Friday, January 13, 2017

MB JOHOR DAH PULUN..

Calon-calon yang teringin nak jadi wakil rakyat elok ambil kesempatan cium tangan MB dalam siri lawatannya ke seluruh Negeri Johor.

Johor yang bangkal tumbang ke tangan pembangkang sewajarnya membuat persediaan awal.




No

APAKAH ANUAR MUSA DI FITNAH LAGI...

Nama Anuar Musa bukan disebut sekali dua tapi rasanya macam sepanjang tahun 2016 setidaknya awal 2017 sudah begitu popular disebut dalam beberapa isu seolah dia turut terlibat dalam beberapa isu panas yang melibatkan kewangan.

Hakikatnya Anuar masih gagah dan lebih manis kalau dapat diangkat jadi Menteri penuh supaya lebih gagah. Anuar sendiri sebenarnya lebih tahu ramuan dan jampi serapah apa kalau mahu peningkatan di penghujung politiknya.

Terjahan TMJ berhubung penajaan MARA melalui UNIKL ke atas TRW telahpun dijawab dengan gaya sinis dan menang yang membawa maksud Anuar perlu lebih bersedia di masa hadapan.

# Arahan Menteri kepada UNIKL tidak langsung memberi talian hayat kepada Anuar.

Kalau asyik kantoi, bateri kuat pun dah jadi lemah, sebagai Ketua Penerangan umno, apalagi yang nak disuluhnya...







# Komen komen dari pro Najib aku dah tak respek, ajak berasional pun tak berani, ajak berdoa pun lari lintang pukang..
Kalau komen juga, aku bakulsampahkan.


Thursday, January 12, 2017

SUMBER SOKONGAN DARI MANA (?)

Jumaat penghulu segala hari,  elok sangat antaranya berdoa untuk kebaikan..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,  Segala Pujian Hanya Kepada Allah,  Limpahkanlah Rahmat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Kami Muhamaad SAW,  keluarga dan para sahabatnya.

Ya Rabbi,  berilah hidayah dan petunjuk kepada hati dan fikiran kami untuk membezakan antara yang benar dan palsu untuk menilai dan menyokong mana jua pemimpin kami yang lurus dan Engkau redhai.

Aamiin Ya Robbula'alamin.

Terima kasih kerana sama sama membaca / berdoa.

PAS SEMAKIN UMNO

Alhamdulillah walaupun dulu tiada siapa sangka PAS boleh bekerjasama rapat dengan UMNO berdasarkan saling tuduh menuduh tetapi kini atas kepentingan politik bersama, penyatuan bagai sudah tidak dapat di elakan.

Dalam kedudukan sama lemah, win win situation lebih mudah di atur cuma bagaimana musuh tradisi ini dapat berkompromi tentang kerusi belum lagi dikenalpasti kerana dulunya mereka saling berlawan.






Kalau PAS dan UMNO masih saling
bertanding, anggaplah pertandingan adik beradik. Mungkin PAS akan kehilangan kerusi tetapi galang gantinya kenalah bersesuaian.

Macam pembahagian harta, kalau abang dapat rumah dan tanah, si adik dapat kebun. Itu muafakat namanya.



Akhir kalam, bagi sesetengah pemimpin AMANAH yang saya temui, kata mereka, cara politik PAS kini dah sama dengan umno, tidak ada beza.

Alhamdulillah.


Wednesday, January 11, 2017

BOLEH TAK KITA RASIONAL...

KEMASKINI

Saranan supaya rasional dan berdoa dalam satu nada yang sama tidaklah setaraf bersumpah di dalam masjid tetapi ramai rupanya yang tidak berani sahut cabaran ini,  tunjuk muka pun tidak,  terus fly kite jauh jauh.

Kemungkinan besar mereka tersebut sangat tahu saranan itu dituju tepat ke muka mereka. Langsung tidak berbunyi.

Atau ada yg hadir dengan nama yang berbeza. Nasib kau lah labu...


.............



Boleh tak kita rasional walau sesaat..
Boleh tak kita rasional walau berbeza pendapat...
Boleh tak kita ada persetujuan bersama..
Siapa yang tahu kita makan dedak ke tidak..
Siapa yang tahu mulut sokong siapa,  hati sokong siapa dan siapa yang kita undi nanti...
Siapa yang tahu,  kita tahu pemimpin mana yang sebenarnya korup,  tapi kita memilih untuk sokong atas sebab tertentu..
Siapa tahu kita kaki fitnah..
Siapa tahu kita kaki kencing..

Tetapi boleh tak kita bersetuju dalam satu perkara..
Niatnya kerana lillahita'ala..
Atas nama persaudaraan Islam..

" Kita bersetuju untuk sama sama berdoa bahawasanya mana mana pemimpin yang tidak berakhlak dan partinya akan tewas di dunia dan di aqirat.. "

Boleh tak kita rasional dan bersetuju atas perkara tersebut.. 

SO MANY THINGS TO HIDE (?)

Siri : 635

LANGKAH AWALAN PENDEDAHAN LAPORAN AUDIT NEGARA BERJAYA !!!

PERJUANGAN TERHADAP KEBATHILAN MESTI DITERUSKAN !!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salaam sejahtera :

1. Sepanjang tempoh 2 tahun lalu, satu siri epilog drama telah berterusan ditayangkan kepada orang awam berkaitan SAGA LAPORAN AUDIT NEGARA (LAN) 1MDB, dari masa ke semasa, tentang apa yang pada mulanya dihajatkan sebagai misi peroleh maklumat untuk pengetahuan umum, telah kemudiannya diklasifikasi dan "dipenjarakan di dalam kotak besi" yang dilabel OSA !!

2. Jangan dilupa. Saudara Rafizi Ramli telahpun menjadi mangsa peng"OSA"an LAN 1MDB itu, apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14.11.2016, untuk kononnya mendedahkan sebahagian daripada kandungan LAN 1MDB itu kepada umum, dek pemakaian OSA !!

3. Rentetan peristiwa dalam siri epilog drama  TV TIGA SUKU yang berjudul "SAGA LAN 1MB" ini adalah secara ringkasnya seperti berikut :

BABAK PERTAMA -

(a) Pada sekitar Mac 2015, dalam kehangatan paluan kritikan berkaitan alegasi SKANDAL 1MDB terhadap pucuk pimpinan Kerajaan yang diketuai NAJIB RAZAK, satu kenyataan telah diberi bahawa Jabatan Audit Negara telah diarahkan Kerajaan untuk menyiasat, menyemak dan menyediakan Laporan Lengkap berkaitan 1MDB itu, supaya segala kegusaran Rakyat dapat dijawab dengan telus dan profesional !

(b) Pada lingkungan masa yang sama juga, satu BADAN TINDAKAN KHAS (Special Task Force) telah ditubuhkan merangkumi kesemua agensi siasatan jenayah utama,  dan diketuai oleh TAN SRI ABDUL GANI PATAIL, mantan PEGUAM NEGARA pada ketika itu, bagi tujuan untuk melakukan siasatan jenayah menyeluruh bersabit SKANDAL 1MDB itu !

(c) Pada 11.05.2015 pula, Mantan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC - sebuah institusi di bawah seliaan Parlimen), NUR JAZLAN MOHAMED mengumumkan bahawa PAC akan memulakan siasatan melalui inkuiri ke dalam isu SKANDAL 1MDB, kerana 1MDB, ditubuhkan melalui dana dari PERBENDAHARAAN, yakni wang Rakyat !

(d) Setakat isu "Special Task Force" dan PAC, masakan kita boleh lupa, akan salah satu klimaks awalan siri epilog drama  TV TIGA SUKU yang berjudul "SAGA LAN 1MDB" pada tayangan 27.07.2015 dan 28.07.2015, pada tarikh-tarikh yang mana ABDUL GANI PATAIL telah dihentikan perkhidmatan sebagai PEGUAM NEGARA atas alasan kesihatan, dan NUR JAZLAN MOHAMED pula terhenti sebagai PENGERUSI PAC disebabkan perlantikannya sebagai TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, di dalam Jemaah Menteri Kabinet NAJIB RAZAK, masing-masing !!

(e) Dengan penampilan sesi klimaks awalan yang diringkaskan di para 3(d) di atas, maka karakter "Special Task Force" dan PAC, kedua-duanya telah dilumpuhkan oleh TUAN PENGARAH  siri epilog drama  TV TIGA SUKU yang berjudul "SAGA LAN 1MDB" itu, sehingga para penonton telah perlu akur hakikatnya pada masa itu, bahawa peranan kedua-dua "watak" itu, telahpun dikurangkan ke tahap tidak lagi relevan dalam pembongkaran misteri SKANDAL 1MDB !

BABAK KEDUA -

4. Rakyat, sebagai para penonton pada tahap ini telah menaruh sepenuh harapan agar "watak" LAN 1MDB inilah yang akan dapat membongkar misteri SKANDAL 1MDB, supaya segala kegusaran dan ketidaktentuan maklumat lengkap SKANDAL 1MDB itu akan berjaya dijawab dan diselesaikan dengan penuh telus dan profesional !!

5. Namun, TUAN PENGARAH siri epilog drama  TV TIGA SUKU yang berjudul "SAGA LAN 1MDB" itu, telahpun menyediakan skrip baru untuk mencetuskan klimaks kedua dalam siri epilog ini, iaitu pelan untuk mencorak dan mencoret rangkaian peristiwa lanjut, supaya "watak" LAN 1MDB ini pun akan juga dilumpuhkan sebagai "watak" yang tidak dapat membongkar SKANDAL 1MDB itu daripada terjawab kepada para penonton, melalui penggunaan label OSA, supaya LAN 1MDB itu akan akhirnya "dipenjarakan di dalam kotak besi", dan tidak dapat menyumbang kepada tujuan "watak" ini kononnya diwujudkan sebagai "penyelamat" SKANDAL 1MDB, sama-sekali !!

6. ALAS !!! Skrip TUAN PENGARAH siri epilog drama  TV TIGA SUKU yang berjudul "SAGA LAN 1MDB" itu, kini besar kemungkinan, akan melalui rombakan besar apabila 2 individu yang mengambil "watak" baru,telah dalam satu sesi tayangan pada 11.01.2017, berjaya melalui halangan pertama dalam pembongkaran keluar LAN 1MDB dari  "dipenjarakan di dalam kotak besi", apabila berjaya peroleh Perintah Kebenaran untuk meneruskan dengan TINDAKAN SEMAKAN KEHAKIMAN bagi tujuan perolehan Perintah agar LAN 1MDB itu dapat didedahkan kepada umum, seperti yang pada awalnya diumumkan akan hajatnya oleh Kerajaan, iaitu pendedahan telus dan profesional SKANDAL 1MDB, agar Rakyat dapat peroleh hakikat dan kebenaran masalah yang sudah sekian lama membelengui negara tercinta ini !!

BABAK KETIGA  - ?? !!

IN SHAA ALLAH !!!

PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN !!!

In GOD we have faith...
In COURTS we have trust.. ,and
In OUR SUITs we are confident !!!...

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!

(Sila lihat Siri : 634)

(Sila lihat Siri : 5, 7, 9, 11, 12, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 25, 26, 27, 28, 35, 36, 37, 57, 58, 85, 87, 88, 90, 95, 98, 99,106, 110, 117, 121, 131, 147, 152, 153, 164, 165, 166, 201, 212, 213, 214, 216, 217, 218, 219, 220, 221, 222, 225, 226, 228, 229, 230, 233, 237, 238, 239, 240, 256, 257, 258, 259, 260, 263, 266, 268, 270, 276, 282, 283, 285, 290, 291, 292, 294, 296, 297, 299, 300, 301, 303, 304, 311, 312, 318, 319, 323, 365, 368, 375, 381, 418, 422, 430, 432, 452, 453, 457, 474, 478, 481, 482, 483, 484, 487, 489, 492, 500, 501, 502, 539, 556, 558, 560, 561, 563, 564, 567, 569, 570, 572, 573, 575, 576, 577, 580, 581, 582, 583, 584, 587, 588, 595, 596, 597, 600, 601, 602, 603, 604, 605, 606, 607, 608, 609, 610, 612, 613, 615, 618, 619, 620, 621, 622, 623, 624, 626, 627, 628 & 633) - Najib Razak

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...