Monday, May 2, 2016

ADNAN SATEM KENA ADA JIWA BESAR, LONGGAR @ BUBAR SEKATAN, ADA BERANI !!!

PROGRAM DI ALOQ SETAQ.
KESIAN...
TAK CUKUP KERUSI...
TAK DAPAT BAJU T...
TAK DAPAT WANG SAKU...
LEKEH SUNGGUH...
1 KARIPAP 1 BOTOI AYAQ MINERAL ..


Jika diberi pilihan, aku lebih sayang dan kasihan Najib dari Mahathir.

Umur Mahathir logiknya sudah tidak panjang, 22 tahun sebagai PM lebih dari cukup.

Jasanya tidak terhitung. Kalau ada dosa dan skandal sudah lama diheret ke mahkamah.

Kalau mati tidak pun dipusarakan di Makam Pahlawan, kubur tetap sama, itu bukan jaminan masuk syurga, taqwa membezakan.
Outriders bukan boleh dibawa masuk kubur.

Yang kena di kasihani adalah Najib, hilang kuasa takut takut hilang segalanya.
Jasa belum nampak, dosa sudah menghantui..

Kalau mati - Salleh Keruak, Mat Maselan, Kj, Nazri, Rahman dan Adnan Satem hanya iring ke kubur, lepas tu mereka bergegas cari boss baru.

#
Yang kena lebih kasihan, generasi y dan anak cucu bangsa kita...




HAI MELAYU..

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.......
Pedih menyengat..... Untuk muhasabah diri kita

*JIKA TAK NAK BERUBAH, TERUSLAH JADI MELAYU YANG LAYU DI TANAH SENDIRI.

A.S



Sunday, May 1, 2016

ARUL KANDA KENA MATI HIDUP SEMULA....

Kekal...


Ada seorang CEO yg hampir bersara dan ingin menyerahkan jawatannya kepada salah seorang eksekutifnya yg terbaik.

Untuk itu dia memanggil seluruh eksekutif2nya, memberikan masing2 sebiji benih kpd setiap seorang dan berkata :

" Tanam, jaga dan siram dengan baik benih yg saya beri ini dan kembalilah 3 bulan dari sekarang dengan membawa tanaman yg tumbuh dari benih ini.."

" YANG TERBAIK, akan menjadi penggantiku sebagai CEO di perusahaan ini."

Salah seorang eksekutif, bernama Ahmad yg juga mendapat benih tersebut, terus pulang ke rumah dan menanam benih tanaman itu. Setiap hari benih itu dia siram dengan air dan diberinya baja.

Setelah hampir 3 bulan, di pejabat semua orang saling membicarakan kehebatan tanaman mereka yg tumbuh dari benih yg diberikan kpd mereka. Hanya benih Ahmad sahaja yg tanamannya tidak tumbuh sama sekali.

Ahmad merasa gagal dan susah hati.

Setelah 3 bulan, semua eksekutif menghadap CEO memperlihatkan hasil benih tersebut.

Ahmad berkata kepada isterinya bahawa dia tidak akan membawa pot yg kosong, Namun isterinya mendorong untuk tetap membawa pot kosong tersebut utk memenuhi janji kepada CEO 3 bulan yang lalu.

" Bawa ja bang, walaupun abang gagal utk menumbuhkan benih tu, paling tidak abang sudah menunjukkan niat baik kerana sudah berusaha semampu mungkin menjaganya sesuai dengan permintaan bos abang...", demikian kata isterinya.

"Baiklah sayang..", jawab Ahmad dgn hati yg berat kerana tdk dapat menunaikan permintaan CEOnya.

Masuk ke bilik mesyuarat, Ahmad membawa pot kosong. Semua mata memandangnya kasihan.

Ketika CEO masuk, dia memandang keindahan seluruh tanaman yang kononnya hasil dari benih2 yg diberinya dulu, hingga akhirnya berhenti di depan Ahmad yg tertunduk malu.

CEO tersebut meminta Ahmad ke depan dan menyuruhnya menceritakan tentang tanamannya yg mati.

Ketika Ahmad selesai bercerita, CEO berkata,

"Beri tepukan untuk Ahmad, CEO kita yg baru..!"

Semua eksekutif terkejut termasuk Ahmad.

CEO itu kemudian berkata,"Semua benih yg saya berikan kepada kalian dulu, sebelumnya telah direbus dalam air panas hingga mati dan tidak mungkin tumbuh lagi. Jika benih kalian dapat tumbuh, bererti kalian telah menukarnya dan berbohong pada saya. Kecuali Ahmad, hanya dia yang JUJUR, jadi dialah yg paling layak menyandang jawatan tertinggi ini..!"

#Taburlah KEJUJURAN, dan anda akan menuai kepercayaan.
Jangan pernah takut berlaku JUJUR

Saturday, April 30, 2016

PRN SARAWAK, SIAPA YANG MULAKAN TAKTIK KOTOR...



Pelbagai laporan dibuat oleh kaum qarun tentang pembangkang yang sedang berpecah belah, tikam menikam sesama mereka,  menggunakan taktik kotor, tipu helah, pembohongan dan segala bentuk jahiliyah di PRN Sarawak.

Pemberitaan itu untuk dibaca oleh siapa (?) Kalau untuk orang Sarawak, sudah tentu blongang di sana sudah memadai dan paling penting disampaikan secara lenggok dan budaya di sana.

Kalau mahu berita itu disogok ke semenanjung, 52% pengundi sudah kenal pembangkang !!!! 48% pengundi sudah kenal kerajaan sekarang.
Dengan cara pemberitaan tersebut mampukah mengurangkan 52% tersebut.

Kena cermin dulu diri sendiri, kena kepung 48% secara berhemah, 0.00000000000001%  sudah hilang apabila seorang tua 90an menarik sokongan dan berapa percent (%) pula terkesan dengan Deklarasi Rakyat (?)

Kena tanya cermin, apakah pemberitaan itu dalam tahap berita sebenar atau spin (?) Sudah banyak kali pemberitaan tidak sama dengan keputusannya nanti (?)

Bagaimanapun apabila SPR tidak mengeluarkan apa apa kenyataan yang mengesahkan berlaku segala bentuk larangan berkempen, bererti segala taktik kotor pembangkang masih halal dan sah di disisi undang undang.

Taktik kotor @ jahiliyah purba pertama sudahpun dilakukan oleh Adnan Satem, melarang dan menghadkan kemasukan beberapa pemimpin rakyat.

Taktik kotor itu pun juga halal dan sah di sisi undang-undang dan lulus SPR.

Jangan cakap abang tak payong !!!

KEMASKINI:

Siapa yang pertikai autonomi dan hak Imigresen Sarawak (?)
Sudah disebut halal dan sah di sisi undang-undang (!)
Bagaimana dengan salahguna perlaksanaannya (?)  Tafsiran siapa yang "memudaratkan" harus jelas dan adil tanpa pilih bulu.
Apakah Azmin sangat merbahaya kepada Sarawak sedangkan dia sah diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai MB di negeri yang lebih maju dari Sarawak, lebih ramai penduduk dari Sarawak?)
Apa jenayah yang dia lakukan (?) Adakah dia membawa isu perkauman (?) Adakah dia terlibat dengan skandal kewangan dan integritinya sedang diperkatakan oleh rakyat dan seluruh dunia (?)


TAMAT OUTRIDER MACAM KEPUTUSAN ORANG POMPUAN...

Isu penarikan outriders kepada Tun Dr Mahathir sudah tentu ada kaitan dengan Majlis Deklarasi Rakyat yang dihadirinya.

Setakat yang aku tahu majlis itu langsung tiada sambutan, paling ramai 10 orang itupun termasuk tukang buka tutup khemah dan wireman. Di mana menggugatnya (?)

Lebih baik PDRM memberi pencerahan kenapa khidmat itu ditarik balik, arahan KPN (?) Arahan Zahid (?) dan bagaimana dengan Paklah (?)

Jika tiada penjelasan, rakyat mungkin keliru samada PDRM sudah menjadi pertubuhan politik (?)

Dan lebih karut kalau Zahid kata tak tahu (?)
Kemungkinan besar zahid dan KPN sekadar menjalankan tugas tanpa bantahan. !!!

Bagi pihak pendedak, kemudahan outrider adalah atas budibicara, aku sokong tindakan ini kerana Tun memburukan Najib.

(Bagi pihak atas pagar, aku mempertikaikannya sebab Tun tidak memburukan kerajaan secara total, lebih kepada sikap, kelakuan dan peribadi Najib. Kenapa soal peribadi Najib, kerajaan diheret membuat tindakan dan keputusan yang tidak matang)

Pendedak mungkin sudah tidak dapat membezakan antara serangan kepada PM, serangan kepada Najib, serangan kepada Ptesiden, serangan kepada parti dan serangan menentang penyelewengan, rasuah dan tiada akhlak.

Kenapa mereka tidak boleh membezakan, apakah otak mereka tidak betfungsi, setakat boleh guna fly kite.....

Bagi aku simple, kalau mereka boleh membezakan, bererti mereka bukan pendedak lagi....

Apakah ini petanda awal untuk kerajaan bersikap lepas tangan terhadap keselamatan seorang Mantan PM (?)

Zahid patut declare Negara sudah selamat, penculik yang dulunya nak culik Najib pun dah balik kampong, sudah tiada ancaman IS, jenayah negara zero sifar dan sistem jalanraya kita terbaik dunia.

Kalau itu juga petanda Tun akan ditangkap seperti di anginkan oleh Zaid, aku saran kerajasn jangan tunggu lama,-lama. tangkap segera.

Dan aku paling sangat percaya, penamatan outrider ini akan menyebabkan Tun Dr Mahathir sangat bersedih, mungkin merayu PDRM mengkaji semula  dan sudah tentu Tun akan berhenti dari terus mengkritik Najib dan membatalkan Deklarasi Rakyat.

Kejayaan pertama buat Najib.

#

Dalam ucapan pemanas Tan Sri Sanusi Junid, di Dewan Hotel Msuite Johor Bahru.

Ada satu cerita yang menarik perhatian admin.

Ada seorang rakyat Malaysia pergi ke klinik gigi di Thailand. Jauh dia pergi cabut gigi.

Doktor gigi tu bertanyakan pada pesakitnya dari Malaysia tu.

"Kenapa datang ke Thailand untuk cabut gigi"

Pesakit tu jawab,

"Kat Malaysia susah sekarang nak cabut gigi, sebab depa dah tak bagi buka mulut" :)

TSSJ

Thursday, April 28, 2016

KEMASKINI: ISTANA DAN AKAR UMBI SUDAHPUN BERSUARA...MISSI TUTUP BANGKAI GAJAH MAKIN SUKAR...







http://jinggo-fotopages.blogspot.com/

Penghulu segala hari, Jumaat yang mulia. Penutup kepada kesimpulan, nak elak fitnah dan adu domba.

1MDB memang bermasalah, membawa masalah dan masih lagi bermasalah terutama menggelupor nak bayar hutang.

Kalau bab bayar hutang, ini masih diperingkat awal, pun bermasalah, tidak lancar atau mudah maka cerita tentang "untung" jangkapendek atau jamgkapanjang sekadar harapan. Dikendalikan secara politik dan bukannya tadbir urus korporat yang telus dan amanah.

Jika sekadar difitnah, tidak bermasalah, kenapa sampai sekarang masih lagi tidak selesai.
Kenapa PM, Menteri Kewangan dan Penasihat 1MDB tidak berani buat satu sidang akhbar menerangkan A to Z dan sedia menjawab saolan A to Z... berani buat berani tanggung.

Diperingkat awal bila ditanya, tunggu Laporan Audit Negara dan PAC..
Akhirnya Laporan Audit jadi OSA dan PAC jadi tisu tandas... Jawatankuasa bertelagah dan mempertikai Pengerusi "cari makan".

Peringkat awal penubuhan tanpa melalui kabinet 100% dan tanpa Pegawai Kewangan sebagai lembaga pengarah antara penandaan something somewhere is wrong.

Ketika disiasat, Task Force dibubar, PAC dirombak, AG dipecat... semua tu kebetulan (?) Lu fikir sendiri.

Banyak lagi perkara jika disenaraikan, tidak mungkin senarai itu fitnah semuanya .. Jika laporan media luar negara diambilkira, tidak mungkin semuanya fitnah.

Tindakan tidak saman pihak berkenaan walaupun peringkat awal dengan garangnya berjanji, rupanya di dalam seluar goyang dan lembek tidak berani mempertahankan maruah bangsa dan negara, kenapa (?)

Wang masuk akaun peribadi PM, Najib tolong nafikan, lepas tu kantoi.... Ada Menteri Kewangan mohon maaf kerana PM bercakap bohong di awalnya (?)

Akhirnya mengaku "derma" dari arab gila yang sudah mati (?)
Baki pulang balik, satu sen tidak guna untuk peribadi ..
Mana transaksi, mana resit... hilang masa banjir di Kelantan kot ...

Terkini, Arul membayangkan ada penipuan, penipu mengaku ditipu (?) Orang sama kot (?) orang sama ke (?)

Terkini, Bank Negara menggunakan kuasa denda apabila cadangan "dakwa" ditolak AG.

Ada fitnah tak (?) habaq mai tang mana.
Jangan cakap abang tak payong !






HILANG LAGI SATU KERUSI....





Berita terkini PRN Sarawak..

Pembangkang kehilangan lagi 1 Kerusi

👇👇👇👇







👇
👇
👇
👇
...........




ANGKARA LEMBU





JANGAN TEKA ISI SETAKAT LIHAT KULIT

Datuk Muhammad Ibrahim yang bakal menduduki kerusi Gabenor Bank Negara, berkuat kuasa 1 Mei ini adalah antara tiga calon utama yang disebut-sebut sebelum ini untuk menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang menamatkan kontrak beliau hujung bulan ini.
Dengan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi, Muhammad secara sahnya ditabalkan sebagai gabenor ke-8 untuk tempoh lima tahun lagi setelah 32 tahun berkhidmat dengan bank pusat itu dalam pelbagai bahagian.
Antara bahagian yang pernah mendapat sentuhan Muhammad sebelum ini ialah peraturan dan pemantauan bank, perancangan strategik, sistem pembayaran, insurans, perbankan pesisir dan perbendaharaan serta pasaran kewangan.


Pendakian beliau yang sering digelar Datuk MI dalam bank pusat itu sarat membawa pengalaman sehinggalah beliau diangkat ke jawatan Timbalan Gabenor Bank Negara sejak 2010.
Beliau juga ahli Jawatankuasa Dasar dan Kestabilan Kewangan Bank Negara yang bertanggung jawab dalam pembangunan pasaran kewangan dan operasi Perbendaharaan termasuk tukaran matawang asing dan pengurusan rizab bank pusat.
Pada masa yang sama, beliau turut memantau pembangunan perbankan termasuk kewangan Islam dan sektor insurans.
Tidak terhad kepada itu, Muhammad juga merupakan individu yang bertanggung jawab dalam memacu agenda Malaysia ke arah migrasi kepada pembayaran secara elektronik atau e-Payments untuk menjana kecekapan kos dan operasi kepada perniagaan.
Beliau turut terlibat secara aktif dalam usaha secara kolaboratif dengan bank pusat serantau untuk membangunkan platform penyelesaian bayaran pelbagai matawang bagi melanjutkan rangkaian dalam transaksi merentasi sempadan dalam perdagangan dan pelaburan.


Selain memegang jawatan nombor dua bank pusat, Muhammad juga menjawat pelbagai portfolio dalam pelbagai bidang korporat dan badan profesional. 
Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Agensi Akreditasi Kewangan, ahli Lembaga Dana Persaraan Diperbadankan, ahli Institut Akauntan Malaysia selain ahli panel Dana Amanah Nasional.
Di samping itu, beliau juga Pengerusi Senat Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam, Pengerusi Jawatankuasa Irving Fisher Statistik Bank Pusat, Bank untuk Penyelesaian Antarabangsa dan felow Institut Ahli Perbankan Bertauliah Asian.
Sumber: Malaysiakini

# RAKYAT BIASANYA MEMPUNYAI TOLERANSI DAN APPRESIASI YANG SANGAT TINGGI, CUMA SEJAK DUA MENJAK SAHAJA KURANG YAKIN DENGAN INTEGRITI KERAJAAN.
RAKYAT MASIH "RESERVED" DENGAN PERLANTIKAN INI...

APAKAH BANK NEGARA MEMPUNYAI PERANAN BESAR DALAM PEMBANGUNAN MELAYU DAN ISLAM (?) DAN  DATUK MI MAMPU SUMBANGKAN...

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...