Tuesday, September 1, 2015

BERSIH CUBA DI SPIN

Komen anon dari lifeofannie.blogspot:

...

Nasib baik Mahathir turun. Genius orang tua ni. Dia nak pastikan, demo ni tak spin sebagai cina benci melayu punya narrative. 
...

Tun Sudah Ada Jawapan -Mereka Tergelojoh spin...

Terhisteria dengan kehadiran Tun, mereka tuduh Tun sokong Bersih...

Terkejut berok dengan kehadiran Tun, tanpa akal mereka kata Tun sokong DAP...

Terkedu dengan kehadiran Tun yang mencuri tumpuan - pemimpin pembangkang berbalah dan tidak sama pendapat..

Terkejut dengan jumlah kehadiran, PM kata semuanya dianggap cetek fikiran...

Seperti biasa, semua tu dalam kocek Tun, jawapan sudah lama tersedia...
Saya tak sokong Bersih, saya sokong rakyat...
Yang datang Bersih bukan semua ahli DAP atau PKR, bukan semua pakai baju kuning....
Mereka datang dengan satu tujuan...Najib must go..

Sekali lagi komen2 awal dari Hisham, Mustapha Mohammad dan lain-lain atas kehadiran Tun memalukan diri sendiri....

Apakah Najib bersetuju dengan Baju Merah 10 Oktober anjuran Jamal Pak Tongkol..
Bersediakah Najib untuk bersama dalam perhimpunan orang-orang cetek akal...

Monday, August 31, 2015

PESERTA BERSIH BERFIKIRAN CETEK...

Itu kata PM tercinta, Najib.

Dr. Mahathir pun termasuk golongan tersebut.

Yang berfikiran hebat semua tak hadir. Najib tak hadir. Zahid tak hadir. Ketua Bahagian tak hadir.

Sudah tentu Bersih tidak memberi kesan pun kepada Najib !!! Masih kekal PM.

Kegagalan Bersih petanda kegagalan penyelesaian politik secara berhemah.
Kegagalan sebelumnya bermula dengan upside down law.
Najib berjaya mengheret parti dan kerajaan dalam isu peribadinya.

Ini sangat merbahaya. Najib lebih bahaya dari DAP. Najib membahayakan orang Melayu jauh lebih bahaya dari DAP !!!

aspanalias.blogspot mungkin relevan.

Himpunan Kotor Baju Merah

SABAK BERNAM: Himpunan satu juta menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diadakan pada Oktober ini untuk mengatasi jumlah peserta perhimpunan Bersih 4.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata himpunan sejuta orang menyokong Najib itu akan diadakan pada 10 Oktober ini dengan memakai t-shirt merah.

Jamal berkata, beliau sangat yakin dapat mengatasi jumlah peserta yang berkumpul di Dataran Merdeka bagi bersih 4.

“Kami telah memilih 10 Oktober untuk perhimpunan kami. Kami akan berkumpul di Low Yat, Bukti Bintang dan 1 juta ‘Baju Merah’ akan turun bagi menunjukkan sokongan terhadap Najib”, katanya selepas perasmian mesyuarat UMNO bahagiannya.

Jamal baru-baru ini menubuhkan kumpulan Anti Bersih bagi berhadapan dengan peserta Bersih tetapi dibatalkan di saat-saat akkhir selepas dinasihat polis.


Sunday, August 30, 2015

DOA DI HARI KEMERDEKAAN

Demonstrasi rakyat (bukan BERSIH) bukanlah pilihan akhir untuk Najib berundur.

Orang Islam banyak lagi cara, melakukannya dengan aman dan sopan. Kerakusan dan kezaliman lebih mudah digagalkan dengan kelembutan dan kesederhanaan. Apalagi kalau yang mahu ditentang itu mereka yang zalim tetapi sedang dalam ketakutan.

Solat hajat dan doa adalah senjata mukmin. Dalam ketika kita membongkar dan protes terhadap salahlaku penimpin, iringkanlah doa dan munajat.

Doa yang mahu dimakbulkan, tidak ada sesiapapun yang boleh menghalangnya walau sesaat.

Mencukupi satu doa, lebih lebih lagi dari ahli UMNO sendiri, yang diperkenankan untuk mengatasi 3 juta ahli UMNO.

Jika semua perkara akan menjadikan lebih baik. Allah Maha Mengetahui. Turunkanlah Najib pada masa yang sesuai. Perkenankanlah Ya Allah doa dan harapan kami, aamiin.


PENGISIAN KOSONG

58 tahun kemerdekaan kini negara berada pada tahap pengurusan yang integriti bercelaru.

Asas yang dibina dari tangan UMNO mlalui 4 Perdana Menteri mula goyang dengan dua pilihanraya lalu BN hilang dua pertiga majoriti.

Keadaan semakin tidak terkawal kerana kepentingan dan kehendak individu samada Najib atau dan Mahathir mahu di utamakan.

Kedudukan Najib sebagai PM berada pada risiko paling tinggi dan Mahathir sebagai Mantan PM sedikit tercalar integritinya.

Sudah tidak ada jalan pilihan kecuali diteruskan kerana kebenaran akan bercakap sendiri dihujungnya.

Pepatah nasihat dan ingatan kepada anak cucu masih kekal relevan..
BANGKAI GAJAH TIDAK BOLEH TERLINDUNG SEKADAR MENUTUPNYA DENGAN NYIRU...
SEKALI BOHONG, 10 KALI PEMBOHONGAN DIPERLUKAN UNTUK MENUTUP PEMBOHONGAN ITU..


# Pengisian Kosong - yang nak diisipun sudah kosong, kering kontang, jangan rasa mewah jika berhutang dan akhirnya hanya mampu janji mulus-mulus yang sudah tidak boleh dipegang lagi...

Jangan sampai rakyat senyum simpul setiap kali mendengar ahmad maselan dan kawan2nya pemimpin buka mulut...

SETAKAT MANA ANDA PERCAYA...

KEMASKINI:
Bersih 4.0 semalam, ramai cina turun dikatakan racial.
Hari ini ada pertambahan Melayu...

Bersih 3.0 ramai Melayu turun, dikatakan jadi alat dan tunggangan DAP..

Mana satu yang betul ni...



ASAL:
Suka atau tidak, Bersih 4.0 sedang berjalan. Anda tidak suka, ramai yang suka... anda seorang mereka ramai...

Kalau nak tunjukkan cash is king dan anda majoriti. Buatlah satu perhimpunan kotor atau anti bersih.

Ekonomi negara sekarang dikaitkan dengan Najib. Ianya logik kerana segala keputusan Menteri Kewangan turut disokong PM.

Tetapi logikkah negara akan kembali stabil dari segi politik dan ekonomi jika Najib berundur (?)

Nilai Ringgit tidaklah seteruk ini jika Najib berundur (?)

Sejauhmana jaminan Mahathir ada integriti....

A




BILA DUIT NAK MASUK

*Bila Duit Nak Masuk ?*  Saya berkongsi diatas beberapa perkembangan terkini QM . InsyaAllah payment akan dibayar . Ada 3 kemungkinan bila p...