Monday, December 12, 2016

KEMASKINI: APAKAH HUBUNGAN JUGA PALSU....TAJUK ASAL: APAKAH ZAHID DILIHAT CUKUP KESABARAN

Untuk menghadapi sebarang bentuk tohmahan, Zahid Hamidi bukan sahaja sabar tetapi perlu kelihatan cukup sabar untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO seterusnya Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Apakah Zahid Hamidi mempunyai dua ciri utama ini (?)
Apabila Musa Hitam meletak jawatan, Tun Dr Mahathir telah memilih Ghafar Baba yang tidak mengancam kedudukan kepada Presiden dan Perdana Menteri. Tetapi akhirnya ditikam belakang oleh Naib Presiden pada masa itu, Anwar Ibrahim.
Apakah ia akan berulang pada Zahid (?)

Mungkin "ya" mungkin "tidak". Seewajarnya ketidaktentuan ini memberi kewaspadaan kepada Zahid.
Zahid wajar mengambil langkah ke depan daripada menunggu keadaan tidak menentu (ya atau tidak).

Kesabaran Zahid boleh dilihat kerana kemampuannya pun terbatas,  kedudukan Najib lebih kuat berbanding kedudukan Tun Mahathir ketika diserang Anwar.
Tetapi bagaimana kesabaran penyokong Hishamuddin dan Kj (?)

Surat layang tidak mungkin datang dari pembangkang sebab mereka ada peluang di PRU bukan sahaja untuk menjatuhkan Zahid tetapi dengan agenda yang lebih besar menjatuhkan Najib dan UMNO.
Jika surat layang dari pembangkang,  ia akan lebih cermat, berkesan dan komprehensif.

Apakah Kj dan Hishamuddin serta penyokong mereka mempunyai peluang (?) Zahid akan semakin kuat jika menunggu PAU akan datang dan sudah tentu ada penangguhan pemilihan sebelum PRU.

Bagi Najib,  kedudukan Zahid makin kuat selagi Tun Dr Mahathir terus menyerangnya (sudah pasti) dan jangan lupa Zahid masih ada nostalgia engagement dengan Tun dan Anwar.

Kekuatan di luar dan dalam umno. Itukah yang si penyurat layang takut sangat...



Apakah hubungan juga palsu (?) Gambar terbaru Maulidiulrasul 2016  !!!



Sunday, December 11, 2016

PAKATAN HARAPAN LINTANG PUKANG


Siapa yang penjarakan Anwar sekarang (?)



Tidak dinafikan PAU yang dikawal telah menunjukan penyatuan satu suara perwakilan khusus menyokong Presiden parti.

Cuma kekurangan penyertaan Solidariti Rohingya UMNO+PAS dan surat palsu perletakan jawatan Zahid agak mencemar.

Lebih teruk bila kerajaan berdiam diri ketika Istana Negara kekurangan kerusi untuk Tun Dr Mahathir.
Alangkah budiman dan hebatnya Najib kalau ada budibicara dan menghantar satu kerusi untuk Tun Dr Mahathir di Majlis Pertabalan.

Berbalik kepada penyatuan UMNO dan lintang pukang Pakatan Harapan dan BERSATU,  apalagi yang ditunggu, pilihanraya sudah boleh diadakan besok..

Cakap dan action biar sekata.. kali ini biarlah kami nak tabik spring UMNO




# Surat layang politik di Malaysia bukan benda baru,  tapi kali ini surat palsu TPM letak jawatan akan disiasat PDRM,  why so serius?

Saturday, December 10, 2016

KJ ADALAH ASSET UMNO

Seperti yang pernah saya sentuh sebelum ini, goyang atau tidaknya Najib bergantung kepada sokong atau tidak sokongnya PEMUDA UMNO yang diketuai Kj.

Muhyiddin tidak boleh menjejaskan Najib,  Zahid (sekarang)  sudah hilang bisa dan tiada siapa lagi yang boleh menggugat Najib.

Surat palsu Zahid letak jawatan sekadar untuk menggigilkan Zahid bahawa surat palsu itu boleh bertukar jadi betul bila bila masa, bukan
 atas kemahuannya,  tetapi atas kemahuan pihak lain.

Cerita Kj hantar surat letak jawatan dan tarik balik sudah tentu punya alasan terbaik.. Tiada hadiah istimewa selain peluang untuk menjadi PM dalam usia yang muda,  itu cita cita Kj.

Kalau dibandingkan dengan Zahid dan Hishamuddin,  Kj lebih layak,  setanding dan setaraf dengan Najib dalam bab menguruskan wang dan harta negara.

Usaha Tingkat 4 terbantut selepas dibongkar Tun Dr Mahathir kini boleh beroperasi semula.

Friday, December 9, 2016

ANTARA UMNO DAN BERSATU, PAS PILIH...



PAS masih berhati hati untuk memilih mana satu antara UMNO dan BERSATU,  mana satu untung dunianya maksima,  kalau boleh yang mudah,  goyang kaki tapi labanya berganda...
Ek!

Hakikatnya PAS sudah lama berjuang, penat letih kena tenyeh,  kena fitnah, dizalimi, ditipu, diperalat tetapi kejayaan belum cukup berbaloi... 
Ek! 

Kena tengok semula niat perjuangan.. Memperjuang atau memperalat Islam atau bercampur baur dan kini makin terserlah dengan memperalat (?)......
 Kena buat post mortem dan mengaku dengan jujur... Bisik membisik sesama mereka kalaupun tak nak declare publicly. 

Dalam perjuangan,  tidak ada comfort zone,  puji memuji,  angkat mengangkat,  bodek membodek,  bangga sombong diri,  kutuk peribadi,  label sana sini dan tidak ada bermewah dan membazir, jauh sekali dedak mendedak. 

Kejar saham aqirat,  ugama bangsa dan negara akan terbela dengan sendirinya. 





Wednesday, December 7, 2016

JEMPUTAN SEBENARNYA DITOLAK...

Musim cuti sekolah bermulalah Majlis Kenduri Kahwin dan diselit pula dengan Majlis Berkhatan.

Undangan terlalu banyak,  tak menang tangan nak melayan, jadi kalau ada majlis majlis lain seperti sambut hari jadi,  naik pangkat,  persaraan yang kurang penting biasanya aku tolak dengan sopan,  alasan pun canggih canggih.







Tuesday, December 6, 2016

MENDEKATI DAP ATAS JASA BAIK UMNO.

Jika hari ini makin ramai Melayu dan Islam boleh menerima DAP sebagai komponen Pakatan Harapan dan semoga boleh digabung menjadi Pakatan Bersatu di PRU kelak adalah semata mata kerana jasa baik pemimpin UMNO dan parti itu sendiri.

Malah PAS sendiri lebih awal membuka jalan membolehkan DAP didekati oleh Melayu dan Islam.

Malangnya kerana PAS gagal berpolitik secara bijak, parti tersebut gagal bersaing untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan DAP. Kalau PKR boleh,  kalau PAS Selangor boleh  !!!! kenapa pula PAS Pusat kecundang.....
Faktornya adalah Hadi.

Selepas ketiadaan Anwar, kini peranan kompromi dan penyelaras yang sepatutnya diambilalih oleh Hadi kini beralih tangan kepada Mahathir.

Itu tolak tuah namanya,  PAS sudah lama sepatutnya mengetuai sesuatu pakatan atau gagasan,  sampai bila asyik nak jadi pak turut,  tukang cuci...

Kehadiran Mahathir ke Perhimpunan DAP satu petanda penyatuan yang semakin hampir antara PKR, AMANAH,  BERSATU dan DAP itu sendiri,  sudah dikira tiada rintangan.

Samada PAS akan bersama atau tidak yang lebih rugi adalah PAS itu sendiri,  pak pandir moden,  bersampan menyanggah arus.
Hadi sedang berenang bersama buaya ganas yang disangkanya jinak.



Jika bukan kerana akhlak buruk,  skandal dan kesetiaan membabi buta di kalangan pemimpin umno,  sudah tentu DAP masih tidak diterima.

Sepatah kata Nazri,  dia lebih suka berkawan dengan DAP dari MCA kerana orang cina sendiri tak suka berkawan dan sokong MCA.

Bukan satu dosa kalau sekadar berkawan dengan DAP tanpa alpa,  daripada bersubahat dan bersetuju dengan segala bentuk maksiat, jenayah dan penyelewengan yang paling dasyat dalam sejarah politik tanah air.

Terima kasih umno.

Monday, December 5, 2016

HANYA KJ YG TAK MKN DEDAK

Tabik spring pada Kj yang mengaku tidak pernak makan dedak (?)
Sepatutnya tidak perlu buat apa apa pengakuan, ada ke yang menuduhnya (?) Agak mustahil menantu Islam Had Hari berakhlak tak senonoh.

Berbeza dengan Shahrir dan Matmaselan yang mengaku menerima jutaan sumbangan.

Cuma terkilan,  Kj tidak pula memaklumkan atau mengaku samada dia penghulur dedak atau diwakilkan untuk membahagi bahagikan dedak.

Akal logik,  Kj refer pada "dedak" sejenis makanan haiwan untuk babi, itik dan sewaktunya,  logik akal,  memang tidak waras untuk Kj menerimanya.

Cuma terkilan juga semasa dalam pertandingan Ketua Pemuda dengan Mukhriz,  Kj menang dan disambut dengan teriakan rasuah,  rasuah, rasuah.... Tu apa benda tu !!!

Walaupun Kj menang tetapi tidak diberikan jawatan... Sebaliknya Mukhriz yang tewas dapat Timbalan Menteri... Kj terus istiqamah..

Dan akhirnya,  Kj yang tak makan dedak terus kekal dalam umno dan berjawatan Menteri...
Kebetulan betul di Kementeriannya ada rasuah yg Kj tidak sedar... Nampaknya rasuah dan Kj berpisah tiada.. Bukan salah Kj,  cuma kebetulan.

Dan agaknya pasal Mukhriz giler makan dedak, rasuah sana sini,  skandal sana sini,  kelepek sana sini,  itu pasal kena pecat dari umno?






The Edge Malaysia is conducting a survey to gauge people's opinions on
the problems this country is facing. More importantly, the survey is
also looking at what solutions people want to see. Take the survey at
https://www.surveymonkey.com/r/fixmsia (English) and
https://www.surveymonkey.com/r/fixmsiaBM (Bahasa Malaysia)

Dear need ur help to blast this out to ur contacts group. Please spread it out. Thank youuu


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...