.
1- Maroon 5- One More Night
2- Nicki Minaj- Beam Me Up
3- Akon- Hello Arab

Friday, November 7, 2014

Lembu yang makan rumput pun tak sewel..

Apabila ada otak manusia yang bengong sebengong bengongnya memberi keputusan atas sesuatu yang sudah di tetapkan Allah sebagai hukum tetapi di-overuled atau diatasi dengan undang-undang manusia - apa status manusia itu.

Sewajarnya didunia lagi dia patut di dakwa kerana di sisi perlembagaan negara sudah meletakan Islam sebagai ugama rasmi.

Sudah sampai masanya segala urusan dan keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh dibawa ke mahkamah sivil... Alangkah peliknya manusia cuba menggunakan otak belacan sejemputmya untuk menentang dan menafikan keputusan Penciptanya sendiri.

Liberal mempengaruhi dan menguasai negara...

Jika pihak pembela gagal mengemukakan sebarang keraguan yang munasabah...sudah sewajarnya hakim-hakim mahkamah persekutuan segera membuat keputusan dalam kes rayuan terakhir anwar liwat ll...Anwar sudahpun didapati bersalah dan dihukum penjara 5 tahun oleh mahkamah rayuan...jika tiada keraguan..Mahkamah persekutuan berperanan mengesahkan.

Jika Anwar dibebaskan, sudah tentu lebih ramai yang gembira berbanding dengan mereka yang tidak gembira. Anwar juga sebahagian daripada ciri-ciri liberal yang memberi harapan baru kepada pencinta liberal untuk menyuburkannya di bumi Malaysia.

Jika liberal itu ujud secara terbuka, luas dan ramai penganutnya di pihak kerajaan dan pembangkang maka penyatuan akan lebih mudah.

Semangat ukhuwah dan persaudaraan Islam yang dianggap mampu mencantumkan antara PAS dan UMNO tidak menjadi kenyataan sebaliknya harapan itu beralih kepada kekuatan pengaruh liberal.


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...