Kritikan serius Tun Dr Mahathir hanya bermula ke atas batang tubuh Najib sahaja berkaitan 1MDB kerana ia ditadbir secara langsung oleh Najib tanpa pengetahuan jelas kepada kabinet.
Ia melibatkan pemecatan ke atas Muhyiddin dan Mukhriz kerana turut mempersoalkannya.
Seterusnya banyak lagi satu demi satu kepincangan yang berkaitan dengan 1MDB samada secara langsung atau tidak taerdedah dan yang lebih mengaibkan adalah kemasukan 2.6B ke dalam akaun peribadi Najib yang pada awalnya menafikan.
Keadaan menjadi lebih buruk apabila semasa siasatan sedang dilakukan, AG Ghani dipecat dan digantikan dengan AG Pandi.
Penafian AG untuk mengheret Najib ke mahkamah adalah bermulanya satu kesilapan untuk Najib membersihkan dirinya.
Hasilnya, Najib masih bergelumang dengan isu yang sama.
Sebagai tindakbalas, pelbagai tuduhan telah dibuat ke atas Mahathir tetapi malangnya makin difitnah, Mahathir terus lebih popular dan dipercayai.
Cubaan melaga lagakan parti parti pembangkang tidak berkesan. Menjadikan PAS fix deposit baru juga bukan mudah untuk dikawal.
Dengan hanya tinggal 6.6% cybertrooper, copy paste propaganda tidak mencukupi untuk melawan arus.
Yang rakyat nantikan sekarang bukan apa lagi isu untuk Tun Dr Mahathir dikait dan difitnah tetapi lebih kepada bila pilihanraya mahu di adakan.
Dilema BN, jika dibiarkan sehingga 2018, pembangkang mempunyai banyak masa untuk bergerak dalam satu penyatuan yang lebih kuat.