Sunday, November 13, 2016

BERCAKAP BENAR SATU KESALAHAN

Antara berckap benar atau disabitkan di bawah OSA, Rafizi memilih mendedahkan kebenaran yang membawanya ke hukuman dipenjara 18 bulan.

Satu pengorbanan yang sangat tinggi nilainya bukan kerana apa partinya atau fahamannya tetapi kerana semata mata mendedahkan kebenaran.




PERJUANGAN SIA SIA

Jika Jamal kena tumbuk berdarah bukanlah sesuatu yang pelik sebab dari awal lagi dia dah tempah, galak dan menyeru nyeru..

Matlamat dan tujuan telah tercapai.  Siapa yang tumbuk...
Polis (?) Tak logik..
Bersih (?) Semua dah lari..
Geng sendiri (?) Drama...

Walaupun umno tidak terlibat tetapi menyokong,  Kj sendiri tidak menghalang budak budaknya untuk turut sertai baju merah. Bakal calon harapan MB Selangor,  Zein Isma selaku Ketua Penerangan umno Selangor pun bersemangat sungguh menyokong.

Persaolan seterusnya adakah Puterajaya mahu dikekalkan mengguna samseng atau demokrasi.

Dalam ketika umno risau PAS bergabung dengan Pakatan Harapan apakah lagak baju merah memberi kelebihan kepada umno.

JANGAN CAKAP ABANG TAK PAYUNG...

Saturday, November 12, 2016

KEGIGIHAN TUN MENYATUKAN PEMBANGKANG MEMBUATKAN ADA PEMIMPIN KURANG SELERA SEX

TERKINI:

Darah Jamal 'tumpah' di Ampang

Zikri Kamarulzaman
13 Nov 2016, petang 4:43 (Dikemaskini 13 Nov 2016, petang 4:49)

Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang hari ini.

Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah Ampang Point.

Sejurus kemudian berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui.

Anggota kumpulan Baju Merah kemudian bergelut pula dengan beberapa anggota polis yang menyekat laluan keluar. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan.

Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya.

Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan bertindak balas.

"Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap BERSIH sebelum ini).

"Saya akan DOT DOT DOT mereka," katanya.

Jamal dikenali sebagai pimpinan utama Baju Merah yang giat menyaingi kempen BERSIH menjelang perhimpunan di Kuala Lumpur pada Sabtu depan.

Selain memberi amaran untuk berkumpul beramai-ramai bersama BERSIH, sejak beberapa hari lalu kumpulan berkenaan mempamerkan kekuatan mereka dalam seni bela diri, termasuk ketika mengadakan protes berhampiran pejabat Malaysiakini pada 5 November lalu.

Beberapa klip video yang tersebar di media sosial pula menunjukkan beberapa individu - termasuk Jamal sendiri - menunjukkan kemampuan mereka menahan pukulan serta serangan fizikal melalui seni bela diri.

Sementara itu Zuraida ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu menahu mengenai mengenai serangan ke atas Jamal.


"Saya mengelak daripada dia, jadi saya tak tahu apa yang terjadi. Saya akan bercakap dengan orang saya dan bertanya kepada mereka," katanya kepada Malaysiakini.




POSTING ASAL:

Kalau kita melayari blog blog pro penyamun,  tidak banyak fakta diberi untuk menjawab persaolan rakyat.

Hutang 1MDB belum selesai,  hutang baru dibuat bertujuan menutup lubang lama...
Gali lubang,  korek lubang...
Bukan pelaburan yang dibawa balik tetapi bergaya bermewah dengan hutang.

Itu yang dilaung gegak gempita sebagai KEJAYAAN,  patutlah sakan menari menyanyi...
Sukaria meraikan kejayaan,  melihat rakyat diperbodohkan.

Ditambah dengan hujah Pemimpin, landasan keretapi pantai timor akan menurunkan harga barang !!!.
Kaldai pun tersenyum...

Selain dari kurang fakta,  copy paste berulang ulang antara satu blog dengan satu blog... Hakikatnya mereka tahu,  komen tajam yang masuk tidak disiarkan.  Bolehkah mereka berbohong pada diri sendiri sekadar sesuap dedak untuk dibawa bekal nanti...

Celik sahaja biji mata, otak mereka terbelengu dengan BERSATU dan Mahathir,  apa nak cakap biar boss suka!
Tidor malam tadi pun,  tak cukup.. Lari lintang pukang dikejar bayangan Mahathir...

Ada pula Menteri yang buasir agaknya bila suruh Mahathir cermin diri.. Sendiri pun macam rumah tak siap.

Sudah tentulah cermin Tun Dr Mahathir adalah pusaranya sendiri, mati sebagai pengkhianat?  Penyamun?  Atau kekal sebagai pejuang yang mengenepikan kepentingan dan kesenangan diri sendiri dan keluarga semata mata demi masa depan ugama,  bangsa dan negara.


Kini kegigihan Tun berusaha untuk menyatukan pembangkang sekaligus akan membawa PAS ke pangkuan Harapan cukup merisaukan.
Harap harap janganlah sampai ada pemimpin terjun Jambatan.




# MCA SUKA KUNING BERSIH

KONVENSYEN PAKATAN TERLAJAK TARAF..

Kalau dulunya PAU dilihat sebagai satu pejumpaan politik yang paling gah seenterio dunia, Tetapi atas dasar "pekak, tuli dan bisu" dilaksanakan di era Transformasi, maka gegak gempitanya hanya tinggal copy paste angguk. - kalau sejarah itu boleh terhakis, bukanlah mustahil dan pelik sangat umno tewas tersungkur di PRU akan datang.

Kini yang mendapat tempat dan perhatian adalah Konvensyen Pakatan Harapan yang julung kalinya di adakan untuk satu permuafakatan yang dirancang. Muafakat atau tidak, kena tunggu, wait and see.

Tanpa PAS yang jual mahal menolak kehadiran mereka di atas rasa diri lebih suci dan betul, konvensyen ini sedikit kekurangan. Dengan dengar khabar Muhyiddin meminta penangguhan masa untuk menandatangani Permuafakatan, maka akan timbullah satu lagi isu baru.

Tidak perlu menaruh harapan yang tinggi pada sebuah konvensyen pertama yang mengumpul pelbagai ideologi dan fikiran politik yang bersegi segi untuk diadun menjadi bulat dan mulus. Biarlah ada perbezaan yang belum selesai atas kesuntukan masa tetapi boleh diperbaiki dengan sedikit lagi ruang dan masa.

Itu lebih baik dari bersetuju dan kemudiannya bersetuju untuk tidak bersetuju.

Friday, November 11, 2016

BUAH HATI SIAPA YANG TERLIBAT

Cepat cepatlah buat pengakuan,  tak kenal,  tak pernah jumpa... Semoga selamat dunia aqirat (?)



Agak agak Pemakan Dedak akan ulas atau tidak (?)
Kalau tak ada fakta... Boleh juga juga buat alasan "Campurtangan Kuasa Asing"
Atau buat ulasan seperti biasa "Ini semua kerja jahat Mahathir"



BINA MELAYU BARU TANPA BRIM DAN GST

( TANPA RASUAH DAN KEZALIMAN ) 

BRIM DAN GST

Tadi beli nasi lemak 50 sen 
→ makan 
→ tinggal separuh 
→ nampak lalat dalam nasi lemak
→ jumpa mak cik jual nasi lemak tadi 
→ bagitahu ada lalat 
→ mak cik jawab ' Hok alorh , nasi lemak 50 sen takkan nak letak ayam?
....😂 😂 ....

....😂 😂 ....


MORAL OF THE STRORY

US picked a billionaire and made him a leader.
Malaysia picked a leader and made him billionaire!


Dengan UMNO dikalahkan sahaja,  satu overahaul akan dapat dibuat, pembongkaran antara jasa dan pengkhianatan.

Orang Melayu dan Islam,  bangsa Malaysia perlukan satu tsunami untuk bangun sebagai satu Melayu baru.

Ketuanan Melayu harus dibina atas etika dan akhlak Islam.

Titah Sultan Perak,  orang Melayu jangan jadi badut,  Pemimpin Melayu kena berdiri megah atas rasa hormat kawan dan lawan dan bukan kerana ditakuti atas salahguna kuasa.

Thursday, November 10, 2016

DI MANA SUARA WANITA UMNO SEKARANG (?)

Srikandi PPBM memandang kejayaan Donald Trump sebagai suatu petanda bahawa

masyarakat hari ini ingin lari dari kepompong ahli politik konvensional. Masyarakat mahukan perubahan. Mereka tidak lagi percaya kepada ahli politik.

Donald Trump lebih dikenali sebagai taikun perniagaan daripada seorang ahli politik. Dia dilihat sebagai seorang individu pragmatik yang tidak lahir dari acuan politik. Dia lahir dari empayar perniagaan.

Saya tidak melihat persaingan antara Clinton dan Trump dari perspektif polisi Democratic Party atau Conservative Party. Saya juga tidak terlalu ingin menjuruskan penilaian saya kepada manifesto kedua-dua mereka, tetapi kepada latar belakang kedua-dua calon.

Begitu juga di Malaysia, saya melihat kepada keputusan PRU13 di mana masyarakat telah memilih ramai calon dari parti pembangkang kerana mereka mengenengahkan muka- muka baru yang tiada baggage politik. Muka- muka baru yang asing dari dunia politik menjadi pilihan rakyat kerana mereka muak dengan ahli politik.

Saya berpendapat keputusan PRU14 di Malaysia juga akan terus mendapat tempias keputusan pilihanraya presiden US dan PRU13. Rakyat hilang keyakinan kepada ahli politik dan mereka mahukan muka baru bernafas segar.

Bagi pihak Srikandi PPBM, kami melihat trend kehendak rakyat ini dengan serius. Barisan kepimpinan Srikandi PPBM akan secara meluas menampilkan muka-muka segar dan muda yang berketrampilan dalam membentuk ombak baru yang sangat besar menjelang PRU14. Barisan kepimpinan Srikandi PPBM in shaa Allah akan diumumkan minggu hadapan.

Anina Saadudin
Ketua Srikandi PPBM

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...