Thursday, April 14, 2016

NEGARA FOKUS KPD ZAHID.

Dalam dan dengan keperluan yang amat sangat menyelamatkan Malaysia....

Akan kedengaran suara sumbang yang akan mencelah tanpa sempat kita menghabiskan kata kata, apa benda katanya yang nak selamatkan negara...

kita sambung, selamatkan maruah negara, bangsa dan ugama...

itu yang mereka buat buat tak faham tentang negara di mata dunia dan jiran, dipersenda...dipandang lekeh, rakyat seolah terima salahguna dan korup etika sebagai budaya...30 juta mampu diperbodohkan kerana segelintir pemimpin dikuasi wang dan penyokong sarat dengan dedak.

1MDB kini sedang menjerut dirinya sendiri dengan beban hutang besar yang memerlukan aset negara tergadai dan rakyat dibebankan dengan cukai.

Punca datangnya dari seorang dan ia perlu disingkirkan walau terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi.

Kompromi dan pengorbanan kepada negara kena diteruskan dan jalan pintas ialah Zahid Hamadi mengambilalih dan memangku jawatan PM atau diserahkan kepada kuasa tentera sehingga satu pilihanraya yang sihat di adakan.

Soal soal lain sudah jadi agenda kedua. Untuk lebih mantap, Shafie Apdal dilantik sebagai Pemangku TPM.

Zahid perlu bersiap sedia, seluruh negara tertumpu kepadanya. Jangan sampai dia pula tersungkur jika teragak agak

Wednesday, April 13, 2016

INGATKAN DAH BOLEH LENAAAA....

Pada 30 Mac 2016 yang lalu sekitar jam 2 petang, saya telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi terhadap Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB berhubung satu maklumat dari Laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan sejumlah RM288 juta telah dibelanjakan tanpa dimaklumkan dahulu kepada Lembaga Pengarah 1MDB.
Saya membuat laporan tersebut supaya satu siasatan dapat dijalankan dengan segera untuk menentukan sama ada satu kesalahan jenayah telah dilakukan kerana sebarang pembayaran atau perbelanjaan sebesar itu memerlukan kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB.
Siasatan itu juga penting kerana selama ini Arulkanda sering memberi alasan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai pelbagai salah tadbir kewangan di 1MDB kerana ia berlaku sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB. Maka, urusniaga RM288 juta tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah 1MDB itu kini menjadi satu bukti bahawa di bawah pengurusan Arulkanda pun keputusan dan urusniaga yang meragukan dan boleh disifatkan melanggar undang-undang, masih terus berlaku.
Sehingga kini saya tidak nampak pihak polis mengambil tindakan menahan Arulkanda Kandasamy atau mana-mana pengurusan kanan 1MDB untuk mempercepatkan siasatan. Malah, saya tidak pasti sama ada pihak polis telah mengambil sebarang kenyataan dari Arulkanda Kandasamy atau mana-mana pengurusan kanan 1MDB.
Ini berbeza dengan layanan polis terhadap saya.
Laporan polis terhadap saya dibuat oleh Jabatan Audit Negara sekitar jam 11 pagi pada hari Selasa, 5 April 2016. Saya dimaklumkan bahawa arahan untuk menahan saya dikeluarkan sekitar jam 4 petang pada hari yang sama iaitu 5 jam selepas laporan polis dibuat. Saya kemudiannya ditahan pada jam 6 petang pada hari yang sama iaitu 7 jam selepas laporan polis terhadap saya dibuat.
Oleh itu, saya ingin mengingatkan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara bahawa segala tindak tanduk beliau berhubung isu 1MDB diperhatikan oleh rakyat. Jika saya boleh ditahan 7 jam selepas laporan polis terhadap saya dibuat, kenapa sehingga sekarang Ketua Polis Negara ini belum mengeluarkan arahan agar Arulkanda Kandasamy juga ditahan untuk siasatan lanjut kerana tepat jam 2 petang hari ini, 2 minggu telah berlalu sejak saya membuat laporan polis terhadap Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB.
Lebih penting lagi, oleh kerana Jabatan Audit Negara mengesahkan bahawa dokumen yang saya dedahkan adalah dokumen yang sahih, maka sudah tentu maklumat yang terkandung juga adalah sahih. Ini mengesahkan bahawa Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB telah membuat pembayaran RM288 juta tanpa dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah terlebih dahulu dan asas yang kukuh untuk memulakan siasatan terhadap mereka.
Saya akan menunggu sehingga Jumaat 15 April 2016 ini untuk melihat sama ada Ketua Polis Negara akan mengarahkan Arulkanda Kandasamy ditahan untuk siasatan lanjut sebelum saya memulakan langkah-langkah lain berhubung perkara ini.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

TAK SELESAI LAGI KE...



Sebelum ini yang pukul canang siang malam serata ceruk oleh media pendedak dan pemakannya kata dah selesai, apa sebenarnya (?)


Agak malang kalau di kalangan parti pemerintah, ada bijak pandai, ada Phd, ada Harvard tapi bila bercakap, kalau tak membohong, membelit je kerjanya.. tolnglah pro sikit, malu kat orang kampong...


.........................



YB DATUK SERI MUKHRIZ akan berada di Labis Pd Tetapan Berikut

Tarikh : 15/04/2016 (Jumaat)
Masa   : 11.00 pagi dn solat jumaat di Mesjid Besar Labis
Tempat. Di rumah ketua Pemuda Umno Bahagian Labis.
Jalan Pegawai jln Muar Labis
Jom dtg ramai2.

SEBARKAN VIRAL UMUM!!

Ayuh ramai2 ke himpunan "MENCARI KEBENARAN"

MAJLIS 1 -
"BICARA TOKOH"
MUAFAKAT MELAYU PENGERANG & GABUNGAN KETUA-KETUA CAWANGAN/BAHAGIAN PENGERANG.........
BERSAMA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN ,
DAN DATUK SERI MUKHRIZ

Tarikh    : 16/4/2016 (Sabtu)
Masa     : 9.00 pagi
Tempat :  Pusat Komuniti Kg Batu Mas, Jalan Batu Mas, Taman Bayu Damai, Pengerang, Johor

MAJLIS 2 -
SEMARAK KASIH & GABUNGAN KETUA-KETUA CAWANGAN/BAHAGIAN KULAI........
BERSAMA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DAN DATUK SERI MUKHRIZ

Tarikh    : 16/4/2016 (Sabtu)
Masa     : 2.00 petang
Tempat : Dewan Raya Felda Taib Andak, Kulai

Negara Kita Tanggunjawab Kita

#saveMalaysia

#beranikeranabenar

Sekretariat GKCM


#Say NO to pemakan dedak ..





Assalammualaikum..
Mohon Laluan .
Tunjukan Sokongan Anda Kepada MUAFAKAT JOHOR Kepimpinan YB MB Khaled Nordin daripada pemakan dedak..

Baju Lengan Pendek
RM40 roundneck
RM50 berkolar
Cotton Standard Terbaik

Order 2-Poslaju PERCUMA
S M L XL XXL

Yang Berminat WhatsApp personal 019 6860 182 , tk.

BANTAH MUHYIDDIN

KEMASKINI:
RALAT: Jumlah yang hadir membantah sekitar tidak sampai 60 orang dari 3 cawangan yang mungkin mewakili KB Marsum Paing
Kesilapan typo- harap maaf.


TULISAN ASAL:

# Penyokong Najib kurang lebih 60,000 orang turun padang membantah Muhyiddin.

Diharap penyokong TSMY dapat menerimanya secara terbuka, berlapang dada dan faham demokrasi.


"JANGAN PECAH BELAHKAN PERPADUAN PARTI"

Bantahan Program TS Muhyiddin di Putra Perdana oleh Umno Cawangan2 di Putra Perdana,Puchong.

Berkumpul di depan b/stop Sekolah Agama Putra Perdana jam 5.45 ptg ini.

Contact person Azwan 0123566177




Tuesday, April 12, 2016

FOKUS KEPADA KEPALA....


MENJOLOK KEDUDUKAN MENTERI BESAR JOHOR BERERTI CUBAAN MENGGUGAT KEMUAFAKATAN BANGSA JOHOR.... 
APAKAH INI SATU AMARAN KEPADA BUGIS PEKAN...


Siapa yang memegang tampuk kuasa sekarang yang lazimnya akan mencorakan masa depan negara samada maju atau lingkup.

Siapa yang jadi ketua kerajaan sekarang yang menghayati dan akan membawa rakyatnya samada sejahtera atau sengsara.

Siapa Presiden parti yang mengetuai kerajaan sekarang untuk melaksanakan dan memenuhi perjuangan parti dengan melalui kerajaan sekarang.

Apakah hak rakyat hanya satu hari dalam 5 tahun iaitu hari mengundi dan rakyat tiada apa apa hak di sisi perlembagaan selepas dan sebelum 1 hari tersebut.

Adalah tidak logik, tidak masuk akal dan pariah untuk kita mengaitkan orang lain, menyalahkan orang lain, membangkitkan perkara silam untuk menutup kelemahan kerajaan sekarang, melindung dan mempertahan pemimpin tertentu lebih lebih lagi yang tidak berakhlak.

Jika hari ini rakyat bersikap kritikal terhadap kerajaan kepimpinan Najib, ia sesuatu yang normal, demokratik dan rasional.

Kritik, membantah, menegur dan menasihat adalah hak mutlak semasa dan sepanjang masa yang dibenarkan oleh Perlembagaan melalui pelbagai saluran.

Menangkap, menghukum, memecat dan menzalimi rakyat yang kritikal terhadap kerajaan, adakah ia selaras dengan Perlembagaan (?)

Apa yang rakyat lakukan sekarang adalah betul dan benar, jika pada 2019 ditakdirkan Najib bukan lagi PM, maka pada masa tersebut dengan serta merta mengkritiknya sudah tidak lagi rasional dan berfaedah.
Fokus harus diberi kepada kerajaan dan ketua kerajaan pada masa tersebut.

Do it now...



# Oleh itu tidak lagi relevan untuk mengaitkan pemimpin pemimpin terdahulu yang kini sudah tidak ada kuasa dan pengaruh dengan kepincangan sekarang.

Tolong jangan pamerkan tahap pemikiran rendah, songsang dan muflis idea di blog ini dengan memberi komen menyalahkan pemimpin terdahulu.

ADA JUGA CASH IS NOT ALWAYS KING..

Di mana boleh kita beli integriti, di gedung besar, kedai runcit atau di pasar malam..
Di udani carpet, jakel, tudung fareeda...
Di Italy, Singapore atau di mana...

Lebih sukar mencari integriti di kalangan bangsawan, rumah agam, rumah putih hatta di Putera Jaya...

Integriti tidak datang bersama pangkat dan kuasa, tidak pada nama, AG, PM, IGP, KSU, TPM, Teuku, Tengku, Ku....

Integriti tidak datang dalam jual atau beli, forex, bursa, skim cepat kaya...

Integriti datang dari pengorbanan walaupun ia sudah di mamah usia...

....


Assalamualaikum dan salam jumaat to my brothers and sisters, pejuang bangsa dan negara. Moga mendapat rahmat dan berkat Jumaat yg melimpah-limpah.

Sedikit perkongsian: Semasa menetap di UAE saya berpeluang solat jumaat setiap minggu di masjid English Abu Dhabi. Di sini perempuan ikut suami solat jumaat dan masjid menjadi tempat kami berkenalan dgn warga dunia. Qutbah diberi imam masjid seorang white American muaalaf. Isteri black American. Anak mereka berkawan dgn anak saya di sekolah. Mereka memeluk agama Islam ketika tinggal di Syria sebuah negara Islam moden yg masih kekalkan peradaban Islam zaman Umayyah,  Abbasiyah dan Ottoman. Syria pernah jadi sebahagian Rome dan peradapan mrk sangat tinggi.  Imam sekeluarga masih berulang belajar Islam ke Syria. He is a hafiz. MasyaAllah, dia terpilih oleh Allah dari seorang kafir, mendalami AlQuran dlm masa yg singkat dan menjadi imam umat Islam di sana.

Semasa perang saudara berikutan dari Arab Spring tahun 2011 saya masih ada di Timur Tengah. Sebenarnya, 5 tahun sebelum perang, US telah pun bertapak dan belajar budaya Syria btujuan campur tangan dlm ehwal socio-politic, termasuk meresapi dlm pentadbiran kerajaan. Arab Spring hanya tool utk memulakan perang.

Syria sebenarnya di target oleh barat utk diporak perandakan lama selepas Iraq, Libya dan Yemen.  Pemberontakan di api2kan oleh barat krn Syria sebuah negara maju.

Semasa dlm kerajaan, saya pernah membuat kajian bersama AT KEARNEY, consultant company US, pada tahun2 2005-2010, Syria adalah negara Islam ke 2 termaju di dunia selepas MALAYSIA!!.

Siapa sangka, perang akan menghancurkan Syria yg berkecuali dan tinggi dgn peradaban Islam dan barat!

Sahabat saya Imam sekeluarga terpaksa balik ke US semasa perang tersebut. Mereka tidak di senangi kerana ditakuti talibarut barat.

Tetapi mrk adalah Islam sejati. Saya kenal dan saya sekeluarga kerap ke rumah mereka terutama ketika Eid. Selalu dihidangkan dgn Ali Cafe 😀.

Pengajaran:
1. Dalam kita berpolitik dan bergaduh sesama kita, ingatlah hidup kita umat Islam amat terdedah dgn ancaman zionis dan kehancuran. MO barat ialah mengurangkan jumlah umat Islam dan mengambil kekayaan dunia. Sebab itu kanak2 diracun di Syria, rumah kaum keluarga di bom dan lelaki dibunuh di Iraq. Kekayaan dicuri di Libya yg sebenarnya sangat kaya dan Muammar Gaddafi disayangi rakyat. Assassination berleluasa selepas perang. Allahuakbar, ramai keluarga rakan2 saya yg terlibat. Mereka tidak dpt kembali balik negara dan kaum keluarga perished.

2. Tun Dr Mahathir ada lah satu2 pemimpin Islam yg berani menentang Zionis. Sebab itu dia sangat dikenali dan disayangi orang Arab. Pemuda Arab mengenali Tun dlm pembacaan mereka. Dalam lectures saya di Universiti, saya akan memasukkan Tun sebagai pemimpin agung Islam moden (abad 21). Justeru, ilmu kepimpinan di sana meletakkan Tun sebaris dengan pemimpin agung yg lain.

3. Kelemahan pemimpin amat mudah utk diambil kesempatan oleh US. Apatah lagi kalau pemimpin itu telah terpalit dgn skandal dan penipuan yg besar. Mereka jg dgn mudah akan meresapi dalam pentadbiran kerajaan.

Perjuangan kita ini bukan isolated. Ia saling berkaitan. Buka lah mata dan banyak membaca. Marilah kita kuatkan barisan menentang pemimpin zalim demi bangsa, agama dan tanahair.

Semoga kita semua dipelihara dan dilindungi Allah. Aamin ya rab.

MAS DARBY

Monday, April 11, 2016

PM kita yang tercinta akhirnya bersih...

Alhamdulillah...sejak PAC buat laporan...macam ada satu kelegaan, macam rasa semua perkara telah selesai..kita buka cerita di satu pihak...

Dah boleh buat kenduri pisang.
Laporan PAC yang begitu lama di olah, tangguh, jalan rehat. semput jalan semula (buying time) akhirnya selesai dengan satu laporan....

air keroh, jadi jernih, anak ikan pun nampak. bapak ikan tersengeh celah batu...

Selepas ini sudah tidak ada isu, yang sorak rosmah di stadium melawati semalam,  mungkin belum baca laporan PAC, belum baca utusan dan belum tengok tv3.

PAC langsung tak sebut pun nama Najib terlibat dalam segala bentuk kelemahan dan kekurangan.
Yang disebut hanya kambing hitam.

Minta maaflah seperti aku tak baca Deklarasi Rakyat, aku pun tak baca laporan PAC ini, tapi aku sudah bersetuju sejak azali lagi, Najib ini difitnah.

Aku puas haati betul, rasa bangga macam bapak berok dapat bunga bila orang tua 91 tahun itu dikutuk kaw kaw oleh kawan kawan kami pemakan dedak ( oooopppss sory termengaku lah pula, pecah lubang)...orang tua tu lepas ni tentu terus mebisu, aku harap sangat dia diheret ke mahkamah...
paling tidak kalau dia mati pun, takkan ada yang mengiring jeazahnya, takkan ada yang menangis.... malah ramai yang akan rasa lega dan boleh tidor lena selepas ini.

Lepas ini elok diburu semua yang sokong Pro Tun, tetapi aku tahu ramai yang dah lintang pukang menyembunyikan diri.

Dengan segala pembersihan ini, tentu esok sebelum ayam berkokok, berpusu pusu rakyat berator untuk masuk umno, parti keramat.

PRU, ini kalilah UMNO sapu  berrsih...

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...