Saturday, January 28, 2017

ADA BEBERAPA PERKARA PENTING

Aku nak catatkan untuk rekod peribadi je,  bukan nak share pun..

1) Tanpa PAS pun,  Pembangkang boleh menang.
Yang tidak sokong umno tidak juga akan undi PAS.
Yang tidak sokong PAS tidak juga akan undi umno.
Kalau tiga penjuru, mereka di atas tidak akan undi umno atau pas.

Adalah lebih penting meyakinkan rakyat menolak parti itu dari cuba memikat hati pemimpin PAS untuk satu kepala.

Bukan mudah untuk menjadikan PAS bikin serupa cakap.

BARU SEHARI MAIN POLITIK ATAU MINTA DIKASIHANI


PAS DI UJI LAGI

Ramai yang tidak bersetuju apabila BERSATU masih memberi ruang dan peluang untuk PAS berjumpa dan meneruskan perbincangan.

Sudah ramai yang meramalkan apa hasilnya nanti.

Kesediaan Pembangkang tanpa PAS sudah ada dan alternatifnya pun walaupun sedikit sukar ada baiknya, mungkin yang nak diburu dan dijerat umno tapi mana tau kali ini dapat tawan PAS sekali, adalah lebih baik jika kedua duanya parti ini dikuburkan satu liang satu masa.

Apapun bermesyuarat itu ada hikmah yang berdiri dengan sendirinya.

Tunggu PAS bikin serupa cakap...




Thursday, January 26, 2017

PEMBOHONGAN YANG TIDAK BERTAHAN LAMA

Tak sampai seminggu Tun dikaitkan dengan BMf,  beliau telah menjawab dengan jelas menjadikan mereka yang terkinja kinja membuat tuduhan berada dalam kesipuan seumpama anjing kurap yang menjilat lendir kurapnya sendiri.

KENAPA TUN DAPAT MENJAWAB DENGAN CEPAT DAN TEPAT?
Jika ianya suatu yang tidak benar dan fitnah,  sudah tentu fakta dan situasi menyebelahi di pihak Tun.

Tiap kali Tun difitnah dan dapat dijawab oleh Tun dengan cepat,  fakta jelas dan tidak meragukan maka populariti Tun meningkat dan rakyat semakin percaya. TV3 kini benar benar jadi tigasuku.

Sebaliknya jika tuduhan itu benar,  sampai sekarang beberapa individu terus senyap,  menghilangkan diri dan ada tukang pecacai yang tolong jawab.  Umum sudah tahu bangkai gajah,  pembohongan tidak bertahan lama menutupnya.

Satu demi satu Tukang Karut telah menarik diri dari mempertahankannya.

Faktor utama
Tun tidak menubuhkan BMf.
Tun bukan Menteri Kewangan pada masa itu.
Tun bukan Pengerusi atau Penasihat BMf.
Tidak ada satu sen pun yang masuk ke akaun peribadi Tun atau secara kebetulan ada Pak Arab yang menderma.
Kes telah dibawa ke mahkamah.

BMf dengan 1MDB,  bezanya macam langit dengan bumi.

Tuesday, January 24, 2017

TUN DR MAHATHIR GULA POLITIK

Muhasabah diri kita.....

Dalam minuman KOPI pada dasarnya terdiri dari 3 unsur, yaitu:
1. Kopi
2. Gula
3. Rasa

Jika kopi terlalu pahit
Siapa yang salah?

Gulalah yang di salahkan kerana terlalu sedikit hingga "rasa" kopi tu pahit.

Jika kopi terlalu manis
Siapa yang disalahkan?

Gula lagi, kerana terlalu banyak gula hingga "Rasa" kopi tu terlalu manis.

Gula sekali dipersalahkan jika yang terkena Kencing Manis.

Jika kandungan kopi & gula seimbang, kopinya enak.

Siapa yang dipuji...?

Tentu semua akan berkata..
Kopinya mantaaap..!!!

Kemana gula.. yang membuat "rasa" kopi menjadi mantaaapp?

BEGITULAH HIDUP,
Orang tidak pernah mengingat dan menghargai kebaikanmu.
Orang hanya melihat kelemahan-mu.

Walau demikian, tetaplah menjadi Baik sampai ke Akhir..

Kebaikan tidak memerlukan Pengakuan.
Orang Baik tidak perlu Membuktikan apa2.
Orang Baik itu Berpegang pada Kejujuran Hati Nurani sendiri.

Tidak perlu menjelaskan Apa dan Siapa Dirimu.
Sebab Orang yang Memahami kamu, tidak perlu penjelasan itu.
sedangkan Orang yang Hatinya iri dan Dengki, Tetap tidak akan percaya penjelasan mu itu.

Tetaplah.,istiqamah menjadi Baik sampai Akhir...

Tak perlu menunjuk2 dalam melakukan apa2 pekerjaan....

Cukup dengan Allah.., Dia yang mencukupkan segalanya..Aamiin...





# Kalau tiba tiba kes lama muncul dengan hikayat dongengnya memburukan Tun, fahamilah mereka bukan sahaja kehilangan key warrior tetapi juga muflis idea. 

Tak perlu risau sangat,  kaki auta, kaki kencing orang dah kenal siapa. 

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...